View: 26583|Reply: 9
|
[Tempatan]
Harga minyak sawit dijangka sekitar RM4,000 satu tan tahun ini - Pakar
[Copy link]
|
|
MUMBAI: Minyak sawit Malaysia berkemungkinan diniagakan sekitar RM4,000 satu tan pada 2025, kecuali kenaikan sementara sehingga RM4,800 pada Februari di tengah-tengah persaingan sengit daripada minyak soya, kata penganalisis industri, Dorab Mistry.
Kontrak penanda aras minyak sawit FCPOc3 untuk penghantaran April di Bursa Malaysia Derivatives Exchange turun RM64, atau 1.52 peratus, kepada RM4,144 ringgit satu tan menjelang tengah hari tadi.
Mistry pada November lalu menjangkakan niaga hadapan minyak sawit Malaysia akan diniagakan di atas dan sekitar RM5,000 sehingga Jun 2025.
Harga minyak sawit boleh meningkat seketika pada Februari menjelang bulan Ramadan, kata Mistry, pengarah syarikat barangan pengguna India, Godrej International, dalam pembentangan pada persidangan industri hari ini.
Penggunaan minyak sawit cenderung meningkat semasa Ramadan, yang dijangka bermula pada awal Mac, apabila umat Islam berkumpul bersama untuk berbuka puasa.
Ia berakhir dengan perayaan Aidilfitri.
"Mulai April dan seterusnya, pengeluaran minyak sawit akan mula meningkat, dan pada masa yang sama, musim baharu kacang soya Amerika Selatan akan tersedia pada harga yang kompetitif. Ini akan memberi tekanan kepada minyak sawit," kata Mistry.
Pengeluaran minyak sawit global boleh meningkat sebanyak 2.5 juta tan pada 2025, terutamanya disebabkan pertambahan kira-kira dua juta tan pengeluaran Indonesia, katanya.
Pasaran minyak sayuran pada 2025 akan banyak dipengaruhi oleh mandat biodiesel B40 pengeluar minyak sawit terkemuka, Indonesia dan dasar biobahan api Amerika Syarikat (AS), tambah penganalisis itu.
Presiden Donald Trump pada Isnin lalu membentangkan rancangan menyeluruh untuk memaksimumkan pengeluaran minyak dan gas, menarik balik perlindungan alam sekitar, dan mengeluarkan AS daripada pakatan antarabangsa untuk memerangi perubahan iklim.
Sumber : - BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
huntong lah acik2 sawit
pinjam seratus
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang FELDA tersenyum besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya la acik por yg ada ladang itu... |
|
|
|
|
|
|
|
harga minyak sawit semakin naik semenjak research pasal minyak sayuran salah satu penyebab cancer telah dilaporkan baru2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hurmm patut la abang iols update.. kelapa sawit kat kebun adik beradik iols byk kene curi.. tau tau bersih je buah.. derang berlagak cam derang la tuan tanah.. derang dah bole baca bile abanag iols dtg utk petik buah.. biasa 21 hari.. soo 2-3 ari sebelum derang dtg konon jadi pemetik buah... tuan tanah duk baja.. susah2 pruning.. dernagyg kaut hasil.. mmg x halalkan la.. ape yg derang ambik |
|
|
|
|
|
|
|
sama la kat sini chuols
kita punya tanah, kita usahakan, diorang datang curik, blah
dah report polis pun tak jalan. sebab orang kampung situ jugak. tiap tahun camtu, asal berita sawit naik harga, buah kita pun lesap kena curi dek orang sekitar.
Iols harapkan mereka kehidupan yang tersiksa, kematian yang memeritkan. takkan iols maafkan semua.
dah la ramai pulak tu mencurinya. macam ambik shift mencuri pulak.
ada tu datang mencuri naik Hilux.
semoga hidup sakit, nak mampos pun payah. biar tersiksa lama. geram iols
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung la mat mat Indon. Kerja penat pagi petang di kebun2 sawit Malaysia boleh dpt 5K ke atas sebulan. Boleh buat rumah canti cantik di Indonesia. Taniah sebab rajin berkerja keras demi kebahagian hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 24-1-2025 06:50 PM
sama la kat sini chuols
kita punya tanah, kita usahakan, diorang datang curik, blah
Jahat nya manusia curi hasil org lain… letak babi kt pokok tu bru x dekat kot yelah babi jekn yg harammm
Abg ipar iols pn rajin blk temerloh buat kutip sawit dia..akak iols ckp dpt lh 2-3k extra tiap bln.. hujung tahun lps hasil byk tp sbb bnjir lori x leh masuk
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 24-1-2025 06:50 PM
sama la kat sini chuols
kita punya tanah, kita usahakan, diorang datang curik, blah
Dah mati pun, semoga kuburnya sempit.
Benci sungguh jenis amek harta orang |
|
|
|
|
|
|
| |
|