CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga minyak sawit dijangka sekitar RM4,000 satu tan tahun ini - Pakar

23-1-2025 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26632| Komen: 9|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-23 233727.png


MUMBAI: Minyak sawit Malaysia berkemungkinan diniagakan sekitar RM4,000 satu tan pada 2025, kecuali kenaikan sementara sehingga RM4,800 pada Februari di tengah-tengah persaingan sengit daripada minyak soya, kata penganalisis industri, Dorab Mistry.

Kontrak penanda aras minyak sawit FCPOc3 untuk penghantaran April di Bursa Malaysia Derivatives Exchange turun RM64, atau 1.52 peratus, kepada RM4,144 ringgit satu tan menjelang tengah hari tadi.

Mistry pada November lalu menjangkakan niaga hadapan minyak sawit Malaysia akan diniagakan di atas dan sekitar RM5,000 sehingga Jun 2025.

Harga minyak sawit boleh meningkat seketika pada Februari menjelang bulan Ramadan, kata Mistry, pengarah syarikat barangan pengguna India, Godrej International, dalam pembentangan pada persidangan industri hari ini.

Penggunaan minyak sawit cenderung meningkat semasa Ramadan, yang dijangka bermula pada awal Mac, apabila umat Islam berkumpul bersama untuk berbuka puasa.

Ia berakhir dengan perayaan Aidilfitri.

"Mulai April dan seterusnya, pengeluaran minyak sawit akan mula meningkat, dan pada masa yang sama, musim baharu kacang soya Amerika Selatan akan tersedia pada harga yang kompetitif. Ini akan memberi tekanan kepada minyak sawit," kata Mistry.

Pengeluaran minyak sawit global boleh meningkat sebanyak 2.5 juta tan pada 2025, terutamanya disebabkan pertambahan kira-kira dua juta tan pengeluaran Indonesia, katanya.

Pasaran minyak sayuran pada 2025 akan banyak dipengaruhi oleh mandat biodiesel B40 pengeluar minyak sawit terkemuka, Indonesia dan dasar biobahan api Amerika Syarikat (AS), tambah penganalisis itu.

Presiden Donald Trump pada Isnin lalu membentangkan rancangan menyeluruh untuk memaksimumkan pengeluaran minyak dan gas, menarik balik perlindungan alam sekitar, dan mengeluarkan AS daripada pakatan antarabangsa untuk memerangi perubahan iklim.

Sumber : - BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 24-1-2025 08:48 AM
huntong lah acik2 sawit

pinjam seratus

Quote highcastle 24-1-2025 09:33 AM
Orang FELDA tersenyum besar..
Quote Samerosie 24-1-2025 09:39 AM
Kaya la acik por yg ada ladang itu...
Quote A-Are 24-1-2025 09:46 AM
harga minyak sawit semakin naik semenjak research pasal minyak sayuran salah satu penyebab cancer telah dilaporkan baru2 ni...
Quote bulan_gerhana 24-1-2025 09:56 AM
hurmm patut la abang iols update.. kelapa sawit kat kebun adik beradik iols byk kene curi.. tau tau bersih je buah.. derang berlagak cam derang la tuan tanah.. derang dah bole baca bile abanag iols dtg utk petik buah.. biasa 21 hari.. soo 2-3 ari sebelum derang dtg konon jadi pemetik buah... tuan tanah duk baja.. susah2 pruning.. dernagyg kaut hasil.. mmg x halalkan la.. ape yg derang ambik
Quote PULANGKAN 24-1-2025 06:50 PM
bulan_gerhana replied at 24-1-2025 09:56 AM
hurmm patut la abang iols update.. kelapa sawit kat kebun adik beradik iols byk kene curi.. tau tau  ...

sama la kat sini chuols

kita punya tanah, kita usahakan, diorang datang curik, blah
dah report polis pun tak jalan. sebab orang kampung situ jugak. tiap tahun camtu, asal berita sawit naik harga, buah kita pun lesap kena curi dek orang sekitar.

Iols harapkan mereka kehidupan yang tersiksa, kematian yang memeritkan. takkan iols maafkan semua.
dah la ramai pulak tu mencurinya. macam ambik shift mencuri pulak.
ada tu datang mencuri naik Hilux.

semoga hidup sakit, nak mampos pun payah. biar tersiksa lama. geram iols
Quote DARSITA 26-1-2025 07:05 AM

Untung la mat mat Indon. Kerja penat pagi petang di kebun2 sawit Malaysia boleh dpt 5K ke atas sebulan. Boleh buat rumah canti cantik di Indonesia. Taniah sebab rajin berkerja keras demi kebahagian hidup.
Quote aechae 26-1-2025 08:01 AM
PULANGKAN replied at 24-1-2025 06:50 PM
sama la kat sini chuols

kita punya tanah, kita usahakan, diorang datang curik, blah

Jahat nya manusia curi hasil org lain… letak babi kt pokok tu bru x dekat kot yelah babi jekn yg harammm

Abg ipar iols pn rajin blk temerloh buat kutip sawit dia..akak iols ckp dpt lh 2-3k extra tiap bln.. hujung tahun lps hasil byk tp sbb bnjir lori x leh masuk
Quote hiswife 26-1-2025 08:13 AM
PULANGKAN replied at 24-1-2025 06:50 PM
sama la kat sini chuols

kita punya tanah, kita usahakan, diorang datang curik, blah

Dah mati pun, semoga kuburnya sempit.
Benci sungguh jenis amek harta orang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.101477 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top