Kuala Lumpur: Pemasangan 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) baharu yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) adalah langkah ke hadapan bagi menjadikan ibu negara sebagai kota pintar bertaraf dunia. Ahli Lembaga Bandaraya Kuala Lumpur, Lai Chen Heng berkata, kehadiran CCTV berkenaan sebagai 'mata-mata' bukan sahaja membantu tugas pihak berkuasa membanteras jenayah malah memberi pelbagai impak positif kepada warga kota. Menurutnya, menggunakan sistem AI, sistem CCTV berkenaan mampu mengesan sesebuah kenderaan atau individu selagi ia dirakam. "Kamera berteknologi tinggi ini mempunyai pelbagai kebolehan antaranya mampu merakam dalam definisi tinggi yang secara tidak langsung memudahkan pengecaman wajah atau kenderaan. "Saya pernah melihat kebolehan CCTV ini, misalnya jika polis mahu mengesan suspek, sistem ini mempunyai kebolehan mengecam wajah dan nombor pendaftaran kenderaan.
"Sistem ini walaupun dioperasikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun turut digunakan oleh pihak polis terutama bagi menguruskan kesesakan trafik," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, sistem pengesanan automatik bencana seperti banjir, tanah runtuh, pokok tumbang atau kemalangan jalan raya membantu mempercepatkan lagi masa respon agensi berkenaan. Katanya, sistem pengesanan bencana itu sudah digunakan pakai oleh DBKL membabitkan 5,000 CCTV sedia ada namun kebanyakan dipasang di laluan utama dan kawasan strategik. Lai berkata, dengan penambahan lagi 5,000 CCTV baharu pemantauan yang lebih meluas merangkumi lebih banyak kawasan hot spot dapat dilaksanakan yang dijangka secara langsung mampu menurunkan lagi kadar jenayah di sini. "Kita kini ke arah smart city (bandar pintar) di mana memiliki sistem CCTV untuk keselamatan memang sebahagian daripada kriteria. "Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan Singapura kita agak jauh lagi kerana mereka ada kira-kira 25,000 CCTV dan kita juga ke arah itu," katanya. Katanya, perolehan 5,000 CCTV baharu berkenaan menelan perbelanjaan yang tinggi dan perlu dilaksanakan secara teliti dan berhemah. Beliau berkata, secara idealnya secara keseluruhan bandar raya Kuala Lumpur memerlukan sekurang-kurangnya 18,000 unit CCTV namun ia dalam perancangan masa hadapan. "Kita harap nanti Kuala Lumpur boleh bertaraf antarabangsa, bukan sahaja dari segi keselamatan malah kita juga ada melakukan pelbagai penambahbaikan di ibu negara seperti penambahan laluan basikal, siar kaki dan taman rekreasi. "Dengan pemasangan CCTV ini akan menjadikan keselamatan di Kuala Lumpur lebih terjamin contohnya kes kemalangan langgar lari banyak yang berjaya diselesaikan dengan bantuan CCTV," katanya. Sumber : Harian Metro |
Lucy20: iols selaku org sg ni mcm dlm jail di mana2 ada cctv. pro selamat tersangat2. con nya mmg tak boleh nak berbuat jahat. so harap maap klo perangai seru ...
Lucy20 replied at 7-12-2024 12:27 AM
iols selaku org sg ni mcm dlm jail di mana2 ada cctv. pro selamat tersangat2. con nya mmg tak boleh ...
B40tastePosh: AI pada CCTV ni apa? Motion De ...
Decaffeinated replied at 7-12-2024 12:54 PM
Cegah jenayahlah sangat. Tah2 nanti banyak guna skodeng pasangan beromen ja.
ADVERTISEMENT