CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Matlamat PLKN 3.0 tidak jelas, jawatankuasa cadang tidak diteruskan kerana melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi

5-12-2024 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7152| Komen: 35

 


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

JKPK dalam satu kenyataan berkata, satu kajian yang lebih mendalam dan terperinci perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakannya.

Katanya, pendirian JKPK itu dibuat berdasarkan beberapa justifikasi selepas mengadakan mesyuarat pada 3 Disember lalu bagi mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan dan Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) berkenaan laporan penilaian dan keberkesanan PLKN 3.0.

“Pelaksanaan PLKN 3.0 tidak mempunyai objektif dan sasaran pencapaian yang jelas. Sekiranya PLKN 3.0 ingin dilaksanakan juga, maka, matlamat dan modulnya hendaklah berasaskan latihan ketenteraan atau separa-ketenteraan. Tetapi, persoalannya adakah negara memerlukan PLKN yang sedemikian?


“Selain itu, modul PLKN 3.0 yang dicadangkan ini adalah bercampur-aduk, iaitu 70 peratus Asas Ketenteraan dan 30 peratus Kenegaraan,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, modul PLKN 3.0 yang dicadangkan memberi penekanan 70 peratus dalam Asas Ketenteraan namun sebahagian daripada kandungannya tidak mempunyai kaitan dengan Asas Ketenteraan.

“Kandungan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kandungan-kandungan Kenegaraan dan lain-lain (iaitu yang bukan Asas Ketenteraan) dapat disampaikan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan sedia ada dan sebagainya.

“Kajian-kajian mendapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 tidak meninggalkan kesan positif jangka panjang di kalangan calon-calon. Dengan kata lain, ia kurang berkesan,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, PLKN 1.0 dan 2.0, dan 3.0 juga melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi, berbanding kesan positif yang tidak seberapa.

“Sedangkan kesan positif yang sama itu boleh didapatkan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan yang sedia ada, dan sebagainya,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 5-12-2024 03:29 PM
Setuju. Tak perlu dan membazir aje. Buat program lain je d pringkat skolah masing2.  
Quote kotakbaju 5-12-2024 03:50 PM
Kalau dah batal ni, esok2 kalau jadi perang di tanah jawi ni macam mana
Quote edayildiz 5-12-2024 03:56 PM
yeau batal
i dh seram sbb abg i ckp confirm i akan kena p plkn..sheramm
Quote edayildiz 5-12-2024 03:57 PM
kotakbaju replied at 5-12-2024 03:50 PM
Kalau dah batal ni, esok2 kalau jadi perang di tanah jawi ni macam mana

pergi plkn balik bwk bf gf je.
mengedik je lebih
Quote cmf_PariS 5-12-2024 04:03 PM
buat je peringkat sekolah... age 17 tahun kemah seminggu jadi leeee
Quote vee_zara 5-12-2024 04:32 PM
Membazir duit je. Tu belum lagi kes mengandung luar nikah after plkn
Quote Skuau 5-12-2024 04:58 PM
kotakbaju replied at 5-12-2024 03:50 PM
Kalau dah batal ni, esok2 kalau jadi perang di tanah jawi ni macam mana

tu...ramai warga asing gomen 'jemput' tu..kot2 depa yg tolong......
Quote Skuau 5-12-2024 04:59 PM
cmf_PariS replied at 5-12-2024 04:03 PM
buat je peringkat sekolah... age 17 tahun kemah seminggu jadi leeee

kang mengandung???? Acaner
Quote Kitty_catz 5-12-2024 06:37 PM
so kantung kroni cemaner ?
Quote plywood 5-12-2024 06:44 PM
aku tak setuju.

wajib buat. cuma pelaksanaan itu tak perlu libatkan ramai orang klu ada masalah kos.

contoh 2 orang dari setiap daerah. ... sekiranya berlaku perang, masih ada orang yang tahu sedikit sebanyak tentang ketenteraan dan boleh lead sekumpulan orang awam untuk bertahan... kemon, ramai org yg nak jadi rambo sbb tak suka budaya lelaki bermakeup budaya korea hahah
Quote blue_blur 5-12-2024 08:25 PM
ini lah langau penyangak mau kan.. lagi tinggi bajet lagi bagus, lagi caca merba banyak ruang untuk menyakau lagi bagus... banyak dah langau2 standby lobi melobi projek2 ni...
Quote pocongkiutss 5-12-2024 08:42 PM
Alhamdulillah..mengarut sungguh

Yg dh tua bangka skrg ni yg ada experience dulu tu pandai ke guna senjata pon? Lainla national service mcm Singapore & mcm kt korea tu..tu baru berguna
Quote pocongkiutss 5-12-2024 08:42 PM
plywood replied at 5-12-2024 06:44 PM
aku tak setuju.

wajib buat. cuma pelaksanaan itu tak perlu libatkan ramai orang klu ada masalah kos ...

Kalau nk buat..buat mcm singapore terus..National Service
Quote pocongkiutss 5-12-2024 09:09 PM
blue_blur replied at 5-12-2024 08:25 PM
ini lah langau penyangak mau kan.. lagi tinggi bajet lagi bagus, lagi caca merba banyak ruang untuk  ...

Tula..yg menyakau dulu2 pun masih ada dlm gomen
Quote pooh~key 5-12-2024 09:13 PM
edayildiz replied at 5-12-2024 03:56 PM
yeau batal
i dh seram sbb abg i ckp confirm i akan kena p plkn..sheramm

Abang chuols orang dalam gomen yang ada inside intel ke sissy?
Quote AbukRokok 5-12-2024 10:04 PM
matlamat harus bersifat ketenteraan bukan summer camp
baiklah ditangguhkan dulu
Quote edayildiz 5-12-2024 10:12 PM
pooh~key replied at 5-12-2024 09:13 PM
Abang chuols orang dalam gomen yang ada inside intel ke sissy?

mayb
tp dia keja doc sepital gomen jah..xde kaitan kan
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:52 AM
xyah teruskan la
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:52 AM
peruntukkan tinggi sebab nak masuk poket

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067649 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top