CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Frontier Airlines kena 'serang' netizen seluruh dunia - "Rasis dan anti muslim. Boikot!"

14-1-2025 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29036| Komen: 49|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2025-01-13-at-3.55.43-PM (1).jpeg


PETALING JAYA – Orang ramai seluruh dunia ‘menyerang’ media sosial syarikat penerbangan yang mengarahkan bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov keluar dari pesawat ke Los Angelas, Amerika Syarikat semalam.

Syarikat penerbangan itu, Frontier Airlines telah mendapat lebih 75,000 komen kecaman dalam satu posting terbaharunya di Instagram rasmi itu.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati ruangan komen di akaun Instagram syarikat tersebut dipenuhi kecaman dan kritikan, dengan netizen menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan syarikat berkenaan mengarahkan Khabib keluar pesawat.

“Mohon maaf kepada Khabib atas apa yang berlaku, sangat mengecewakan melihat bagaimana kru kabin anda melayan orang seperti ini,” tulis Rohanegapazi.

“Sikap buruk dan rasisme. Saya harap tindakan anda akan menyebabkan syarikat penerbangan ini ditutup tidak lama lagi,” ujar Nunudanu30.

“Bagaimana kami boleh percaya anda akan membantu semua orang di dalam pesawat jika anda mempamerkan tingkah laku seperti ini? Ini tidak boleh diterima!,” kata Christinaapetersen.

“Hai semua, saya sangat menggalakkan anda untuk memboikot syarikat ini. Baru-baru ini, mereka telah menghalau Khabib dari penerbangan atas alasan yang tidak masuk akal, yang jelas menunjukkan tingkah laku rasis mereka. Kita tidak boleh membiarkan diskriminasi seperti ini berlaku,” tambah Daniyal.582.

Terdahulu, Khabib diarahkan keluar daripada pesawat selepas berselisih faham dengan pramugari mengenai tempat duduknya yang berada di kawasan pintu kecemasan.

Pramugari tersebut dikatakan mengarahkan Khabib untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maklukpenggoda 14-1-2025 08:41 AM
[twitter]https://twitter.com/lastweb3bender/status/1878723435305812271?s=61[/twitter]
Quote ardent91 14-1-2025 08:44 AM
nak taw citer penuh and explanation from the crew yg bertugas baru boleh nilai..

Quote ardent91 14-1-2025 08:49 AM
Edited by ardent91 at 14-1-2025 08:52 AM

“On Jan. 11, 2025, as flight 4401 from Las Vegas to San Francisco was preparing for departure, a flight attendant initiated the customary briefing for exit row passengers. Customer Khabib Nurmagomedov, who was seated in an exit row, was asked multiple times if he was willing and able to assist in the event of an emergency. According to the flight attendant, Mr. Nurmagomedov did not respond, despite repeated attempts, which placed him in non-compliance with FAA requirements. The flight attendant informed Mr. Nurmagomedov that he could be moved to a different upgraded seat or exit the plane."

https://middleeasy.com/mma-news/frontier-airlines-explains-why-khabib-nurmagomedov-was-removed-from-a-flight/

Orang xkan suka2 nak halau ko dari plane tu kalo ko cooperate dgan crew. Saper2 yg dudok kat emergency exit tu mmg cabin crew akan tanya if they are willing/capable to assist such as open the emergency exit door in the event of evacuation. Pernah jer aku tgok cabin crew mintak passenger yg dah dudok kat exit tu untuk tukar tempat dudok yg lain..

Quote melinda_kerr 14-1-2025 08:58 AM
ardent91 replied at 14-1-2025 08:49 AM
“On Jan. 11, 2025, as flight 4401 from Las Vegas to San Francisco was preparing for departure, a fl ...

betul.. sbb selalu naik flight stewardess tanya je elok2 psl responsible duduk kt emergency tu.. entah2 die tk cooperate waktu stewardess tanya tu.
Quote Samerosie 14-1-2025 09:02 AM
Kemain yg melayu kat atas tu pun boycott flight.  Boycott airlines la hakim dekk oiii
Quote yenil95 14-1-2025 09:07 AM
Kat us nun pegawai sekuriti yang cek sebelum boarding kapalterbang tu pun ramai je rasis..nampak pompuan bertudung, cepat-cepat suh ketepi cek satu badan..
Quote nazurah 14-1-2025 09:12 AM
kalau baca statement khabib lain pulak ceritanya...
Quote Samerosie 14-1-2025 09:15 AM
nazurah replied at 14-1-2025 09:12 AM
kalau baca statement khabib lain pulak ceritanya...

Iols rasa mmg kes rasis cum safety. Dengar kat video tu perempuan tu kata org tak comfortable.  Ye la bukan ramai kenal dia dah tu ckp lak ada accent2 mcm eastern european hoodie tk turunkan.  Duduk sebelah pintu mestilah org lain rasa takut kut.
Quote dani-rox 14-1-2025 09:28 AM
Sikit2 rasis. kalo kompeni airline tu pandai, ko buat lah stetmen mamat khabib tu yg sebenarnya misogynistic. mentang2 pompuan bg arahan, dia buat bodoh jah. two ppl can play that label game, beetch. pening kepala terpaling liberal woke brigade dlm social media nak support siapa.

"Racism isn't dead, but it is on life support - kept alive by politicians, race hustlers and people who get a sense of superiority by denouncing others as 'racists'" - Thomas Sowell
Quote nisako 14-1-2025 10:55 AM
sabo je la
Quote malarky 14-1-2025 11:01 AM
ardent91 replied at 14-1-2025 08:49 AM
“On Jan. 11, 2025, as flight 4401 from Las Vegas to San Francisco was preparing for departure, a fl ...

pernah ada pengalaman duduk kat seat biasa tapi peramugari tu minta aku dan kawan aku pindah ke seat di pintu kecemasan sebab passanger asal adalah kanak-kanak. lepas tu kami peramugari tu terangkan kat kami pasal langkah2 masa emergency untuk handle pintu kecemasan. jadi aku spekulate yang passenger in question ni buat senyap je semasa ditanya oleh cabin crew ni adalah sebab kenapa dia diminta untuk pindah atau leave the plane. kalau itu adalah cerita sebenarnya, maka tu bukan rasis.
Quote Decaffeinated 14-1-2025 11:09 AM
Netizen meleise tak serang ka socmed airline ni pledge boikot. Jangan lupa konar ke Palestine, mesti boleh punya.
Quote noell 14-1-2025 11:19 AM
malarky replied at 14-1-2025 11:01 AM
pernah ada pengalaman duduk kat seat biasa tapi peramugari tu minta aku dan kawan aku pindah ke se ...

tp aku baca ada sorang karen dok melalak kt flight attendance pertikai awat dia dok seat emergency dok provok dia dia acted calm saja lg la karen tuh mendidih

Quote Decaffeinated 14-1-2025 11:21 AM
Samerosie replied at 14-1-2025 09:15 AM
Iols rasa mmg kes rasis cum safety. Dengar kat video tu perempuan tu kata org tak comfortable.  Ye ...

Jangan kan omputih aku yang tak berapa nak putih ni pun tak nak satu flight dgn pax yang ada aura taliban tambah pula musim2 kapal accident ni. Bukan masa untuk bersangka baik.

Pernah naik satu flight ke Guangzhou siap ada marshall aku saspek sebab ada 2-3 pax muka macam terrorist dalam flight tu. Nasib baik selamat
Quote axl_bach 14-1-2025 11:29 AM
Ada video yg lain ke? Khabib kata flight attendant tu rude, aku tgk video dia ckp tone biasa jer....

Ke ada scene lg sblom tu?
Quote Samerosie 14-1-2025 11:39 AM
Decaffeinated replied at 14-1-2025 11:09 AM
Netizen meleise tak serang ka socmed airline ni pledge boikot. Jangan lupa konar ke Palestine, mesti ...

Sibuk boycott airlines yg x lalu mesia mcm boycott starbucks mekdi ujung2 sbb tak mampu.
Quote renko 14-1-2025 12:06 PM
apa kaitan dengan nurakazen sini acah terpaling tersakiti lak ni
Quote selipar_hijau 14-1-2025 12:13 PM
Ntah2 si khabib tu pun macam laha perangaiii..
Quote berusjamban 14-1-2025 12:48 PM
renko replied at 14-1-2025 12:06 PM
apa kaitan dengan nurakazen sini acah terpaling tersakiti lak ni

Kan... first of all. Airline tu rasanya xde pun dtg msia...
And yg sibuk nak boikot tu minimum chance je akan naik airline tu pun...
Kt US byk lg airline lain....

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040777 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top