Justeru, beliau menegaskan, sebarang bentuk keganasan kepada kakitangan Puspakom akibat kegagalan dalam pemeriksaan tidak boleh diterima sama sekali. “Keselamatan di tempat kerja bagi kakitangan adalah keutamaan kami dan kami komited untuk menguatkuasakan dasar ini tanpa pengecualian. “Puspakom tidak akan bertoleransi atas kelakuan sebegini dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan pelaku menerima akibat yang setimpal,” jelasnya. Dalam pada itu, Mahmood turut memberi pujian kepada kakitangan tersebut yang menunjukkan sikap profesional dengan tidak membalas serangan. “Saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada sifat sabar yang ditunjukkan oleh kakitangan tersebut. Ini adalah selaras dengan nilai-nilai Puspakom yang mengutamakan pelanggan,” tambahnya. Sebelum ini, tular di media sosial rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki mengasari petugas Puspokom dengan bertindak menamparnya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan video tersebut kira-kira pukul 3 petang menerusi satu pautan di aplikasi X. Sumber : Kosmo |
ADVERTISEMENT