Oleh : Dean BZ Setiap orang mempunyai cita-cita untuk menjadi jutawan, hidup senang, mempunyai kereta mewah, isteri-isteri cantik dan rumah banglo besar tersergam indah. Pendek kata, setiap yang diimpikan pasti menjadi kenyataan.
Tanpa kita ketahui, pelbagai pelaburan dilakukan oleh jutawan bagi "membiakkan" lagi duit sedia ada. Disebalik pelaburan tidak semestinya membuahkan hasil yang lumayan, kata orang ada turun ada naik. Itulah nasib yang menimpa kepada lima orang terkaya dunia. Memetik laporan Berita Harian, lima orang terkaya dunia rugi AS$8.7 bilion (RM37.87 bilion) pada hari pertama dagangan saham Isnin lalu susulan penjualan besar-besaran saham global yang dicetuskan data perkilangan lemah China dan ketegangan antara Arab Saudi dan Iran.
LIMA orang terkaya dunia rugi AS$8.7 bilion (RM37.87 bilion) pada hari pertama dagangan saham Isnin lalu, (dari kiri) Jeff Bezos, Amancio Ortega, Warren buffett, Carlos Slim dan Bill Gates. FOTO - Berita Harian. Pengasas Amazon.com Inc, Jeff Bezos, mendahului senarai individu mengalami kerugian paling besar dalam Bloomberg Billionaires Index pada hari pertama dagangan 2016, kehilangan AS$3.7 bilion (RM16.11 bilion) susulan sahamnya jatuh 5.8 peratus. Nilai bersihnya kini AS$56 bilion (RM243.77 bilion). Kekayaan Amancio Ortega dari Sepanyol susut AS$2.5 bilion (RM10.88 bilion) kepada AS$70.4 bilion (RM306.46 bilion) berikutan saham Inditex SA miliknya, peruncit feysen terbesar, susut 3.5 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway Inc, Warren Buffett, Carlos Slim dari Mexico dan pengasas Microsoft Corp, Bill Gates, orang paling kaya di planet ini, rugi kombinasi AS$2.5 bilion (RM10.88 bilion). Individu yang meraih keuntungan terbesar pada hari pertama dagangan 2016 ialah pelabur Carl Icahn, dengan nilai bersihnya menokok AS$210.4 juta (RM915.89 juta) kepada AS$20.1 bilion (RM87.50 bilion). Indeks Bloomberg memantau kekayaan harian 400 orang terkaya dunia, yang kerugian kombinasi AS$82.4 bilion (RM358.70 bilion) pada hari itu. - Bloomberg. Satu jumlah kerugian yang tersangat besar. Namun itulah hakikatnya, bak kata pepatah besar periuk, besarlah keraknya. Jika anda ditakdirkan kaya raya seperti mereka, apakah yang anda akan lakukan selain melabur dalam saham? - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
18
Bagus |
2
Marah |
3
Terkejut |
9
Sedih |
1
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rawahah replied at 5-1-2016 03:29 PM
org kita berniaga baru keluar modal seribu dua, gagal terus taknak niaga sampai bila2.. koh3
Jika anda ditakdirkan kaya raya seperti mereka, apakah yang anda akan lakukan selain melabur dalam saham?
ADVERTISEMENT