JEMPOL: Seorang ejen insuran kerugian RM666,546 apabila menjadi mangsa pelaburan tidak wujud. Warga emas berusia 61 tahun itu bukan sahaja menggunakan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), malah turut meminjam ratusan ribu ringgit daripada rakannya. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa seorang lelaki yang tinggal di Bahau sebelum itu tertarik dengan skim pelaburan di Facebook pada September tahun lalu. Katanya, mangsa ditawarkan pulangan menarik dalam bentuk AS$ dan sekiranya melabur sebanyak RM250,000 mangsa akan menerima pulangan berjumlah RM1.5 juta. "Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu membuat transaksi pertama berjumlah RM4,220 pada 5 Oktober 2024 sebelum melakukan 24 transaksi secara berperingkat dari 5 Oktober 2024 sehingga 7 Januari lalu. "Mangsa memasukkan wang pelaburan ke dalam lima akaun bank berbeza dan dijanjikan akan mendapat pulangan dalam masa singkat," katanya.
Katanya, sehingga Januari lalu mangsa tidak menerima pulangan sebaliknya terus diminta membayar wang pelaburan bagi pelbagai urusan. Chang Hook berkata mangsa meminjam wang daripada rakannya dengan memberi alasan bagi tujuan derma kepada badan kebajikan. Beliau berkata sikap tamak yang mahu mendapatkan wang banyak dalam masa singkat boleh memakan diri sendiri sehingga menyebabkan kerugian berganda. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sumber : Berita Harian |
copy_paste replied at 17-1-2025 09:45 AM
kesian.... tamak 1 hal,main skim mcm ni kena pandai,
kalau first bet x menang terus angkat kaki je,
ezacbee replied at 17-1-2025 03:44 PM
kat tele ada investment cepat kayo.. masuk 1k dapat 45k. Punca dpd bitcoin, share, forex..
klo loss ...
Buritan replied at 17-1-2025 12:00 PM
Cina ke ni.. mulayu rasa takde duit sbnyk ini..
black_handbag replied at 17-1-2025 11:13 AM
teringat pepatah lama zaman2 sekolah dulu:
"orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bay ...
ADVERTISEMENT