Oleh Fyruz Hanna Debu bauksit yang diangkut dari kawasan perlombongan mengandungi aluminium hidroksida yang mampu menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekaligus ke sistem saraf. Ia dinyatakan oleh Felo Penyelidik Kualiti Udara Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid terhadap lokasi terjejas dengan indeks pendemaran udara melebihii tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468. Dianggarkan sebanyak 2000 buah lori menggangkut muatan baukit di Kuantan setiap hari dan mengabaikan aspek keselamatan dan mengundang pencemaran.
"Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama. "Manusia yang terdedah dengan tahap kualiti udara yang tidak sihat untuk tempoh yang lama juga boleh mengalami simptom kesukaran dan masalah pernafasan sebelum menjadi kronik apabila tidak dikawal. "Selain pekerja perlombongan, mereka yang berisiko untuk menghidapinya termasuk juga golongan bayi, kanak-kanak, dan warga emas kerana keperluan udara yang tinggi untuk pernafasan dan lemah imuniti tubuh badan melawan penyakit tersebut," katanya. Azman juga menyelar sikap penduduk dan pekerja lombong yang tidak mengendahkan keselamatan tanpa memakai topeng keselamatan kerana dengan keadaan tersebut ia boleh memberi kesan terus kepada hati. Dua hari lalu isteri Tengku Puan Pahang menyeru rakyat untuk terus berjuang menghentikan pencemaran disebabkan aktiviti melombong bauksit. Walaupun isteri Tengku Mahkota Pahang tidak menyalahkan kerajaan sepenuhnya namun pencemaran tersebut umpama duri dalam daging untuk negeri Pahang. -CARI Infonet. Sumber:BERNAMA,Sinarharian
|
dizeck replied at 6-1-2016 12:39 PM
Mengambil kesempatan di atas isu bauksit untuk
mengelak tumpuan adalah salah satu kemungkinannya
mbhcsf: i think seriously pihak penguatkuasa kena take this matter seriously, ini public health dah ni.
ultra78 replied at 6-1-2016 12:41 PM
Eloklah tu. Nanti mereka pun lupa kenapa mereka kena alzheimer dan pasal bauksit ni
ADVERTISEMENT