View: 37609|Reply: 16
|
Rakyat Syria pijak patung bapa Bashar al-Assad
[Copy link]
|
|
DAMSYIK – Rakyat Syria hari ini menumbangkan dan memijak patung arwah Hafez al-Assad yang merupakan bapa kepada Presiden Bashar al-Assad.
Di Damsyik, orang ramai bersorak ketika mereka berdiri di atas patung Hafez dalam detik simbolik di negara itu yang diperintah secara kuku besi selama lima dekad oleh kaum kerabat al-Assad.
Senario itu berlaku ketika pemberontak mengisytiharkan Bashar meninggalkan Syria susulan kemaraan halilintar selama 11 hari oleh pemberontak dengan menawan bandar-bandar utama sebelum sampai ke Damsyik.
Bashar memerintah Syria sejak tahun 2000 selepas mewarisi kuasa daripada bapanya.
Sejak 2011, beliau mematahkan gerakan demokrasi yang bermula dengan bantahan aman.
Penindasan kerajaan Bashar kemudian bertukar menjadi perang saudara antara paling berdarah pada abad ini, dengan ratusan ribu orang terbunuh berjuta-juta lagi menjadi pelarian.
Hafez al-Assad mengambil alih kuasa dalam kudeta pada tahun 1970 dan menubuhkan rejim kuku besi. Sesiapa yang disyaki menentangnya akan sama ada dipenjarakan atau dibunuh.
Lama selepas kematian Hafez, patungnya kekal sebagai simbol kekuasaan kerabat al-Assad di Syria. – AFP
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
jgn pulak nanti terlepas mulut buaya masuk mulut rimau |
|
|
|
|
|
|
|
according to plan la ni kot |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyak betul patung Hafez Al Asad
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Perasan tak diktator akan bina statue diri mereka?
Saddam Hussein
Muamar Gaddafi
Kim Jong Il
Kim Jong Un |
|
|
|
|
|
|
|
manusia kejam bunuh anak2 sunni dgn gas beracun |
|
|
|
|
|
|
|
Jatuhnya sebuah kerajaan yg mendapat sokongan Russia & Iran.
The future might change .. apakah yang akan berlaku dgn Syria sama sam la kita lihat. Police, askar rejime Assad pasti tak selamat kehidupan mereka.. Askar dan police yang ahli keluarga menjadi mangs rejime pun pasti akan balas dendam terhadap politicians yang kotor.
Adakah pemimpin baru akan jadi boneka utk Amerika? Kalau pejuang kebebasan melantik pemimpin baru berapa kah bounty price utk kepala mereka?
Scary :-( |
|
|
|
|
|
|
|
standard pemerintahan parti Baath
sama mcm zaman Saddam Hussein
tpi la ni ummi mula bernostalgia Saddam baik orangnya
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg amerika mgkin mahu buang tawaran tebusan kepala ke atas ketua al qaeda pemberontak di syria |
|
|
|
|
|
|
|
Israeli Army Radio, citing a senior security source: We destroyed the capabilities of the Syrian army in the largest air operation we have carried out in our history
israel kini xjauh dari damsyik sbb tgh masuk menyusur sempadan syria lubnan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 10-12-2024 03:11 PM
Trump tidak interested syria ini dahulu pernah exit/withdraw ketika 1st term ...2nd term heshe tidak mahu campur kata nya....ada 1+ month biden plan.. Israel ada limited time untuk clear iran allies di syria ... Ini common negara tiada kerajaan (lawless) ... Harap cepat rakyat syria bentuk kerajaan baru...assad regime banyak tolong hapus kan radical terrorist seperti isis/isil... Etc...but unfortunately assad juga banyak executed civilian yang cerdik...
Betul betul ber harap syria dapat fresh new start... Sekarang US and turkey dapat control radical extremist groups di dalam syria juga dari luar syria.. Sehingga syria bentuk kerajaan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya memang betul bangsa Yakjuj Makjuj adalah Rusia dan Korea Utara
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu, pintu masuk barang dagangan ke Eropah dari jalur laut iaitu dari Yaman dan jalur laluan sutera.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|