CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran guna peralatan berunsur komunis di Klang untuk strategi pemasaran, menarik pelanggan warga China - KPN

6-12-2024 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42103| Komen: 60

 


Kuala Lumpur: Siasatan awal polis mendapati restoran yang menggunakan peralatan hidangan makanan dan minuman berunsurkan komunis bertujuan sebagai strategi pemasaran untuk menarik pelanggan warga China.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, strategi itu digunakan pemilik restoran yang ditahan bagi menarik pelanggan merasakan suasana kampung halaman mereka.

Menurutnya, peralatan berunsur komunis berkenaan dibeli oleh teman lelaki pemilik restoran berkenaan yang juga warga China yang kini berada di negara asalnya.

"Barangan itu dibeli secara dalam talian oleh teman lelaki pemilik restoran berkenaan.

"Semua barangan yang berunsurkan komunis itu dipercayai digunakan sejak pembukaan restorannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, setakat ini, tangkapan hanya membabitkan seorang individu sahaja dan siasatan lanjut masih dijalankan.


"Paparan lesen di restoran milik suspek mendapati mereka masih mempunyai lesen sah," katanya.

Kelmarin, sebuah restoran di Bandar Botanic, Klang dekat sini diserbu polis selepas menggunakan peralatan makanan bagi mempromosikan agenda komunis.

Hasil serbuan itu, pemilik restoran berusia 20 tahun telah ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Serbuan dilakukan selepas satu laporan polis diterima berhubung sebuah video yang diambil dari pautan YouTube atas akaun 'Luiswong90' mengenai sebuah kedai makan berunsurkan komunis.

Dalam paparan video tersebut terlihat beberapa peralatan makanan di kedai berkenaan berunsurkan agenda komunis dengan cara cetakan imej propaganda dan slogan komunisme pada setiap barangan itu.

Siasatan awal polis mendapati restoran berkenaan menghidangkan makanan jenis barbeku versi China yang menawarkan makanan seperti ayam, babi, lembu dan sayur-sayuran.

Berdasarkan rakaman video itu memaparkan restoran itu mempunyai beberapa peralatan hidangan makanan dan minuman seperti pinggan, mangkuk, teko, gelas dan cawan gambar pemimpin komunis.

Video berdurasi satu minit 24 saat dimuat naik sejak sepuluh hari yang lalu dan mendapat sebanyak 3,800 tontonan, 94 tanda like dan 25 komen.


Menerusi serbuan sama, sebanyak lima mangkuk seramik saiz kecil warna putih berjalur biru tercatit tulisan Bahasa Cina dan gambar disyaki muka Presiden Komunis China bernama Mao Zedong bersama rakan-rakannya dirampas.

Turut dirampas satu cawan kaca teh seramik warna putih berjalur biru dengan tulisan Bahasa Cina dan gambar beberapa orang.

Selain, tiga sudu sup seramik warna putih berjalur biru terdapat gambar disyaki muka Mae Zedong.

Siasatan lanjut dilakukan polis mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 & 505(b) Kanun Keseksaan.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 6-12-2024 06:27 PM
Alasan xmasuk akal lgsg. Kalau geng2 yg hanya simpan buku daesh tu korg bg hukuman tegas. Yg ni terang2 promote kalau lepas mmg korup betul
Quote Firenzza 6-12-2024 06:30 PM
Pulak dah.......
Quote Firenzza 6-12-2024 06:32 PM
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi Parti K0munis China Moa Tze Tong dalam sebuah restoran di Pulau Pinang sebagai salah dan satu kezaliman.
Quote bpbbppbp 6-12-2024 06:33 PM
Edited by bpbbppbp at 6-12-2024 06:47 PM

Tpi yg pergi x smestinya wrga china only kan
Quote L.U.S.M 6-12-2024 06:33 PM
Apa kaitan BBQ dgn komunis??? Jawapannya sewel
Quote Belibis 6-12-2024 08:26 PM
Firenzza replied at 6-12-2024 06:32 PM
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi P ...

Biasa laaa..kaum terpaling dizalimi..tapi berjuta2 datang taknak balik pulak.
Quote edayildiz 6-12-2024 08:54 PM
la alasan pun bodoh
Quote dani-rox 6-12-2024 08:58 PM
pelayan dan staff lain pakai uniform komunis tak? sebelum ambik order, pelayan dan pelanggan mesti sama2 angkat tangan kanan yg digenggam "red salute comrade/tongzhi!"?





adakah menu nya terdiri drpd rumput, kulit kayu dan bijik2 jagung kering? hahahaha

Quote Zazama 6-12-2024 09:24 PM
Jijik la yg promote komunis dlm bentuk apa cara sekali pun. Otak tahap dangkal sampai tak tahu apa itu komunis. Otak tahap sewel nak bangga2 sgt komunis. Bila dah kena rush, lepas tu claim pihak ni tak adil lah, pihak ni kejam la, tertindaslah. Buanglah komunis tu!
Quote MissVixen 6-12-2024 09:26 PM
Lembik malaysia. Buat kena gelak dengan nga kor ming je. Konon rajin mengusik sebab melayu ni bising di media sosial je macam kes bendera china tu. Kalau di indon buat macam ni, habis dah geng2 komunis ni. Lupa agaknya macam mana kejam geng komunis ni.
Quote Firenzza 6-12-2024 10:51 PM
Belibis replied at 6-12-2024 08:26 PM
Biasa laaa..kaum terpaling dizalimi..tapi berjuta2 datang taknak balik pulak.

Kannnn, silap2 hb nanti kaduk2 ni guna alasan ckp pelencong china komplen mintak robohkan tugu negara plk......sbb patung yg tergolek dog tu suma komunis, hati diorg dah terguris, king Kong pun apa lg cucok jarum dlm patlimen
Quote tungkai 6-12-2024 11:12 PM
Kejap lagi play victim, minta maaf pastu move on...
Quote honeybee1802 7-12-2024 12:09 AM
Bukan main cover...
Quote DeLuna85 7-12-2024 12:11 AM
Bodoh lah. Semua bodoh. Ada kuasa tapi tak gunakan kuasa. Gisb sekejap je tersungkur.
Quote Skuau 7-12-2024 12:20 AM
PRU(16)  nanti...depa main isu sakau,penyamun,perompak..lenyap la 'isu komunis'..pastu korang undi lg depa..pastu depa 'main komunis' lg...meroyan lg korang...ulang...ulang..ulang...ulam....betul la pepatah Tun...'Melayu mudah lupa'....mmmmm........
Quote Skuau 7-12-2024 12:22 AM
DeLuna85 replied at 7-12-2024 12:11 AM
Bodoh lah. Semua bodoh. Ada kuasa tapi tak gunakan kuasa. Gisb sekejap je tersungkur.

Diperbodohkan...lebih sesuai.
Quote doubleA 7-12-2024 01:39 AM
Alasan bodo la hai, sah2 propaganda promot komunisme. Takpayah nak husnuzon sangat sebelum jadi barah. Nak sgt deko cawan pinggan tu kt prc sana
Quote Itzy 7-12-2024 02:39 AM
Lelaki2 melayu lemaj baik sangat, kalau kat indon lunyai dah puak2 komunis sepet ni????????????
Quote clueless_gamer 7-12-2024 06:26 AM
political correctness is what making us falling down.. beware of the hidden deep-state movements

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.214766 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top