CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa kongsi doa dapat jodoh, dah amalkan dan dapat suami baik

16-1-2025 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18860| Komen: 17|Original author: Raline

 

Empat tahun bahagia melayari alam perkahwinan, usahawan dan pelakon Neelofa berkongsi doa ringkas yang diamalkan untuk bertemu jodoh.

Sebelum berkahwin dengan Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail pada Mac 2021, Neelofa berkata dia sering berdoa berharap ditemukan dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri pilihannya.

Namun aktres berkenaan menukar doa yang lebih ringkas tetapi mempunyai pengertian meluas.

"Kalau macam saya dulu, kalau minta jodoh tu nak yang macam ini macam itu (ciri-ciri), tapi akhirnya saya berjumpa dengan Harris.

"Saya doa macam ini sahaja... 'Ya Allah berilah aku jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku'. Ringkas, padat tapi konsisten," katanya.


Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dikongsi seorang pengguna media sosial di aplikasi TikTok.

Dalam rakaman itu, seorang wanita meminta tip dan pandangan daripada pasangan ini mengenai doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh.


Haris yang mendengar soalan itu hanya tersenyum dan meminta isterinya untuk berkongsi doa yang diamalkan.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.


Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas yang kini dua tahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 16-1-2025 11:40 AM
Sayang bebeno ngan tok laki nye ye
Quote pokokmeranti 16-1-2025 11:46 AM
tak share dengan adik pompuan sendiri ke doa tersebut?
Quote Cekla 16-1-2025 01:27 PM
tak ajar kat kakak ke?
Quote zuriey 16-1-2025 01:33 PM
Ustz kashif tu masih isteri bernombor ke
Quote mrsLucky 16-1-2025 01:38 PM
okay Neelofa...i doakan you dah hubby pilihan Tuhan anda bahagia hingga ke Jannah...
I tumpang gembira tengok rumahtangga orang aman2
Quote likilu 16-1-2025 01:51 PM
Dgr tu nabila!
Quote madamjaja 16-1-2025 01:56 PM
boleh la share ngn adik ngn kakak yg udah seghopa jalang itu
Quote Lampuled 16-1-2025 02:59 PM
Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Dapat pasangan tak perfect takpe janji sama² saling support  menyaport, bertolak ansur dan sedar hak dan tanggung jwb memasing. Tak made from the heaven takpe janji together, strive for heaven.

Baju gabak dia tu tak panas ke pakai gitu?
Quote LadyCarefree 16-1-2025 03:04 PM
madamjaja replied at 16-1-2025 12:56 PM
boleh la share ngn adik ngn kakak yg udah seghopa jalang itu

Ameera tu kalau dibandingkan dgn Kemek, imo Kemek lagi teruk!
Quote gekkou 16-1-2025 06:59 PM
ingatkan ada pengumuman baby no 3 is on the way
smeoga acik lopa cepat2 pregnant anak ke 3 dan boy lagi
Quote Zeelalala 16-1-2025 07:33 PM
Thank you la berkongsi doa yg ringkas. Bolehlah adik beradik dia pakai doa tu.

Iols malas nak doa dpt jodoh dah. Enjoy je lah life yg ada ni. Tidur bangun xde gangguan. Nak masak ke taknak masak ke takde nak fikir sangat. Pinggan mangkuk masuk dishwasher 3 hari sekali pun x kisah. Aman2 hidup tenang sendiri jadi nakhoda
Quote Kuin-Kepam 17-1-2025 01:27 AM
sendu sesendu nye gosip ko sejak beranak dua ni….. Tak ckp pasal laki, tayang handbeg
Quote pocongkiutss 17-1-2025 01:37 AM
Bior le dia dh menyendu..kang dia asik create kontrobasi kowang juga yg merempan

Utk lopak .diam2 aje le .kalau meols le..macam seram .hr ni leh gelak sesama..esok tibah cerai..boleh je jadik gitu khen..memacam leh jd jaman la ni
Quote L.U.S.M 17-1-2025 06:27 AM
Halah halah..hang xpyh la poyo sgt..br 3tahun...dh la rampas tunang org...pastu drama sebelum nikah siap satu family maki2 then proceed kawen kena denda langgar pkp berkali2...senyap jelaaa boleh???
Quote princessmiang 17-1-2025 07:48 AM
Empat tahun sundhelll…gaya macam dah kawen pat ratus tahun jahterpaling ni
Quote bedahmenjuyah 17-1-2025 07:56 AM
L.U.S.M replied at 17-1-2025 06:27 AM
Halah halah..hang xpyh la poyo sgt..br 3tahun...dh la rampas tunang org...pastu drama sebelum nikah  ...

Bernas walaupun nada hencapan manja2 gituh. Apa jd kes menilai melangkawi senyap jah.
Quote L.U.S.M 17-1-2025 08:28 AM
bedahmenjuyah replied at 17-1-2025 07:56 AM
Bernas walaupun nada hencapan manja2 gituh. Apa jd kes menilai melangkawi senyap jah.

NFA lama daaaaa...mmg xde tindakan ENFORCEMENT msia ni pilih bulu

NATO-NO ACTION TALK ONLY

MALAYSIA BOLEH!!!

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033766 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top