CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7882|Reply: 3

[Dunia] Khabib Perjelas Isu Dihalau Keluar Dari Pesawat - "Pertama sekali, saya perlu menjelaskan bahawa ia adalah @flyfrontier, bukannya AlaskaAir"

[Copy link]
Post time 13-1-2025 12:02 PM | Show all posts |Read mode



Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan bekas juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov, yang dipercayai telah 'dihalau' keluar daripada pesawat sebelum berlepas ke destinasi yang dituju.

Insiden ini menjadi perhatian ramai apabila Khabib dilihat terlibat dalam perbincangan dengan kru pesawat dan kemudiannya diminta keluar daripada pesawat tersebut.



Susulan itu, Khabib menerusi Instagram rasmi beliau akhirnya memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut.

"Pertama sekali, saya perlu menjelaskan bahawa ia adalah @flyfrontier, bukannya AlaskaAir," jelas Khabib.

Menurut Khabib, insiden bermula apabila seorang wanita yang juga merupakan anggota kru pesawat mendekatinya dengan beberapa soalan.

Namun, beliau merasakan bahawa wanita tersebut bersikap kasar dan kurang sopan.

"Wanita yang mendekati saya dengan soalan sejak awal lagi sangat kasar.

"Walaupun saya bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik dan dapat memahami segala-galanya serta bersetuju untuk membantu, dia tetap berkeras untuk mengeluarkan saya dari tempat duduk saya," kata Khabib.

Beliau turut menyuarakan keraguan tentang sebab sebenar wanita itu bertindak demikian.

"Adakah kerana perbezaan kaum, negara, atau sebab lain? Saya tidak pasti apa sebabnya.

"Namun selepas dua minit perbualan, dia menghubungi pihak keselamatan dan saya diminta untuk keluar dari pesawat.

"Selepas satu setengah jam, saya menaiki pesawat lain dan meneruskan perjalanan ke destinasi saya.

"Saya cuba sedaya upaya untuk kekal tenang dan hormat seperti yang boleh dilihat dalam video," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Khabib mengingatkan bahawa anggota kru pesawat seharusnya lebih profesional dan mesra dalam melayani penumpang.

  


Beliau berharap pihak syarikat penerbangan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka di masa hadapan agar insiden sebegini tidak berlaku lagi.

Sumber: Instagram @khabib_nurmagomedov, Siakap Keli

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 12:26 PM | Show all posts
MCM ni le gentleman.. walau kaya raya tapi still duduk kelas ekonomi.. moga staff penerbangan tsbt ditimpa musibah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 12:43 PM | Show all posts
OK tu je ke berita dia?
Napa kt med soc ckp racist la anti islam la?
Xpaham...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 01:31 PM | Show all posts
kenapa sampai nak kena halau keluar ek? tukar seat saja xleh ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.215860 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list