CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Premium insurans naik: LIAM, BNM cari penyelesaian

4-12-2024 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34633| Komen: 18



KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata ia sedang berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai langkah-langkah boleh diambil untuk meringankan beban pemegang polisi akibat daripada peningkatan dalam tuntutan yang tidak pernah berlaku sejak beberapa tahun lepas.

Persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini menafikan laporan bahawa 'tiada perubahan serta-merta' terhadap kenaikan kadar premium insurans perubatan baru-baru ini antara 40 peratus hingga 70 peratus.

"Sepanjang tempoh 2021 hingga 2023, inflasi kos tuntutan perubatan terkumpul yang belum pernah berlaku sebelum ini iaitu sebanyak 56 peratus menyebabkan banyak penanggung insurans dalam kedudukan kritikal pada buku perniagaan perubatan mereka, mereka perlu menguruskan nisbah tuntutan yang tinggi berbanding premium.

"Kenaikan kos penjagaan di hospital swasta serta peningkatan mendadak dalam bilangan pemegang polisi yang mendapatkan rawatan telah mendorong tuntutan dan premium," katanya.


Buku perniagaan perubatan adalah pangkalan data atau buku menyenaraikan semua polisi insurans yang telah dikeluarkan oleh syarikat insurans.

Persatuan itu berkata dalam tempoh itu, penanggung insurans telah terlibat secara proaktif dengan pelanggan mereka untuk mengurus kesan penetapan semula harga dan menawarkan pelbagai pilihan untuk memastikan kesinambungan polisi dan kemampuan.

Ia juga menyatakan bahawa industri insurans hayat telah bekerjasama secara aktif dengan BNM, Kementerian Kesihatan dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia untuk membangunkan strategi jangka panjang untuk menangani kesan kewangan kenaikan kos dan tuntutan perubatan. -BERNAMA

Sumber :– Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 4-12-2024 10:24 PM
Hurmmmm x pasti berapa % premium increase. Cuma yg SG boleh komen, kalau masuk spital swasta, bill caj guna med card vs bayar cash/credit card beza. Bayar cash/cc lebih murah bill compared bayar guna ins. Pastu bila claim hit, next year premium naik lgi. Gitulah cycle nya SAJM
Quote kemaruk 4-12-2024 10:27 PM
Kompeni insurans ni tak tau ke boleh claim diesel rm200?

Beras tempatan banyak dekat expo madani
Quote doubleA 5-12-2024 01:14 AM
Premium polisi husband iols naik lebih 100% dah la agen takaful lembab naik since july baru dec ni bagitau tu pun forward surat je. Senang banyak keje ko
Quote gangerina 6-12-2024 04:19 PM
isu dari tahun 2021 sampai 2023 alami kenaikan...masa tu takkan tak leh pikir dah....BNM and LIAM buat2 tido ke time tu.... wake up lah.... kemonnn...kata semua yg pandai kat BNM tu semua background acturial science, top of class plak tu...
Quote tungkai 6-12-2024 04:54 PM
meringankan beban pemegang polisi akibat daripada peningkatan dalam tuntutan yang tidak pernah berlaku sejak beberapa tahun lepas.


Baru nak discuss...??

Tak boleh follow mcm auto insurance punya model ke? Guna kaedah NCB kalau takde claim.
Quote vanilacup 6-12-2024 05:02 PM
Ramai yg sedang sakit skrg kerana kesan dari 3 thn lepas punya program
Syarikat insurans tak dpt menampung lagi limpahan pesakit yg nak cover diri mereka dgn perlindungan polisi yg dah diambil
Kanser terus kena yg turbo bukan stage 2 ke 3 dah
Sakit auto immune, sakit jantung etc..
Plz connect the dots rakyat Malaysia!
Takkan tak nampak lagi...
Sedih yg hanya mampu disimpan di dalam hati
Quote gekkou 8-12-2024 06:03 AM
aku tak mampu amik insurance
terpaksa stop few year bacj setelah mengganggur
huhuhu
Quote primarikey 8-12-2024 07:16 AM
vanilacup replied at 6-12-2024 05:02 PM
Ramai yg sedang sakit skrg kerana kesan dari 3 thn lepas punya program
Syarikat insurans tak dpt men ...

Aku dh lama perasan benda ni
Kwn2 aku pn dh ramai yg menyesal
Tp tu la dorg bg alasan terpaksa sbb dipaksa
Ramai dh kwn2 yg mengaku kesihatan bdn dorg dh tak mcm dulu...
Quote otai_g 8-12-2024 07:29 AM
Dulu Ms subscribe kata harga tu maintain smpi ko Mati. Skrg suda cerita lain. Insurans industri scam terbesar di Dunia.
Quote Perils 8-12-2024 10:06 AM
Dulu2 demam aku x telan panadol pun dlm masa sehari blh kebah.inijam kena gak telan baru kebah
Quote stargazers 8-12-2024 10:29 AM
Baru terbaca berita ceo united health kena bunuh tembak jarak dekat berkali2

Aku rasa bukan kena regulate insurance.. tp kena regulate medical cost yang mencanak tak masuk akal tu
Quote Firenzza 8-12-2024 10:54 AM
Gomen kena control caj spital swasta rega x masuk akal, anduh recycle pun nk caj rega yahudi....tu blm masuk Dr punya fees. Tu sbb insurans amik kesempatan naik premium diorg pun nk bonus 12 bln gak, ujong2 marhaen yg kna support
Quote Farnor 8-12-2024 11:39 AM
Malas udoh nak bayar insurans..
Quote shernazz 8-12-2024 12:41 PM
SalenaGomez replied at 4-12-2024 10:24 PM
Hurmmmm x pasti berapa % premium increase. Cuma yg SG boleh komen, kalau masuk spital swasta, bill c ...

Iols pernah bayar cash..harga sangat berbeza..dalam rm3k.mcm.tu...
Sebab masa tu sebab ape entah tak ingat..so kena pay n claim...
Kalau tak rm10k
Kena rm7k ..huhu...
Nasib dpt claim dalam masa tak sampai 2.minggu
Quote cm_vungtau 8-12-2024 01:06 PM
Tapi insurans agak laju yach. Anak masuk ward laju aje diorang process. Tapi sementara tunggu process tu cuak jugak.
Quote SalenaGomez 8-12-2024 03:54 PM
shernazz replied at 8-12-2024 12:41 PM
Iols pernah bayar cash..harga sangat berbeza..dalam rm3k.mcm.tu...
Sebab masa tu sebab ape entah t ...

Yes, dulu SG pon ingat mitos je. Bila happen perkara yg sama pd SG, beza sungguh bill nya. And of course, lepas tu claim la balik pd ins. Company bill tu. Bagus nya, kita kontrol claims expenses tu jadi x tinggi. So next year premium dpt lah maintain
Quote vanilacup 10-12-2024 11:25 AM
primarikey replied at 8-12-2024 07:16 AM
Aku dh lama perasan benda ni
Kwn2 aku pn dh ramai yg menyesal
Tp tu la dorg bg alasan terpaksa sb ...

Kami dah bawa kesedaran sebelum ia terjadi
Suruh fikir dahulu sebelum ambil benda itu tapi mcm2 lah di kata sedangkan kami tidak dibayar apatah lagi ada kepentingan pun cuma nak selamatkan nyawa dan kesihatan anda semua tapi yelah kami rakyat biasa bukan seorang social influencer so memang diperli beria dan dipandang sinis..
Kawan sendiri pun lepas 1 dos meninggal memang rasa pedih kehilangannya sampai skrg..masa tu rakyat Malaysia excited lagi sbb semua ambik pic pergi PPV dan post dlm semua akaun sosial media yg mereka ada walhal terang2 berlaku kematian sbb memasukkan perkara yg memudaratkan kpd tubuh badan..
Quote white_musk 10-12-2024 01:27 PM
Hina betul sesiapa yang tak ambil dos sewaktu itu...
sehina pompuan pree hair...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.042199 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top