Menteri Pengangkutan menyatakan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang sudah berusia 30 tahun bakal berakhir selepas menerima lebih sepuluh syarikat telah memohon lesen pemeriksaan kenderaan, lapor The Star. Anthony berharap pengendali baharu itu boleh mula beroperasi menjelang akhir tahun ini. “Kami belum memuktamadkan nombor itu lagi. Terdapat lebih 10 syarikat yang telah memohon lesen itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam. Beliau berkata pengendali baharu itu juga memerlukan masa untuk membina kemudahan baharu. Ia bukan sahaja akan menamatkan monopoli PUSPAKOM terhadap perkhidmatan pemeriksaan kenderaan tetapi juga menjadikan pasaran lebih kompetitif. Sementara itu, mengenai isu integriti dalam PUSPAKOM, Anthony Loke berkata kementeriannya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam syarikat itu. Loke berkata tiga pegawai telah dipanggil dan laporan sedang disediakan, sambil menambah bahawa lebih ramai pegawai akan dipanggil jika kes lanjut dikesan. Memetik laporan itu lagi, pemeriksaan mengejut akan dilakukan di cawangan dan kenderaan PUSPAKOM yang lain. “Kami akan bekerjasama dengan SPRM untuk mengenal pasti isu integriti dalam Puspakom, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas bersama SPRM. Kami mahu mendedahkan bukan sahaja kes terpencil. Jika ada sindiket yang menawarkan perkhidmatan haram. “Kami juga sedar tentang kartel dan runner di pasaran yang akan memastikan mereka yang tidak layak pun diberi kelulusan,” tambahnya lagi. Loke turut mengakui terdapat kelemahan dalam undang-undang berkenaan syarikat yang menyewakan aksesori seperti tayar bagi membolehkan beberapa kenderaan lulus pemeriksaan Puspakom buat sementara waktu. Beliau menyamakannya dengan isu cermin gelap, di mana operator akan menanggalkan cermin gelap mereka buat sementara waktu sebelum kembali semula selepas mereka lulus pemeriksaan. Walaupun kementerian telah meminda peraturan untuk cermin gelap, ia kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menentukan mekanisme untuk mengenal pasti sama ada tayar yang sesuai dipasang pada kenderaan. Sumber : The Vocket
|
ADVERTISEMENT