CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tiba masa tutup pintu untuk orang tahu tentang hidup saya' - Vivy Yusof

19-12-2024 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15992| Komen: 98

 


USAHAWAN dan pempengaruh sensasi, Datin Vivy Yusof memilih untuk mengubah perhatian umum terhadap kehidupan peribadinya menerusi media sosial.

Jelas pemilik nama penuh Vivy Sofinas Yusof itu langkah pertama yang diambil adalah menukar miliknya kepada mod tetapan peribadi.

“Sempena hari lahir, saya lakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan iaitu menjadikan akaun media sosial saya ke mod peribadi.

“Saya menutup pintu untuk orang mengetahui tentang hidup saya kerana tiba masanya untuk saya melakukannya dengan cara yang berbeza.

“‘Pempengaruh’ ini ‘tidak akan mempengaruhi’. Jadi ia hanya akan menjadi anda dan saya untuk seketika, dan 1.8 juta yang lain. Itu sahaja buat masa ini,” kongsinya menerusi Instagram.

Vivy yang juga pengasas platform e-dagang FashionValet berkata, sejak memulakan menulis blog hampir 20 tahun lalu, beliau tidak pernah terbayang bahawa ia akan membuka begitu banyak pintu.


Namun dalam masa sama, secara tidak langsung ibu kepada empat orang cahaya mata itu telah berkongsi banyak kehidupan peribadinya sama ada baik atau buruk.

“Ia membawa saya mencipta jenama dengan pasukan yang hebat, mengumpulkan komuniti yang menyaksikan saya membesar daripada seorang pelajar universiti kepada seorang isteri, ibu serta seorang usahawan penuh dengan turun naik.

“Saya telah berkongsi dan terlebih berkongsi hampir semua bahagian dalam hidup saya, baik atau buruk, dan saya tidak akan menyesalinya. Itulah jalan yang dipilih untuk saya yang memberi rezeki kepada keluarga, dan banyak lagi keluarga lain insya-ALLAH,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Vivy tidak lupa berterima kasih kepada mereka yang banyak memberi sokongan terhadap perniagaan yang dijalankan.

“‘Proudduck’, terima kasih kepada anda untuk segala-galanya, anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada saya.

“Era seterusnya ini akan menjadi sama menarik,” tulisnya.

Sekadar info, pada 5 Disember lalu, Vivy dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Bagaimanapun Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rosli Ahmad.


Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 19-12-2024 12:31 PM
Insaf ke itek tino?
Quote alesandra 19-12-2024 12:35 PM
Dah kantoi tutup la pintu.cuba kalo tak...end of the year ni byk benda je ko boleh membongak,meriak kann
Quote ayukpingu 19-12-2024 01:05 PM
baru sedar ke? kalau dulu, spender brand ape pun kalau boleh nak tunjuk kat netizen kan?
Quote Samerosie 19-12-2024 01:10 PM
Nak tutup pun kena bgtau ke tutup je ler.  Nengok2 tahun depan buka balik.  Mana tahan nak tunjuk gak gambar baju raya sefamily.
Quote prettyuglybabe 19-12-2024 01:28 PM
sebab takut kan netizen korek sangkut lagi kes
Quote dagusengett 19-12-2024 01:39 PM
life goes on takde beza pun
anak2 masih gi sekolah t20
naik peti ais kehulu kehilir
Quote melinda_kerr 19-12-2024 01:53 PM
aku antara yg 1.8 million tu. hahaha... kalau die tk bgtahu nk private orgpun xkisah
Quote fofuler 19-12-2024 01:59 PM
Oooo jadi kita semua kena buat apa ni? Spam "Do you want me to" ke?
Quote BungaKencana 19-12-2024 02:31 PM
mcm la netizen yg kantoi kan dia...
Quote intan244 19-12-2024 02:34 PM
hahaha
Quote tapirbiru 19-12-2024 02:53 PM
sapa la benak g idolakan mangkuk bibi ni..satu sen takde hasil
Quote anilanil 19-12-2024 02:57 PM
Hello..bukan netizen tau yg gi main ski bawa beg besor gedabak.
Bukan netizen jua yg buat challenge speak malay 24 hrs.
Ntah attention seekers yg mana ntah yg buat semua tu
Quote Hoola 19-12-2024 02:58 PM
Edited by Hoola at 19-12-2024 05:02 PM

ye ke ???
KAHHHHHH!

-seluruh rkyt msia samada di dalam mahupun di luar negara amat bersukurrr
Quote mrsbale 19-12-2024 03:13 PM
Aci bet main reason is dah xblh nk show off brands dah.
Ala kepam.
1 hari xtunjuk brand dlm pic rasa sesak nafas kot.
Quote Moklove92 19-12-2024 03:35 PM
Habis tu 1.8 million followers tu bukan orang ke? Remove semua followers then sembang.
Quote sharlenetexas 19-12-2024 03:36 PM
Wow!


Quote AbukRokok 19-12-2024 03:50 PM
please jgn
kami merayu jgn tutup
kami dahagakan kisah harian vivy
nti tutup kami nak buat apa
Quote awenda507 19-12-2024 04:09 PM
takot nti org guna posting2 tu utk jadikan bahan bukti ke tu
Quote exclusive_vvip 19-12-2024 04:14 PM
awenda507 replied at 19-12-2024 04:09 PM
takot nti org guna posting2 tu utk jadikan bahan bukti ke tu

ke sebab hujung tahun ni takleh gi overseas? tapi tetap la ada lagi 1.8m followers kan yg bleh..kalu btol2 nak privacy, deactivate la 2-3 bulan..

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.116666 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top