View: 7105|Reply: 35
|
Matlamat PLKN 3.0 tidak jelas, jawatankuasa cadang tidak diteruskan kerana melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
JKPK dalam satu kenyataan berkata, satu kajian yang lebih mendalam dan terperinci perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakannya.
Katanya, pendirian JKPK itu dibuat berdasarkan beberapa justifikasi selepas mengadakan mesyuarat pada 3 Disember lalu bagi mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan dan Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) berkenaan laporan penilaian dan keberkesanan PLKN 3.0.
“Pelaksanaan PLKN 3.0 tidak mempunyai objektif dan sasaran pencapaian yang jelas. Sekiranya PLKN 3.0 ingin dilaksanakan juga, maka, matlamat dan modulnya hendaklah berasaskan latihan ketenteraan atau separa-ketenteraan. Tetapi, persoalannya adakah negara memerlukan PLKN yang sedemikian?
“Selain itu, modul PLKN 3.0 yang dicadangkan ini adalah bercampur-aduk, iaitu 70 peratus Asas Ketenteraan dan 30 peratus Kenegaraan,” katanya di sini hari ini.
Tambah kenyataan itu katanya, modul PLKN 3.0 yang dicadangkan memberi penekanan 70 peratus dalam Asas Ketenteraan namun sebahagian daripada kandungannya tidak mempunyai kaitan dengan Asas Ketenteraan.
“Kandungan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kandungan-kandungan Kenegaraan dan lain-lain (iaitu yang bukan Asas Ketenteraan) dapat disampaikan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan sedia ada dan sebagainya.
“Kajian-kajian mendapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 tidak meninggalkan kesan positif jangka panjang di kalangan calon-calon. Dengan kata lain, ia kurang berkesan,” ujarnya.
Dalam pada itu katanya, PLKN 1.0 dan 2.0, dan 3.0 juga melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi, berbanding kesan positif yang tidak seberapa.
“Sedangkan kesan positif yang sama itu boleh didapatkan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan yang sedia ada, dan sebagainya,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Tak perlu dan membazir aje. Buat program lain je d pringkat skolah masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah batal ni, esok2 kalau jadi perang di tanah jawi ni macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
yeau batal
i dh seram sbb abg i ckp confirm i akan kena p plkn..sheramm |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 5-12-2024 03:50 PM
Kalau dah batal ni, esok2 kalau jadi perang di tanah jawi ni macam mana
pergi plkn balik bwk bf gf je.
mengedik je lebih |
|
|
|
|
|
|
|
buat je peringkat sekolah... age 17 tahun kemah seminggu jadi leeee |
|
|
|
|
|
|
|
Membazir duit je. Tu belum lagi kes mengandung luar nikah after plkn |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 5-12-2024 03:50 PM
Kalau dah batal ni, esok2 kalau jadi perang di tanah jawi ni macam mana
tu...ramai warga asing gomen 'jemput' tu..kot2 depa yg tolong...... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_PariS replied at 5-12-2024 04:03 PM
buat je peringkat sekolah... age 17 tahun kemah seminggu jadi leeee
kang mengandung???? Acaner |
|
|
|
|
|
|
|
so kantung kroni cemaner ? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak setuju.
wajib buat. cuma pelaksanaan itu tak perlu libatkan ramai orang klu ada masalah kos.
contoh 2 orang dari setiap daerah. ... sekiranya berlaku perang, masih ada orang yang tahu sedikit sebanyak tentang ketenteraan dan boleh lead sekumpulan orang awam untuk bertahan... kemon, ramai org yg nak jadi rambo sbb tak suka budaya lelaki bermakeup budaya korea hahah |
|
|
|
|
|
|
|
ini lah langau penyangak mau kan.. lagi tinggi bajet lagi bagus, lagi caca merba banyak ruang untuk menyakau lagi bagus... banyak dah langau2 standby lobi melobi projek2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..mengarut sungguh
Yg dh tua bangka skrg ni yg ada experience dulu tu pandai ke guna senjata pon? Lainla national service mcm Singapore & mcm kt korea tu..tu baru berguna |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 5-12-2024 06:44 PM
aku tak setuju.
wajib buat. cuma pelaksanaan itu tak perlu libatkan ramai orang klu ada masalah kos ...
Kalau nk buat..buat mcm singapore terus..National Service |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 5-12-2024 08:25 PM
ini lah langau penyangak mau kan.. lagi tinggi bajet lagi bagus, lagi caca merba banyak ruang untuk ...
Tula..yg menyakau dulu2 pun masih ada dlm gomen |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 5-12-2024 03:56 PM
yeau batal
i dh seram sbb abg i ckp confirm i akan kena p plkn..sheramm
Abang chuols orang dalam gomen yang ada inside intel ke sissy? |
|
|
|
|
|
|
|
matlamat harus bersifat ketenteraan bukan summer camp
baiklah ditangguhkan dulu |
|
|
|
|
|
|
|
peruntukkan tinggi sebab nak masuk poket |
|
|
|
|
|
|
| |
|