CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Doa yang baik-baik untuk saya' - Fasha Sandha kini tampil bertudung

9-1-2025 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14181| Komen: 55|Original author: Raline


 

 


Pelakon wanita popular, Fasha Sandha, 41, yang kini tampil bertudung mengharapkan doa yang baik-baik buat dia dan keluarga dalam usahanya terus memperbaiki kekurangan diri.

Imej baru Fasha yang juga ibu tiga cahaya mata ini menarik perhatian ramai yang menyifatkan penampilan digayakannya itu sangat manis.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan bagaimanapun, mengambil pendekatan enggan memberi komen terhadap perubahan imej itu.


"Tak nak komen. Takut. Saya rasa macam inilah 'very simple', saya adalah seorang manusia yang tidak boleh dan tidak layak untuk bercakap hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan.

"Sebabnya, saya belum sempurna. Pada saya, banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki daripada bercakap mengenai kebaikan diri saya sendiri.

"Jadi, saya anggap benda ini (bertudung) tak nak komen lebih-lebih. Saya mohon beri ruang kepada saya sebab saya belum cukup bagus lagi untuk bercakap hal apa-apa," katanya.


Terdahulu, Fasha ditemani suami, Aidil Aziz hadir pada acara Malam Penghargaan Nona Superwoman Awards 2024 di sebuah hotel di Damansara Utama, di sini, malam tadi.

Fasha turut meraih anugerah Nona Fashion & Beauty yang disampaikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Sementara itu, Aidil berkata, dia bersyukur dan gembira dengan perubahan imej bertudung isterinya dan terus menyokong apa saja perkara baik dilakukan Fasha.

'Saya akan terus mendoakan yang terbaik buat Fasha di atas apa saja perkara yang dilakukannya.Kita semua juga doakan yang terbaik untuk dia.

"Sebagai suami, sudah tentu saya memang mahukan yang baik-baik untuknya (Fasha). Jadi, saya akan sentiasa mendoakan untuk dia," katanya.

Baru-baru ini, Fasha menjadi perhatian wargamaya di media sosial apabila membuat perkongsian foto dirinya bertudung dan rata-rata netizen mendoakan agar dia terus istiqamah dengan imej baharu itu.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 9-1-2025 01:48 PM
Oh no! xdapatlah nak seksi2 lagi huhuhh
Quote L.U.S.M 9-1-2025 02:10 PM
Xfhm aku benda wajib pun acah2 retis ni sume level mualafff..negara lain ada ke taasub kt benda wajib mcm ni?
Quote MisXoXo 9-1-2025 03:20 PM
Xnaklah kalah dgn nd.hrtu dia bertudung dah pastu cabut.ni nd bertudung dan viral..haruslaj nk sama juga..tp xpelah..benda baik..semoga terus istiqamah
Quote afie_m 9-1-2025 03:24 PM
cantik dia bertudung
Quote QueenCaramel 9-1-2025 04:42 PM
MisXoXo replied at 9-1-2025 03:20 PM
Xnaklah kalah dgn nd.hrtu dia bertudung dah pastu cabut.ni nd bertudung dan viral..haruslaj nk sama  ...

I igt ai sorang je prasan bnda ni..hahahah..tp ok la perkara yg baik..kite raikan la ye..

Quote penmerah 9-1-2025 04:49 PM
Nampak aidil sayang betul kat fasha
Jejai dulu pun nampak sayang sungguh juga tapi jodoh pendek pula
Moga aidil jaga fasha bersungguh2 dan letakkan isteri no.1

Haaa gitulah nama jejai, Nora dan fasha sampai depa tua timang cucu tetap jualah terkait
Quote Incanto 9-1-2025 04:55 PM
MisXoXo replied at 9-1-2025 03:20 PM
Xnaklah kalah dgn nd.hrtu dia bertudung dah pastu cabut.ni nd bertudung dan viral..haruslaj nk sama  ...

baguslah ND, secara tak langsung mengajak org buat kebaikan
Quote AkokKocik 9-1-2025 05:01 PM
Malas nk tlg doa, alih2 hujung2 bukak tudung balik dgn tagline...#nk jadi diri sendiri....koserrr.
Quote prince_marhaen 9-1-2025 05:15 PM
tapi haritu kat event tetap pakaian melekap...
Quote ninja boy 9-1-2025 07:14 PM
Edited by ninja boy at 9-1-2025 07:17 PM

Menjanda saing2, beraya saing2, bertudung pun saing2, meninggalkan ex, janda2ku sekarang hidup happy
Quote hyie 9-1-2025 07:18 PM
laki sheols masih jual pelam lagi kah? mangafira ke apa namanya entah tu nok
Quote beatgirlX 9-1-2025 07:21 PM
Manis bertudung.. Moga istiqomah
Quote catwoman91 9-1-2025 07:27 PM
Fasha ni memang lawa. Pakai tudung ke, freehair ke tetap lawa. Sesetengah org, lawa dia jadi kurang bila pakai tudung. Contoh keknis n queen selangor. Ada gak tanggal tudung jadi kurang lawa. Contoh esul & ex rumet meols
Quote makiting 9-1-2025 07:39 PM
Cantik semulajadi

Moga kekal dalam perjalanan carik kebaikkan
Quote cantthinkofany 9-1-2025 07:58 PM
L.U.S.M replied at 9-1-2025 02:10 PM
Xfhm aku benda wajib pun acah2 retis ni sume level mualafff..negara lain ada ke taasub kt benda waji ...

hahahaha.....
Quote L.U.S.M 9-1-2025 08:08 PM
MisXoXo replied at 9-1-2025 03:20 PM
Xnaklah kalah dgn nd.hrtu dia bertudung dah pastu cabut.ni nd bertudung dan viral..haruslaj nk sama  ...

Hahah too obvi not to see kan

Dia ni hati busuk

Yang baik antara 3 ni ND tu ha

Tu je yang buat lain2 jadi ok

Sbb ND mengalah n memaafkan

Klu tak confirm berseteru lg hingga kini
Quote Piramida 9-1-2025 08:35 PM
Kejap bukak kejap tutup bukak tutup bukak tutup..
Sendiri lah doa ya lebih afdal.. Suruh suami tu  doa lebih byk.
Quote SR4tahun 9-1-2025 10:30 PM
catwoman91 replied at 9-1-2025 07:27 PM
Fasha ni memang lawa. Pakai tudung ke, freehair ke tetap lawa. Sesetengah org, lawa dia jadi kurang  ...

Baru tau esul dah free hair, berdesup iols ke ig beliau haha. Motif free hair terus mcm tino danok huk alohhhhh
Tak sesuai free hairrrr
Quote siasia 10-1-2025 12:19 AM
Jenuh la netizen semua retis minta didoakan

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041628 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top