KUALA LUMPUR: Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata penambahbaikan kemudahan asas dan penyediaan peluang ekonomi yang lebih luas itu menjadi teras kepada usaha kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Selain itu, Ahmad Zahid berkata tahun ini juga memperlihatkan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta ekosistem halal telah dilakukan dengan lebih komprehensif. "Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, saya amat berbangga dengan usaha kolektif yang banyak memberikan kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.
"...kerajaan akan terus komited untuk memastikan keselamatan rakyat khususnya dalam menghadapi bencana seperti banjir melalui peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain. Keutamaan kami sentiasa tertumpu kepada pengurangan risiko kehilangan nyawa dan harta benda," katanya. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkat kesungguhan, komitmen padu dan perencanaan strategik, Kerajaan MADANI berjaya melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 demi kesejahteraan rakyat. "Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berkat kerjasama 'segulai sejalai' semua lapisan rakyat daripada sektor awam, swasta hingga ke petani dan nelayan, Malaysia mampu mendepani apa jua cabaran untuk terus melangkah ke hadapan," katanya menerusi catatan di Facebook. Fadillah mengakui perjalanan untuk mengemudi kerajaan bukan satu hal yang mudah dan ia masih panjang namun Kerajaan MADANI akan terus berusaha memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. Pada masa sama, beliau berkata 2024 turut menyaksikan banyak peristiwa penting berlaku di peringkat antarabangsa yang wajar dicermati antaranya Pilihan Raya India, pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dan penyertaan Malaysia ke dalam blok ekonomi BRICS, manakala di peringkat ASEAN seperti Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) serta pelantikan rasmi Presiden Terpilih Prabowo Subianto. "Peristiwa ini mencerminkan perubahan dan perkembangan signifikan dalam arena politik global sekali gus mengajar kita untuk melihat dunia daripada lensa yang pelbagai di samping menjadi peringatan untuk kita lekas beradaptasi dengan perubahan semasa yang semakin pantas. "Banyak dan besar lagi tanggungjawab kita di hadapan antaranya peranan kita sebagai tuan rumah bagi Kepengerusian ASEAN 2025. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025," katanya. Sumber : Berita Harian |
nusaraya replied at 31-12-2024 10:43 PM
Adakah Pesta Kembang di KL menyambut status Malaysia menjadi Negara Maju di tahun 2025 ini ?
nusaraya replied at 1-1-2025 01:13 AM
TAHNIAH untuk SEMUA ...
Pesta Kembang Api yang betul-betul meriah untuk merayakan Tahun Baru dan j ...
B40tastePosh replied at 31-12-2024 10:57 PM
Kalau tak maju takda la Indon datang ke Malaysia jadi lonte
nusaraya replied at 1-1-2025 01:13 AM
TAHNIAH untuk SEMUA ...
Pesta Kembang Api yang betul-betul meriah untuk merayakan Tahun Baru dan j ...
nusaraya replied at 1-1-2025 01:13 AM
TAHNIAH untuk SEMUA ...
Pesta Kembang Api yang betul-betul meriah untuk merayakan Tahun Baru dan j ...
nusaraya replied at 31-12-2024 10:03 PM
Apakah ini bermakna bahwa "Mulai 1 Januari 2025 esok ... Malaydesh sudah "BOLEH dan BERHAK" mendekl ...
ADVERTISEMENT