CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syria dan hadis berkaitan akhir zaman

17-12-2024 08:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29946| Komen: 9



Ramai tidak menyangka rejim keluarga Assad yang berkuasa selama lebih kurang 53 tahun (1971-2024) akhirnya tumbang pada 8 Disember 2024 lalu. Namun, penulis tidak akan mengupas siapa di belakang siapa dan kekompleksan percaturan politik yang berlaku di Timur Tengah. 

Ini kerana perbincangan mengenainya pasti akan sampai ke titik kabur kerana masing-masing ingin dilihat bijak mengatur strategi dan bermain persepsi. Yang pasti tidak kabur ialah khabar yang diberitakan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam. Musuh boleh merancang dan menyusun langkah, yang menentukan hanyalah Allah SWT jua.

Barangkali sebelum ini ada yang melihat sebahagian hadis eskatologi kelihatan seolah-olah tidak menepati realiti yang berlaku. Namun, yakinlah bahawa apa yang dikhabarkan pasti akan tiba juga saatnya satu persatu, sama ada cepat atau lambat. Siapa menduga, pada hari ini kita melihat  Dimasyq (sebutan Melayu: Damsyik) melaung takbir bebas daripada cengkaman sebuah rejim zalim. Laungan kebebasan yang mungkin tidak pernah didengarnya sejak lebih lima dekad lampau. Namun, itu bukanlah penamatnya. Episod perjuangan umat Islam di wilayah bergolak ini kelihatan masih panjang dan berliku. 


Semoga pengalaman pahit dan getir yang dilalui mengajar mereka untuk menjadi lebih bijak, kuat dan berhemah tinggi. Ini kerana terdapat hadis yang mengisyaratkan mengenai kehebatan daya tempur mereka. Daripada Abu Hurairah RA katanya, "Rasulullah SAW bersabda: Jika berlaku peperangan-peperangan yang besar, maka Allah akan membangkitkan satu kumpulan daripada golongan  al-mawali (golongan yang berjanji taat setia), mereka adalah orang Arab yang paling baik kudanya dan yang paling bagus senjatanya. Dengan merekalah Allah akan mengukuhkan agama ini." Dalam riwayat lain disebut: "…golongan  al-mawali (golongan yang berjanji taat setia) itu dari Dimasyq."  (Riwayat Ibnu Majah, Nu'aym bin Hammad dan al-Hakim, katanya: Sahih mengikut syarat al-Bukhari)  

Selain Dimasyq, ada beberapa tempat lagi di Syria yang disebutkan oleh Nabi SAW dalam berbagai hadis eskatologi. Beberapa tempat ini bakal menjadi pentas penting bagi peristiwa akhir zaman. Antaranya ialah  Ghutah yang akan menjadi kubu kuat umat Islam. Daripada Abu Darda' RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pangkalan (kubu) kaum muslimin saat terjadinya peperangan besar (al-malhamah) berada di Ghutah, suatu tempat berhampiran sebuah kota yang dipanggil Dimasyq, antara kota terbaik wilayah Syam." Dalam riwayat lain disebut: "…tempat tinggal terbaik kaum muslimin pada masa itu." (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tabarani dan al-Hakim, katanya: Sahih sanadnya)

Diriwayatkan daripada Jubair bin Nufair katanya, "Seorang lelaki daripada sahabat Nabi Muhammad SAW menceritakan kepada kami, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Syam akan dibukakan untuk kamu sekalian, maka jika kamu diberi kebebasan untuk memilih tempat tinggal di dalamnya, maka hendaklah kamu pilih sebuah kota yang dipanggil Dimasyq. Sesungguhnya ia adalah benteng kaum muslimin daripada peperangan- peperangan yang dahsyat, dan pangkalannya pula terletak di suatu tempat yang dipanggil al-Ghutah."  (Riwayat Ahmad dengan sanad daif)

 Antara kota lain Syria yang disebut dalam hadis ialah  A'maq  atau  Dabiq, iaitu nama dua buah tempat berdekatan Aleppo. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq. Lalu, keluar menghadapi mereka sekelompok tentera dari Madinah, antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: 'Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami!' Namun, kaum muslimin menjawab: 'Tidak, demi Allah, kami tak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.' Maka, terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah namun Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada' di sisi Allah, serta sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tidak akan ditimpa sebarang fitnah selamanya, lantas mereka akan menakluki Konstantinopel." (Riwayat Muslim) 

 Hadis ini jelas menyatakan A'maq atau Dabiq merupakan tempat pertempuran besar (al-malhamah al-kubra) antara tentera Islam dengan tentera kafir. Dalam sebuah riwayat sahih menyebutkan, golongan kafir tersebut akan mengerahkan 80 pasukan tentera yang setiap satu pasukan terdiri daripada 10,000 perajurit, sebagaimana disebut dalam riwayat Ahmad. Manakala dalam riwayat al-Bukhari disebut 12,000 perajurit. Ini bererti jumlah kekuatan mereka cukup besar antara 800,000 hingga 960,000 orang! Semoga Allah SWT memberikan kekuatan buat umat Islam bagi menghadapi segala bala dan fitnah akhir zaman yang begitu dahsyat.    

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 18-12-2024 02:29 AM
Terima kasih
Quote Dwdrum 18-12-2024 08:21 AM
Middle east perlu atartuk junior....banyak sangat ummah coba outsmart tohan sendiri created chaos
Quote AbukRokok 18-12-2024 08:41 AM
tgh tggu imam mahdi dan as sufyani la tu
ehhhhh tetiba kluar pulak dalil hadis assufyani tu hadis lemah dan hadis syiah

pandai korang ye... time berkecamuk hadis tu time arab spring dlu xde seko pun yg kata hadis tu hadis daif dan hadis syiah
Quote capiloton 18-12-2024 09:18 AM
Edited by capiloton at 18-12-2024 09:35 AM

Konstantinopel = Vatican

dulu masa zaman Nabi dan Sahabat,
Konstantinopel adalah HQ orang2 kristian.
Roman Empire.
then later, di takluk oleh Mehmet al-Fatih.

HQ orang kristian sekarang di Vatican City,
Rome, Italy.
Quote capiloton 18-12-2024 09:19 AM
469703274_8776459019133351_2452010986253000837_n.jpg
Quote capiloton 18-12-2024 09:24 AM
Edited by capiloton at 18-12-2024 09:49 AM

Switzerland,
HQ for world leader, WEF,
a puppets.

Vatican City,
HQ for puppet master,
mastermind, satan worshipper.

THE REST = slave of the systems. slave of The Matrix.

Canaanites = orang2 kanaan,
Aryan,
pyramid and ziggurat builder.

most Aryan, still sleeping

Quote capiloton 18-12-2024 09:50 AM
[youtube]jTQ6cusexO0[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 18-12-2024 09:53 AM
Selamat datang Ad-Dajjal Meshiya tahun 2024, all praise to YaHaVaH/YHWH/Ya-Allah mengikut kiraan kitab Book of Jubilees Hebrew Bible ummah suci yehudi

Sebab tu Al-Masih Dajjal sebut Qul lanyusibana illa ma kataballahulana

[youtube]2Ax0S0fIHGM[/youtube]
Quote capiloton 18-12-2024 10:25 AM
Edited by capiloton at 18-12-2024 10:55 AM

As-Sufyani = tentera2 milik kerajaan satu dunia
setiap negara ada tentera "As-Sufyani" masing2.

As-Sufyani BUKAN NYA tentera dari negara arob,
seperti kebanyakan majoriti fikir.

As-Sufyani = tentera gomen, orang local masing2 ler

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.162832 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top