CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Syria pijak patung bapa Bashar al-Assad

8-12-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37753| Komen: 16



DAMSYIK – Rakyat Syria hari ini menumbangkan dan memijak patung arwah Hafez al-Assad yang merupakan bapa kepada Presiden Bashar al-Assad.

Di Damsyik, orang ramai bersorak ketika mereka berdiri di atas patung Hafez dalam detik simbolik di negara itu yang diperintah secara kuku besi selama lima dekad oleh kaum kerabat al-Assad.

Senario itu berlaku ketika pemberontak mengisytiharkan Bashar meninggalkan Syria susulan kemaraan halilintar selama 11 hari oleh pemberontak dengan menawan bandar-bandar utama  sebelum sampai ke Damsyik.

Bashar memerintah Syria sejak tahun 2000 selepas mewarisi kuasa daripada bapanya.

Sejak 2011, beliau mematahkan gerakan demokrasi yang bermula dengan bantahan aman.

Penindasan kerajaan Bashar kemudian bertukar menjadi perang saudara antara paling berdarah pada abad ini, dengan ratusan ribu orang terbunuh berjuta-juta lagi menjadi pelarian.


Hafez al-Assad mengambil alih kuasa dalam kudeta pada tahun 1970 dan menubuhkan rejim kuku besi. Sesiapa yang disyaki menentangnya akan sama ada dipenjarakan atau dibunuh.

Lama selepas kematian Hafez, patungnya kekal sebagai simbol kekuasaan kerabat al-Assad di Syria. – AFP 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 9-12-2024 08:30 AM
jgn pulak nanti terlepas mulut buaya masuk mulut rimau
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:31 AM
according to plan la ni kot
Quote nisako 9-12-2024 11:06 AM
finally
Quote B40tastePosh 9-12-2024 11:25 AM
Bnyak betul patung Hafez Al Asad
images (26).jpeg syria-41.jpg another-statue-of-the-late-hafez-al-assad-was-toppled-in-v0-PP8PMuBTWjqfALnkwZAm.jpg
Quote ultra78 9-12-2024 01:43 PM
Perasan tak diktator akan bina statue diri mereka?

Saddam Hussein
Muamar Gaddafi
Kim Jong Il
Kim Jong Un
Quote hayati_hassan 9-12-2024 03:42 PM
manusia kejam bunuh anak2 sunni dgn gas beracun
Quote Decaffeinated 9-12-2024 04:33 PM
Apa ekonomi Syria ni?
Quote DARSITA 10-12-2024 01:36 AM

Jatuhnya sebuah kerajaan yg mendapat sokongan Russia & Iran.

The future might change .. apakah yang akan berlaku dgn Syria sama sam la kita lihat. Police, askar rejime Assad pasti tak selamat kehidupan mereka.. Askar dan police yang ahli keluarga menjadi mangs rejime pun pasti akan balas dendam terhadap politicians yang kotor.

Adakah pemimpin baru akan jadi boneka utk Amerika? Kalau pejuang kebebasan melantik pemimpin baru berapa kah bounty price utk kepala mereka?

Scary :-(
Quote kakikuDibibirmu 10-12-2024 01:38 AM
Suraya bila tiba dan membawa cahaya
Gadis riang menyanyi sambil membawa kendi
Menuju tempat mandi
Membasuh dan mencuci



[youtube]ol62KsJC61A[/youtube]
Quote AbukRokok 10-12-2024 04:34 AM
B40tastePosh replied at 9-12-2024 11:25 AM
Bnyak betul patung Hafez Al Asad

standard pemerintahan parti Baath
sama mcm zaman Saddam Hussein
tpi la ni ummi mula bernostalgia Saddam baik orangnya

Quote AbukRokok 10-12-2024 04:35 AM
skrg amerika mgkin mahu buang tawaran tebusan kepala ke atas ketua al qaeda pemberontak di syria
Quote clueless_gamer 11-12-2024 04:49 AM
negara dlm peta expansion plan for the great seroel mmg akan dikacau dari luar dan dalam..

kita dah tau dari awal lagi plot cerita ni, tp masih tak boleh nak bertindak sbb terkena penyakit WAHN

https://www.bharian.com.my/taxon ... akit-cintakan-dunia
Quote AbukRokok 11-12-2024 05:25 AM
Israeli Army Radio, citing a senior security source: We destroyed the capabilities of the Syrian army in the largest air operation we have carried out in our history

israel kini xjauh dari damsyik sbb tgh masuk menyusur sempadan syria lubnan
Quote Dwdrum 11-12-2024 06:22 AM
Edited by Dwdrum at 10-12-2024 03:11 PM

Trump tidak interested syria ini dahulu pernah exit/withdraw ketika 1st term ...2nd term heshe tidak mahu campur kata nya....ada 1+ month biden plan.. Israel ada limited time untuk clear iran allies di syria ... Ini common negara tiada kerajaan (lawless) ... Harap cepat rakyat syria bentuk kerajaan baru...assad regime banyak tolong hapus kan radical terrorist seperti isis/isil... Etc...but unfortunately assad juga banyak executed civilian yang cerdik...
Betul betul ber harap syria dapat fresh new start... Sekarang US and turkey dapat control radical extremist groups di dalam syria juga dari luar syria.. Sehingga syria bentuk kerajaan...

Quote B40tastePosh 11-12-2024 11:25 PM
DARSITA replied at 10-12-2024 01:36 AM
Jatuhnya sebuah kerajaan yg mendapat sokongan Russia & Iran.

The future might change .. apakah ya ...

Rasanya memang betul bangsa Yakjuj Makjuj adalah Rusia dan Korea Utara
Quote B40tastePosh 11-12-2024 11:28 PM

Zaman dulu, pintu masuk barang dagangan ke Eropah dari jalur laut iaitu dari Yaman dan jalur laluan sutera.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.043511 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top