Kuala Lumpur: Tindakan individu warga Bangladesh meludah bendera Malaysia dan menyifatkan universiti tempatan di negara ini sebagai 'Mini Dhaka' adalah perbuatan biadap yang perlu diambil tindakan. Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain berkata, perbuatan itu dilihat seperti mahu melakukan provokasi terhadap rakyat negara ini. "Di negara ini, ada ramai warga asing sama ada yang mempunyai dokumen atau pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk dari Bangladesh. "Apa yang berlaku ini mungkin disebabkan tindak balas daripada mereka (warga asing) yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa kerana diambil tindakan penguatkuasaan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Mohd Sophian berkata, perbuatan sedemikian boleh mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang mungkin akan bertindak sendiri dalam mengatasi isu berkenaan.
"Dalam dunia tanpa sempadan kini, video tular berkenaan semakin disebar dengan meluas yang boleh mencetuskan kemarahan orang ramai. "Situasi ini boleh mendorong orang ramai mengambil tindakan sendiri bagi membalas perbuatan biadap berkenaan sekiranya pihak berkuasa lambat bertindak," katanya. Mengulas mengenai lokasi kejadian itu, beliau berkata, terdapat kemungkinan ia berlaku di luar negara atau di pejabat kedutaan. "Jika kita lihat rakaman video itu, terdapat banyak bendera yang disusun di sana. Selalunya apabila terdapat banyak susunan bendera, ia membabitkan program kehadiran peserta dari negara tertentu," katanya. Beliau berkata, pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. "Pihak polis perlu mengeluarkan kenyataan mengenai maklumat kejadian ini seperti lokasi dan info lain berkaitan. "Jika kejadian berlaku di luar negara, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menghantar memo kepada pihak kedutaan supaya individu berkenaan diambil tindakan," katanya. Terdahulu, satu rakaman video memaparkan individu warga Bangladesh yang meludah bendera Malaysia serta laporan berita melaporkan individu sama menyamakan universiti di negara ini seperti Mini Dhaka. Sumber : Harian Metro |
Tindakan individu warga Bangladesh meludah bendera Malaysia dan menyifatkan universiti tempatan di negara ini sebagai 'Mini Dhaka' adalah perbuatan biadap yang perlu diambil tindakan.
Zazama replied at 6-12-2024 09:28 PM
Penguatkuasa buat kerja pun kau nak komplain. Dah itu kerja penguatkuasa. Apa yg tak puas hati sgt! ...
B40tastePosh replied at 6-12-2024 09:38 PM
Penguatkuasa tu buat apa sampai Bangla tu marah.
Kena dengar cerita dua2 belah pehak.
Zazama replied at 6-12-2024 09:28 PM
Penguatkuasa buat kerja pun kau nak komplain. Dah itu kerja penguatkuasa. Apa yg tak puas hati sgt! ...
Zazama replied at 6-12-2024 09:42 PM
Ye betul. iols pun tatau apa penguatkuasa tu dh buat kat bagladeshi tu. Yg tak sukanya, mereka pi ...
DeLuna85 replied at 6-12-2024 11:56 PM
Bangla dan Indon ni kurangkan la kuota Dorang. Menyemak. Datang Malaysia bercinta sakan bikin anak l ...
PULANGKAN replied at 7-12-2024 09:56 AM
kat tempat kitorang ni
isteri indon, suami bangla. bukak kedai runcit. kalau pelanggan Melayu Mala ...
PULANGKAN replied at 7-12-2024 02:56 AM
kat tempat kitorang ni
isteri indon, suami bangla. bukak kedai runcit. kalau pelanggan Melayu Mala ...
ADVERTISEMENT