View: 18836|Reply: 118
|
'Tiba masa tutup pintu untuk orang tahu tentang hidup saya' - Vivy Yusof
[Copy link]
|
|
USAHAWAN dan pempengaruh sensasi, Datin Vivy Yusof memilih untuk mengubah perhatian umum terhadap kehidupan peribadinya menerusi media sosial.
Jelas pemilik nama penuh Vivy Sofinas Yusof itu langkah pertama yang diambil adalah menukar miliknya kepada mod tetapan peribadi.
“Sempena hari lahir, saya lakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan iaitu menjadikan akaun media sosial saya ke mod peribadi.
“Saya menutup pintu untuk orang mengetahui tentang hidup saya kerana tiba masanya untuk saya melakukannya dengan cara yang berbeza.
“‘Pempengaruh’ ini ‘tidak akan mempengaruhi’. Jadi ia hanya akan menjadi anda dan saya untuk seketika, dan 1.8 juta yang lain. Itu sahaja buat masa ini,” kongsinya menerusi Instagram.
Vivy yang juga pengasas platform e-dagang FashionValet berkata, sejak memulakan menulis blog hampir 20 tahun lalu, beliau tidak pernah terbayang bahawa ia akan membuka begitu banyak pintu.
Namun dalam masa sama, secara tidak langsung ibu kepada empat orang cahaya mata itu telah berkongsi banyak kehidupan peribadinya sama ada baik atau buruk.
“Ia membawa saya mencipta jenama dengan pasukan yang hebat, mengumpulkan komuniti yang menyaksikan saya membesar daripada seorang pelajar universiti kepada seorang isteri, ibu serta seorang usahawan penuh dengan turun naik.
“Saya telah berkongsi dan terlebih berkongsi hampir semua bahagian dalam hidup saya, baik atau buruk, dan saya tidak akan menyesalinya. Itulah jalan yang dipilih untuk saya yang memberi rezeki kepada keluarga, dan banyak lagi keluarga lain insya-ALLAH,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Vivy tidak lupa berterima kasih kepada mereka yang banyak memberi sokongan terhadap perniagaan yang dijalankan.
“‘Proudduck’, terima kasih kepada anda untuk segala-galanya, anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada saya.
“Era seterusnya ini akan menjadi sama menarik,” tulisnya.
Sekadar info, pada 5 Disember lalu, Vivy dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.
Bagaimanapun Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Sumber : Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kantoi tutup la pintu.cuba kalo tak...end of the year ni byk benda je ko boleh membongak,meriak kann |
|
|
|
|
|
|
|
baru sedar ke? kalau dulu, spender brand ape pun kalau boleh nak tunjuk kat netizen kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tutup pun kena bgtau ke tutup je ler. Nengok2 tahun depan buka balik. Mana tahan nak tunjuk gak gambar baju raya sefamily. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab takut kan netizen korek sangkut lagi kes |
|
|
|
|
|
|
|
life goes on takde beza pun
anak2 masih gi sekolah t20
naik peti ais kehulu kehilir
|
|
|
|
|
|
|
|
aku antara yg 1.8 million tu. hahaha... kalau die tk bgtahu nk private orgpun xkisah |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo jadi kita semua kena buat apa ni? Spam "Do you want me to" ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm la netizen yg kantoi kan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa la benak g idolakan mangkuk bibi ni..satu sen takde hasil |
|
|
|
|
|
|
|
Hello..bukan netizen tau yg gi main ski bawa beg besor gedabak.
Bukan netizen jua yg buat challenge speak malay 24 hrs.
Ntah attention seekers yg mana ntah yg buat semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 19-12-2024 05:02 PM
ye ke ???
KAHHHHHH!
-seluruh rkyt msia samada di dalam mahupun di luar negara amat bersukurrr |
|
|
|
|
|
|
|
Aci bet main reason is dah xblh nk show off brands dah.
Ala kepam.
1 hari xtunjuk brand dlm pic rasa sesak nafas kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu 1.8 million followers tu bukan orang ke? Remove semua followers then sembang. |
|
|
|
|
|
|
|
please jgn
kami merayu jgn tutup
kami dahagakan kisah harian vivy
nti tutup kami nak buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
takot nti org guna posting2 tu utk jadikan bahan bukti ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
awenda507 replied at 19-12-2024 04:09 PM
takot nti org guna posting2 tu utk jadikan bahan bukti ke tu
ke sebab hujung tahun ni takleh gi overseas? tapi tetap la ada lagi 1.8m followers kan yg bleh..kalu btol2 nak privacy, deactivate la 2-3 bulan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|