CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Alhamdulillah selesai... saya minta maaf sekali lagi' - Makcik Kemboja didenda RM40,000, padah hina bangsa Melayu malas

6-12-2024 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42802| Komen: 21

 

Ayer Keroh: "Alhamdulillah dah selesai semuanya. Terima kasih kepada pendakwa raya... kepada peguam saya, Kamal Hisham Jaafar.

"Sebelum ini saya dah minta maaf, tapi ini saya minta maaf sekali lagi atas kekhilafan saya," kata usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Mariyah Yaakob, 49.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas membayar denda RM40,000 atas kesalahan mengeluarkan kenyataan jelik dalam satu video di media sosial yang mendakwa orang Melayu sebagai malas, tahun lalu.

Terdahulu, Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman itu dalam prosiding kes di Mahkamah Sesyen hari ini yang turut melepaskan anak lelaki Mariyah, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 23, dengan bon jaminan berkelakuan baik sebanyak RM10,000 tanpa cagaran selama setahun.

Mariyah turut berterima kasih kepada pihak yang terus menyokongnya atas apa yang berlaku serta memohon diberikan peluang untuk memulakan kehidupan baharu.


Sementara itu, Kamal Hisham berkata, Mariyah sebelum ini banyak membuat video dan kandungan berunsur motivasi untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat.

Katanya, dalam menghasilkan video motivasi berkenaan anak guamnya melampaui garis undang-undang hingga kes itu dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, Mariyah sedar kesalahan dilakukan, insaf dan suci hati membuat dua kali permohonan maaf yang disiarkan secara terbuka serta dilaporkan media.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 6-12-2024 10:14 PM
Edited by B40tastePosh at 6-12-2024 10:16 PM

More to cyberbully....apa dia cakap tak salah pun..sebab benda sama yang Mahathir cakap.

Probably sebab climate yang basah melengas, at same time kita kena behave berpakaian sopan. Sebab tu Malas.

So acik ni buat pakaian untuk memastikan kita behave sopan, ventilated, dan mudah untuk pergerakan....so tak lagi malas untuk outdoor activities.
Quote B40tastePosh 6-12-2024 10:17 PM
Cuma suara dia ni macam petir.
Quote hokeypokey 6-12-2024 10:22 PM
banyak gak kena 40k, haritu yg cyberbully sampai bunuh diri tu kena rm100 jer..
Quote Inigo-Montoya 6-12-2024 10:43 PM
boleh beli axia full spec wei
Quote miss_white 6-12-2024 11:00 PM
Ok lepas ni mula kn kehidupan baru di kemboja
balik lah  berniaga kt kemboja sana

Quote miss_white 6-12-2024 11:00 PM
Ok lepas ni mula kn kehidupan baru di kemboja
balik lah  berniaga kt kemboja sana

Quote Binodino 6-12-2024 11:33 PM
40k untuk businesswoman macam dia tu celah gigi je.

Ingatkan kena hantar balik ke kemboja sana.
Quote akies 6-12-2024 11:56 PM
Ooo patutla nada suara dia dh low sikit
miss_white: Ok lepas ni mula kn kehidupan  ...


Takde maknanya dia nak balik sana.
[em:14:]Sini kan lubuk emas
Quote aavakateimani 7-12-2024 06:51 AM
Edited by aavakateimani at 7-12-2024 06:52 AM

lama dah dia kembali meniaga kat tiktok org melayu jugak yg beli
Quote aavakateimani 7-12-2024 06:52 AM
40k kecik je bg dia
Quote PULANGKAN 7-12-2024 09:48 AM
no way. terlajak perahu boleh diunder, terlajak kata, buruk padahnya

maaf tak diterima. blacklisted
Quote Decaffeinated 7-12-2024 12:35 PM
Giler lah kena 40k sebab ada orang sentap ja.

Macam mana lah nak bersaing di peringkat global baru kena kecam dah main undang2 syok sendiri. Harap dunia take note lah hati2 berurusan dengan geng2 tisu ni.
Quote Decaffeinated 7-12-2024 12:38 PM
Binodino replied at 6-12-2024 11:33 PM
40k untuk businesswoman macam dia tu celah gigi je.

Ingatkan kena hantar balik ke kemboja sana.

Says who? Orang yang bekerja keras for their money lebih mengetahui dan menghargai nilai 40k tu, berbanding yang dapat sabsidi free.

Quote Skuau 7-12-2024 12:42 PM
aavakateimani replied at 7-12-2024 06:51 AM
lama dah dia kembali meniaga kat tiktok org melayu jugak yg beli

pasni  dia ngata pulak..dh ku hina korang pemalas..TIBER....RAJIN pula membeli drp aku...bodoh ke apa drng ni????
Quote B40tastePosh 7-12-2024 04:03 PM
Edited by B40tastePosh at 7-12-2024 09:01 PM

Mayoritas Melayu dan Indonesian adalah pemalas disebabkan climate panas dan lembap punca lembab

Kelembapan menyebabkan Kelembaban

Kepanasan membuatkan mereka mencari aircond dan ice.

Bila diorang tahu kat dunia ni ada climate yang sejut, adem, nyaman seperti Europe mereka nak pindah ke Europe, atau Australia.   Middle finger sebab tak da kearifan lokal (local wisdom).
Quote Samerosie 7-12-2024 04:29 PM
Kemain acik. Kemboja dgn baju fake versace greca ye.
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2024 06:57 PM
Boleh tersentap sehingga seperti itu sekali ye. Sedihnya!
Quote Akalditipumata 8-12-2024 12:27 AM
hokeypokey: banyak gak kena 40k, haritu yg ...


Yg keluar jln berkepak mendada Tu ye.. [em:4:]
Quote ardent91 8-12-2024 06:52 AM
B40tastePosh replied at 7-12-2024 04:03 PM
Mayoritas Melayu dan Indonesian adalah pemalas disebabkan climate panas dan lembap punca lembab

Kel ...

tapi asal kaum C kat malaysia ngan indon perangai lain? dorg pown tinggal kat negara dgan climate yg same.. tu nepal, bangla bagai yg dok kat malaysia pown lebih rajin kerja (of course x sumer tp kita kata in general)

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.128431 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top