CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12776|Reply: 19

[Jenayah] Mira Izhar menempelak pengurusan bolasepak Kedah akibat tunggakan gaji sudah memasuki SEMBILAN bulan. Tak rasa berdosa ke aniaya orang?pemain ada anak bini (isteri) nak tanggung dan komitmen lain

[Copy link]
Post time 30-12-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ISU masalah gaji melibatkan kelab Liga Super, Kedah Darul Aman FC memasuki babak baharu selepas pasangan kepada salah seorang pemain secara terbuka menempelak pengurusan pasukan tersebut.



Wanita dikenali sebagai Mira Izhar yang merupakan pasangan kepada pertahanan Kedah, Irfan Zakaria secara terbuka mempersoal pengurusan Kedah akibat tunggakan gaji sudah memasuki sembilan bulan.

Mira membangkitkan adakah pengurusan Kedah tidak berasa bersalah apabila membiarkan para pemain tidak dibayar gaji tetapi masih disuruh beraksi.

Tak rasa berdosa ke aniaya orang? Player (pemain) ada anak bini (isteri) nak tanggung adan komitmen lain.

"Sembilan bulan dah woiii, teruk betullah team (pasukan) macam ini," luahnya dalam media sosial.

Luahan Mira itu memberikan isyarat jelas, situasi di Kedah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk menjadi baik. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan ia semakin teruk.

Isu tunggakan gaji pemain Kedah sudah menjadi buah mulut penyokong bola sepak tempatan sejak awal musim. Bahkan, ada juga yang sudah meluat dengannya kerana pengurusan seolah-olah tidak berusaha untuk membaiki keadaan.

Sebaliknya, timbul cadangan untuk pemain Kedah melupakan saja karier bermain mereka dan mencari kerjaya yang lebih stabil walaupun bayarannya tidak mewah mana demi menanggung keluarga.

"Pergi kerjalah dik, main bola tu bukan semua orang boleh kaya," kata penyokong bernama Edwin Tai.

"Sudah sembilan bukan tak ada gaji, cari kerja lain sajalah. Nak berharap apa kalau pengurusan sudah sedia teruk," komen Aerol Rull.

Sebagai rekod, Kedah merupakan salah satu daripada enam kelab Liga Super yang dilaporkan mengalami masalah gaji tertunggak musim ini. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 08:50 AM | Show all posts
Biar tutup ajelah. 6 kelab tak mampu bayar gaji pemain.Nampak sangat mereka ni memang tak mampu wujud pun. Biar JDT lawan diri sendiri aje.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ex player yg jadi yb tu ada berbunyikk tak? ko jadi yb pun xtau apa pekdah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:35 AM | Show all posts
player bola msia ni overpaid.
gaji banyak berpuluh ribu,
kualiti tetap level asean jer

market dan sponsor, duit nya ciput,
nafsu besar jer lebih
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:38 AM | Show all posts
buat grab jer dik, main pon tak tara mana pon..kaki bangku belaka,, sekoq2 berlagak ja lebihhh perasan macam main untuk Real Madrid
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn smpi masyarakat dunia kata industri bola sepak msia ni scam pekerja sudah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
X payah la main club yg x de duit... Cari la keje lain.. Ank bini nk mkn
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama 9 bulan 10 hari tu kiranya bini dia la yg tanggung? Ke gaji bulanan dorang ni cukup besar sampai bleh cover setahun punya perbelanjaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler 9 bulan dah kenapa ko stay dik. Kalau aku, jangankan 9 bulan, 1 bulan pun aku dah cabut
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah kawen, ada anak bini, takyah la main bola lg...pi la cari REAL JOB
Bodoh punya jantan.kalo single lagi ke x kisah la ko takde gaji 9 bln pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:21 PM | Show all posts
just a reminder, dulu Mokhtar Dahari pun keje bank. arwah bukan pemain bola sepenuh masa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:29 PM | Show all posts
dasatnya 9 bulan
2 3 bulan pun aku dah gelabah
weiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-12-2024 08:50 AM
Biar tutup ajelah. 6 kelab tak mampu bayar gaji pemain.Nampak sangat mereka ni memang tak mampu wuju ...

Itu yg TMJ takutkan, bila liga xder abislah impian nk cipta sejarah di ACL....

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 30-12-2024 11:35 AM
player bola msia ni overpaid.
gaji banyak berpuluh ribu,
kualiti tetap level asean jer

Sbb nk bantu impian besar satu kelab kecil katanya, abih melingkup liga M....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:32 PM | Show all posts
agaknye masa mula2 kenai laki dulu rasa best kot sbb somi player bola...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:39 PM | Show all posts
MSL mcm jual goreng pisang. Kalau produk tak laku, mcm mana nk bayar gaji pekerja.
Sewa dll. Tapi hari2 kena buka gerai juga. Ada yg datang beli, tapi tak banyak.
So baik jual goreng pisang, atau kerja GIG. NAk main bola, share dgn kawan2 main malam2 atau hujung minggu. Lwn team2 lain. Betting satu goal 1k ke, menang bagi sama rata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 01:55 PM | Show all posts
9 bulan takde gaji, still stay & mengharap lagi ke? kut swasta ni nak berenti pun mintak 1 bulan notis je dhekk.. takde nak tunggu sampai kalo  mengandung dah nak terberanak tu

baik ko duk diam2 main pelir laki sendiri je dhekk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 03:39 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 30-12-2024 01:55 PM
9 bulan takde gaji, still stay & mengharap lagi ke? kut swasta ni nak berenti pun mintak 1 bulan not ...

iye la tu
selalunya orang kalau dah dengar ura2 company ada prob or apa2
stanby dah bukak linkedin, jobstreet, indeed semua
cari je kerja sebab kerja bukan boleh dapat cepat
slow2 cari yang okay then chow
tapi dah nama ketua keluarga tapi sanggup tunggu 9 bulan eh
kalau 2 3 bulan boleh la caya lagi kot masih mengharap janji manis nak dibayar tapi ni 9 bulan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 03:45 PM | Show all posts
cattiecute replied at 30-12-2024 07:39 AM
iye la tu
selalunya orang kalau dah dengar ura2 company ada prob or apa2
stanby dah bukak linkedin, ...

hagak sheols susah nak lepaskan title somi ku pemain bola sepak kedah

so nak glamer ke nak dhuet, gichewww
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 03:55 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 30-12-2024 03:45 PM
hagak sheols susah nak lepaskan title somi ku pemain bola sepak kedah

so nak glamer ke nak dhuet, ...

janji boleh gebang dengan sedara mara time kenduri kan kata laki pemain bola
gaji tunggak 9 bulan pun apadehal.
selagi boleh diam kita diam je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.084214 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list