CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang ramai ‘berpesta’ kutip rezeki. Lori bawa ikan, udang terbalik

22-1-2025 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21420| Komen: 13

 


KOTA TINGGI – Orang ramai mengutip ikan dan udang bertaburan di tepi jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing sebelum simpang Mawai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan pada pukul 9.20 pagi itu membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kenderaan Naza melanggar belakang Perodua Myvi menghala dari Johor Bahru ke Mersing. Akibatnya Myvi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori dan terbalik di bahu jalan.

“Tiada kecederaan berlaku dan saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59. Ketiga-tiga pemandu sudah membuat laporan berhubung kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 23-1-2025 04:57 AM
dari sudut agama haram hukumnya sebab itu bukan hak milik kita

dari sudut undang2 syarikat? MUNGKIN boleh sebab business ada insurance coverage, jadi boleh claim kemudian

tapi bagi aku tak payahlah ambik harta org ni walau jadi mcm ni.. harta syubhah namanya, tak tentu halal haram ni dari segi cara mendapatkan harta tu..

sekadar berkongsi pendapat
Quote Carcosa 23-1-2025 05:23 AM
Tak malu ke masa tgh buat tu?
Quote jejaka_hensem 23-1-2025 05:25 AM
clueless_gamer replied at 23-1-2025 04:57 AM
dari sudut agama haram hukumnya sebab itu bukan hak milik kita

dari sudut undang2 syarikat? MUNGKIN ...

Iols yakin xde org Islam yg kutip ikan2 tu semua.
Quote felinecat 23-1-2025 05:28 AM
Ok la dari jd bangkai busuk kt situ
Quote rosmahisham 23-1-2025 06:23 AM
Klu aku jd driver lori pon suh org kg ambik dr busuk  jd bangkai dan membazir lg x dpt ape! kena ganti balik duit kat syarikat pon tu belakang kira,baik sedekah dulu.. hitamnya udang tu mesti udg harimau bela... geli pulak tgk.. terbayang cam ikn bandaraya.
Quote kotakbaju 23-1-2025 07:45 AM
clueless_gamer replied at 23-1-2025 04:57 AM
dari sudut agama haram hukumnya sebab itu bukan hak milik kita

dari sudut undang2 syarikat? MUNGKIN ...

Mungkin driver lori ikan tu yg suruh kutip ambik. Dah jatuh berterabur camtu, nak kutip semua jenuh la abg lori tu, kalau dapat kutip balik pun, tehtu kotor kan sbb dah jatuh atas tanah, gamak ke nak bawa ke pasar jual dlm kotor2 tu. kita pun kalau dapat tahu ikan udang tu semua bekas jatuh eksiden kena tanah pun tak gamak nak beli
Quote nisako 23-1-2025 07:57 AM
haram oiii kutip brg org
Quote Prickford 23-1-2025 08:06 AM
clueless_gamer replied at 22-1-2025 08:57 PM
dari sudut agama haram hukumnya sebab itu bukan hak milik kita

dari sudut undang2 syarikat? MUNGKIN ...

Betul. Kalau owner tak izin, jadi haram. Tapikan tak siorrr la teman nak mengutip apa2 barang yg eksiden berterabur ni utk dibawak balik. Lebih kepada kesian dgn owner. Mungkin tolong kutip dan bagi balik tu lagi bagus. Tapi knowing rakyat Malaysia ni pantang nampak benda bertebaran, contoh kerang kat pantai Terengganu tu. Ada E-Coli pon balun je la, janji free ye dokkk..

Quote Dovahkiin 23-1-2025 09:47 AM
Biasanya driver lori mmg bagi je kalau da bersepah mcm ni. Kalau amik x dpt keizinan, mmg sah haram la. Tambah2 kalau lori babi terbalik, owner x bagi amik, org Islam tetap jugak berebut nak bawak balik babi2 tu, mmg berdouble2 la haram.
Quote prettyuglybabe 23-1-2025 10:18 AM
dia takde orang nak kutip kalau lori babi dengan sisa toksik terbalik je
Quote nolya 23-1-2025 10:35 AM
rosmahisham replied at 23-1-2025 06:23 AM
Klu aku jd driver lori pon suh org kg ambik dr busuk  jd bangkai dan membazir lg x dpt ape! kena gan ...

Kalau driver lori dah beri izin, ambiklah.  Tak pe kerana itu tidak dikira ambik tanpa izin. Ataupun kalau nak sangat ikan2 dn udang2 trs, mintak dulu kpd driver, tentu driver akan beri. Jgn ambik barang terbiar kerana bukan hak kita. Soal membusuk ke atau boleh klaim insuran ke, itu bukan masalah kita. Yg kutip ikan2 dn udang2 trs tentu rasa betapa untungnya dpt ikan free untuk beberapa hari kan?  Selamat duit pasar ya tak?
Quote nolya 23-1-2025 10:44 AM
Dovahkiin replied at 23-1-2025 09:47 AM
Biasanya driver lori mmg bagi je kalau da bersepah mcm ni. Kalau amik x dpt keizinan, mmg sah haram  ...

Hahaha........kalau lori babi terbalik, orang melayu tak de nya berebut2 nak kutip walaupun dgn izin.    Semakin lari jauh adelah....... Takkan nak tangkap babi hidup masuk dlm kenderaan: kereta, van, atau bonceng blkng motor?  Kelakarlah pulak.  Baunya je dah nak muntah, nak sembelih pun tak boleh. Sepuluh kali sertu pun tetap haram.
Quote ninja boy 23-1-2025 02:57 PM
Abislah supermarket xde stok seafood sehari

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034138 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top