CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jika pukul ‘bahasa cinta’ suami, isteri kena mengadu – Ustaz Don

8-12-2024 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37172| Komen: 4



PETALING JAYA – “Kalau melibatkan kekerasan rumah tangga, jangan doa sahaja. Kena pergi lapor polis.”

Demikian nasihat pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal mengingatkan golongan isteri teraniaya agar menyayangi diri dahulu, bukan menyimpan penderitaan demi mengekalkan rumah tangga.

Katanya, tindakan pertama yang perlu dilakukan apabila dikasari dan didera suami adalah dengan membuat laporan polis.

“Macam mana Allah nak suruh mahkluk lain sayangi kita kalau kita tidak sayangkan diri sendiri.

“Ini untuk orang perempuan ya. Diri kita, mak bapa bentuk bukan untuk dipijak,” katanya ketika menjawab soalan berkaitan isteri didera suami dalam hantaran Instagram.

Menurut Don atau nama lengkapnya Don Daniyal Don Biyajid, 40, Allah mencipta kaum hawa untuk dihargai dan dilindungi terutama buat suami, bukan disakiti.

“Kata ulamak wanita tidak diciptakan daripada tulang kepala tengkorak untuk dijadikan ketua semata-mata, dan tidaklah diciptakan perempuan daripada tulang kaki untuk dipijak-pijak.


“Tidak juga diciptakan daripada tulang punggung, maknanya bukan tempat tak baik tapi diciptakan daripada tulang rusuk dekat dengan hati untuk disayangi dan dicintai.

“Jadi jika ‘bahasa cinta’ ditunjukkan suami menerusi kekerasan, dalam Islam sendiri minta pergi mengadu. Kasar sangat bahasa cinta dia (suami) tu,” ujarnya lagi.

Pada sesi sama, pengacara tersebut turut berkongsi beberapa doa agar isteri teraniya diberikan ketenangan selain dibukakan jalan untuk keluar dari permasalahan dihadapi.

Difahamkan, pertanyaan dilontarkan hadirin mempunyai kaitan dengan keganasan rumah tangga membabitkan beberapa selebriti tempatan terutama bekas model juga pelakon Zahnita Wilson.

Pendedahan ibu kepada empat anak melalui 20 tahun kesengsaraan sepanjang perkahwinan menerusi media sosial itu membawa kepada penahanan suaminya.

Kemudian seorang penyanyi Elliza Razak pula tampil mendakwa dipukul suami pada 2015 namun memilih diam dan tidak membuat laporan polis demi anak-anak.

Bagai mendapat kekuatan dengan pembongkaran dilakukan Zahnita, bekas isteri kepada aktor Jay Iswazir, Azzahra Ahmad turut menggunakan media sosial mendedahkan penderitaannya dikasari lelaki terbabit. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 9-12-2024 08:26 AM
wanite lemah ostaz
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:27 AM
janggut tak kemas
Quote BoongaKertas 9-12-2024 02:40 PM
tp ada wanita yg rela dipukul dari menjadi janda. stigma masyarakat kat title tu buat diorang jadi insecure and takut dgn bayang2 sendiri.
Quote prince_marhaen 9-12-2024 04:12 PM
pak ostaz romentik takkkk? mesti romentik kannn..... kuci kuci janggut sket... hihihi tapi bab kekawan ostaz2 kes kawin2 kes rogol2 ostat senyap pulak ye....  

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.067714 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top