View: 37077|Reply: 4
|
Jika pukul ‘bahasa cinta’ suami, isteri kena mengadu – Ustaz Don
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – “Kalau melibatkan kekerasan rumah tangga, jangan doa sahaja. Kena pergi lapor polis.”
Demikian nasihat pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal mengingatkan golongan isteri teraniaya agar menyayangi diri dahulu, bukan menyimpan penderitaan demi mengekalkan rumah tangga.
Katanya, tindakan pertama yang perlu dilakukan apabila dikasari dan didera suami adalah dengan membuat laporan polis.
“Macam mana Allah nak suruh mahkluk lain sayangi kita kalau kita tidak sayangkan diri sendiri.
“Ini untuk orang perempuan ya. Diri kita, mak bapa bentuk bukan untuk dipijak,” katanya ketika menjawab soalan berkaitan isteri didera suami dalam hantaran Instagram.
Menurut Don atau nama lengkapnya Don Daniyal Don Biyajid, 40, Allah mencipta kaum hawa untuk dihargai dan dilindungi terutama buat suami, bukan disakiti.
“Kata ulamak wanita tidak diciptakan daripada tulang kepala tengkorak untuk dijadikan ketua semata-mata, dan tidaklah diciptakan perempuan daripada tulang kaki untuk dipijak-pijak.
“Tidak juga diciptakan daripada tulang punggung, maknanya bukan tempat tak baik tapi diciptakan daripada tulang rusuk dekat dengan hati untuk disayangi dan dicintai.
“Jadi jika ‘bahasa cinta’ ditunjukkan suami menerusi kekerasan, dalam Islam sendiri minta pergi mengadu. Kasar sangat bahasa cinta dia (suami) tu,” ujarnya lagi.
Pada sesi sama, pengacara tersebut turut berkongsi beberapa doa agar isteri teraniya diberikan ketenangan selain dibukakan jalan untuk keluar dari permasalahan dihadapi.
Difahamkan, pertanyaan dilontarkan hadirin mempunyai kaitan dengan keganasan rumah tangga membabitkan beberapa selebriti tempatan terutama bekas model juga pelakon Zahnita Wilson.
Pendedahan ibu kepada empat anak melalui 20 tahun kesengsaraan sepanjang perkahwinan menerusi media sosial itu membawa kepada penahanan suaminya.
Kemudian seorang penyanyi Elliza Razak pula tampil mendakwa dipukul suami pada 2015 namun memilih diam dan tidak membuat laporan polis demi anak-anak.
Bagai mendapat kekuatan dengan pembongkaran dilakukan Zahnita, bekas isteri kepada aktor Jay Iswazir, Azzahra Ahmad turut menggunakan media sosial mendedahkan penderitaannya dikasari lelaki terbabit.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
tp ada wanita yg rela dipukul dari menjadi janda. stigma masyarakat kat title tu buat diorang jadi insecure and takut dgn bayang2 sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|