Susulan itu, Khabib menerusi Instagram rasmi beliau akhirnya memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut. "Pertama sekali, saya perlu menjelaskan bahawa ia adalah @flyfrontier, bukannya AlaskaAir," jelas Khabib. Menurut Khabib, insiden bermula apabila seorang wanita yang juga merupakan anggota kru pesawat mendekatinya dengan beberapa soalan. Namun, beliau merasakan bahawa wanita tersebut bersikap kasar dan kurang sopan. "Wanita yang mendekati saya dengan soalan sejak awal lagi sangat kasar. "Walaupun saya bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik dan dapat memahami segala-galanya serta bersetuju untuk membantu, dia tetap berkeras untuk mengeluarkan saya dari tempat duduk saya," kata Khabib. Beliau turut menyuarakan keraguan tentang sebab sebenar wanita itu bertindak demikian. "Adakah kerana perbezaan kaum, negara, atau sebab lain? Saya tidak pasti apa sebabnya. "Namun selepas dua minit perbualan, dia menghubungi pihak keselamatan dan saya diminta untuk keluar dari pesawat. "Selepas satu setengah jam, saya menaiki pesawat lain dan meneruskan perjalanan ke destinasi saya. "Saya cuba sedaya upaya untuk kekal tenang dan hormat seperti yang boleh dilihat dalam video," tambahnya lagi. Dalam pada itu, Khabib mengingatkan bahawa anggota kru pesawat seharusnya lebih profesional dan mesra dalam melayani penumpang.
|
ADVERTISEMENT