View: 21284|Reply: 13
|
Orang ramai ‘berpesta’ kutip rezeki. Lori bawa ikan, udang terbalik
[Copy link]
|
|
KOTA TINGGI – Orang ramai mengutip ikan dan udang bertaburan di tepi jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing sebelum simpang Mawai di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan pada pukul 9.20 pagi itu membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori.
“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kenderaan Naza melanggar belakang Perodua Myvi menghala dari Johor Bahru ke Mersing. Akibatnya Myvi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori dan terbalik di bahu jalan.
“Tiada kecederaan berlaku dan saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59. Ketiga-tiga pemandu sudah membuat laporan berhubung kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
dari sudut agama haram hukumnya sebab itu bukan hak milik kita
dari sudut undang2 syarikat? MUNGKIN boleh sebab business ada insurance coverage, jadi boleh claim kemudian
tapi bagi aku tak payahlah ambik harta org ni walau jadi mcm ni.. harta syubhah namanya, tak tentu halal haram ni dari segi cara mendapatkan harta tu..
sekadar berkongsi pendapat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak malu ke masa tgh buat tu? |
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 23-1-2025 04:57 AM
dari sudut agama haram hukumnya sebab itu bukan hak milik kita
dari sudut undang2 syarikat? MUNGKIN ...
Iols yakin xde org Islam yg kutip ikan2 tu semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la dari jd bangkai busuk kt situ |
|
|
|
|
|
|
|
Klu aku jd driver lori pon suh org kg ambik dr busuk jd bangkai dan membazir lg x dpt ape! kena ganti balik duit kat syarikat pon tu belakang kira,baik sedekah dulu.. hitamnya udang tu mesti udg harimau bela... geli pulak tgk.. terbayang cam ikn bandaraya. |
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 23-1-2025 04:57 AM
dari sudut agama haram hukumnya sebab itu bukan hak milik kita
dari sudut undang2 syarikat? MUNGKIN ...
Mungkin driver lori ikan tu yg suruh kutip ambik. Dah jatuh berterabur camtu, nak kutip semua jenuh la abg lori tu, kalau dapat kutip balik pun, tehtu kotor kan sbb dah jatuh atas tanah, gamak ke nak bawa ke pasar jual dlm kotor2 tu. kita pun kalau dapat tahu ikan udang tu semua bekas jatuh eksiden kena tanah pun tak gamak nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Kalau owner tak izin, jadi haram. Tapikan tak siorrr la teman nak mengutip apa2 barang yg eksiden berterabur ni utk dibawak balik. Lebih kepada kesian dgn owner. Mungkin tolong kutip dan bagi balik tu lagi bagus. Tapi knowing rakyat Malaysia ni pantang nampak benda bertebaran, contoh kerang kat pantai Terengganu tu. Ada E-Coli pon balun je la, janji free ye dokkk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya driver lori mmg bagi je kalau da bersepah mcm ni. Kalau amik x dpt keizinan, mmg sah haram la. Tambah2 kalau lori babi terbalik, owner x bagi amik, org Islam tetap jugak berebut nak bawak balik babi2 tu, mmg berdouble2 la haram. |
|
|
|
|
|
|
|
dia takde orang nak kutip kalau lori babi dengan sisa toksik terbalik je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau driver lori dah beri izin, ambiklah. Tak pe kerana itu tidak dikira ambik tanpa izin. Ataupun kalau nak sangat ikan2 dn udang2 trs, mintak dulu kpd driver, tentu driver akan beri. Jgn ambik barang terbiar kerana bukan hak kita. Soal membusuk ke atau boleh klaim insuran ke, itu bukan masalah kita. Yg kutip ikan2 dn udang2 trs tentu rasa betapa untungnya dpt ikan free untuk beberapa hari kan? Selamat duit pasar ya tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha........kalau lori babi terbalik, orang melayu tak de nya berebut2 nak kutip walaupun dgn izin. Semakin lari jauh adelah....... Takkan nak tangkap babi hidup masuk dlm kenderaan: kereta, van, atau bonceng blkng motor? Kelakarlah pulak. Baunya je dah nak muntah, nak sembelih pun tak boleh. Sepuluh kali sertu pun tetap haram.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abislah supermarket xde stok seafood sehari |
|
|
|
|
|
|
| |
|