CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4520|Reply: 11

[Tempatan] ‘Monopoli 30 Tahun PUSPAKOM Bakal Berakhir’. "Terdapat lebih 10 syarikat yang telah memohon lesen itu” – Anthony Loke

[Copy link]
Post time 6-1-2025 03:52 PM | Show all posts |Read mode



Menteri Pengangkutan menyatakan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang sudah berusia 30 tahun bakal berakhir selepas menerima lebih sepuluh syarikat telah memohon lesen pemeriksaan kenderaan, lapor The Star.

Anthony berharap pengendali baharu itu boleh mula beroperasi menjelang akhir tahun ini.

“Kami belum memuktamadkan nombor itu lagi. Terdapat lebih 10 syarikat yang telah memohon lesen itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam.

Beliau berkata pengendali baharu itu juga memerlukan masa untuk membina kemudahan baharu. Ia bukan sahaja akan menamatkan monopoli PUSPAKOM terhadap perkhidmatan pemeriksaan kenderaan tetapi juga menjadikan pasaran lebih kompetitif.

Sementara itu, mengenai isu integriti dalam PUSPAKOM, Anthony Loke berkata kementeriannya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam syarikat itu.

Loke berkata tiga pegawai telah dipanggil dan laporan sedang disediakan, sambil menambah bahawa lebih ramai pegawai akan dipanggil jika kes lanjut dikesan.

Memetik laporan itu lagi, pemeriksaan mengejut akan dilakukan di cawangan dan kenderaan PUSPAKOM yang lain.

“Kami akan bekerjasama dengan SPRM untuk mengenal pasti isu integriti dalam Puspakom, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas bersama SPRM. Kami mahu mendedahkan bukan sahaja kes terpencil. Jika ada sindiket yang menawarkan perkhidmatan haram.

“Kami juga sedar tentang  kartel dan runner di pasaran yang akan memastikan mereka yang tidak layak pun diberi kelulusan,” tambahnya lagi.

Loke turut mengakui terdapat kelemahan dalam undang-undang berkenaan syarikat yang menyewakan aksesori seperti tayar bagi membolehkan beberapa kenderaan lulus pemeriksaan Puspakom buat sementara waktu.

Beliau menyamakannya dengan isu cermin gelap, di mana operator akan menanggalkan cermin gelap mereka buat sementara waktu sebelum kembali semula selepas mereka lulus pemeriksaan.

Walaupun kementerian telah meminda peraturan untuk cermin gelap, ia kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menentukan mekanisme untuk mengenal pasti sama ada tayar yang sesuai dipasang pada kenderaan.


Sumber : The Vocket


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok le. Sebelum ni kalau pakai runner semua lepas. Kalau individu pergi sendiri, tiba2 cermat pulak dia periksa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 05:07 PM | Show all posts
Nanti ada pulak competition kat mana senang lulus, no?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuang kuang kuang.. under SM khuenz..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 05:46 PM | Show all posts
3x aku pegi puspakom sbb tukar enjin kete.. kali pertama mslh brake eh mmg betul master brake pump problem.. kali kedua tibe2 je siginal tak nyala  pdhl sblm tu ok je.. last2 kali ketiga bawa parents aku teman Alhamdulillah lulus.. antu kt sana kuat juga dlm nk merosakkan kete org..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Open secret la pushpakom ni. Harap lps ni takde la dah kes tayar meletup semua tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2025 07:46 PM | Show all posts
up lagi, takat 10 je mana buley
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Hapuskan monopoli puspakom lubuk technician buat duit, tak caya boleh tanya SPRM berapa banyak kes rasuah dalam puspakom penyebab lori2 eksiden bunuh pengguna jalanraya lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat je la perniagaan baru check kereta.. sape2 je boleh mohon..10 tu mesti die dh deal siap2.. komsen menteri berape
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
10 syarikat baru yg mohon lesen tu syarikat apa pulak kalau bagi syarikat lain 2x5 jugak kroni2
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 08:12 AM | Show all posts
ok next
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya kerja kritikal macam ni kena agensi kerajaan yang handle. Kalau bagi business yg handle, susah nak buat pemantauan dan lagi terbuka dengan corruption.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.255079 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list