CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41120|Reply: 11

Kerajaan MADANI berjaya lonjak ekonomi negara, perkukuh infrastruktur luar bandar tahun 2024 - Ahmad Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 31-12-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata penambahbaikan kemudahan asas dan penyediaan peluang ekonomi yang lebih luas itu menjadi teras kepada usaha kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.


Selain itu, Ahmad Zahid berkata tahun ini juga memperlihatkan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta ekosistem halal telah dilakukan dengan lebih komprehensif.


"Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, saya amat berbangga dengan usaha kolektif yang banyak memberikan kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.


"...kerajaan akan terus komited untuk memastikan keselamatan rakyat khususnya dalam menghadapi bencana seperti banjir melalui peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain. Keutamaan kami sentiasa tertumpu kepada pengurangan risiko kehilangan nyawa dan harta benda," katanya.


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkat kesungguhan, komitmen padu dan perencanaan strategik, Kerajaan MADANI berjaya melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 demi kesejahteraan rakyat.


"Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berkat kerjasama 'segulai sejalai' semua lapisan rakyat daripada sektor awam, swasta hingga ke petani dan nelayan, Malaysia mampu mendepani apa jua cabaran untuk terus melangkah ke hadapan," katanya menerusi catatan di Facebook.


Fadillah mengakui perjalanan untuk mengemudi kerajaan bukan satu hal yang mudah dan ia masih panjang namun Kerajaan MADANI akan terus berusaha memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.


Pada masa sama, beliau berkata 2024 turut menyaksikan banyak peristiwa penting berlaku di peringkat antarabangsa yang wajar dicermati antaranya Pilihan Raya India, pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dan penyertaan Malaysia ke dalam blok ekonomi BRICS, manakala di peringkat ASEAN seperti Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) serta pelantikan rasmi Presiden Terpilih Prabowo Subianto.


"eristiwa ini mencerminkan perubahan dan perkembangan signifikan dalam arena politik global sekali gus mengajar kita untuk melihat dunia daripada lensa yang pelbagai di samping menjadi peringatan untuk kita lekas beradaptasi dengan perubahan semasa yang semakin pantas.


"Banyak dan besar lagi tanggungjawab kita di hadapan antaranya peranan kita sebagai tuan rumah bagi Kepengerusian ASEAN 2025. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025," katanya.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2024 10:03 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 31-12-2024 10:23 PM

Apakah ini bermakna bahwa  "Mulai 1 Januari 2025 esok ... Malaydesh sudah "BOLEH dan BERHAK" mendeklarasikan sebagai "NEGARA MAJU"  ke seluruh dunia  ?

Bila PMX Anwar Ibrahim nak mengumumkan "Kabar Gembira" ini  ?

Hanya ini dapat saya haturkan kepada anda semua yang berbangsa melayu, Cina, Bangla dan Tamil ...

Tahniah Menjadi Negara Berstatus Negara Maju di  2025

2025 সালে উন্নত দেশের মর্যাদা সম্পন্ন দেশ হওয়ার জন্য অভিনন্দন


恭喜2025年成为发达国家
Gōngxǐ 2025 nián cheng wèi fādá guójiā

2025ல் வளர்ந்த நாடு அந்தஸ்து கொண்ட நாடாக மாற வாழ்த்துகள்
2025L vaḷarnta nāṭu antastu koṇṭa nāṭāka māṟa vāḻttukaḷ







Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 10:43 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 31-12-2024 10:46 PM

Adakah Pesta Kembang di KL menyambut status Malaysia menjadi Negara Maju di tahun 2025 ini ?



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 31-12-2024 10:43 PM
Adakah Pesta Kembang di KL menyambut status Malaysia menjadi Negara Maju di tahun 2025 ini ?

Kalau tak maju takda la Indon datang ke Malaysia jadi lonte

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 01:13 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 1-1-2025 01:16 AM

TAHNIAH untuk SEMUA ...


Pesta Kembang Api yang betul-betul meriah untuk merayakan Tahun Baru  dan juga keberhasilan proses bertransformasi Malaydesh menjadi negara "MAJU"  di awal tahun  2025 ini ..





Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 1-1-2025 01:13 AM
TAHNIAH untuk SEMUA ...

Pesta Kembang Api yang betul-betul meriah untuk merayakan Tahun Baru  dan j ...

NO HOLLAND...NO PARTY....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2025 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-12-2024 10:57 PM
Kalau tak maju takda la Indon datang ke Malaysia jadi lonte

No Holland...No Party....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 1-1-2025 01:13 AM
TAHNIAH untuk SEMUA ...

Pesta Kembang Api yang betul-betul meriah untuk merayakan Tahun Baru  dan j ...

Kami ada PENJUAL ES TEH...negara tertangga pasti iri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 1-1-2025 01:13 AM
TAHNIAH untuk SEMUA ...

Pesta Kembang Api yang betul-betul meriah untuk merayakan Tahun Baru  dan j ...

kami konoha punya iq sama gorila...negara tertangga pasti iri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 31-12-2024 10:03 PM
Apakah ini bermakna bahwa  "Mulai 1 Januari 2025 esok ... Malaydesh sudah "BOLEH dan BERHAK" mendekl ...

indonesia artinya kepulauan india...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 01:34 AM | Show all posts
Persembahan Lagu ucapan Selamat dan Tahniah dari kami kepada Malaydesh yang telah menjadi "Negara Maju" di tahun 2025.....







Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 11:21 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 5-1-2025 11:34 PM

Ketika MalayDesh Madani menjadi terkenal di Indonesia ... terkenal karena menjadi bahan lawakan...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.087128 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list