CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhammad Zaharif patah tulang rusuk, hati pecah, paru-paru koyak - Pakar Perubatan Forensik

4-12-2024 09:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36295| Komen: 31



IPOH – Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini memberitahu lapan tulang rusuk pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie patah dan sebahagian hatinya juga pecah.

Menurut Dr. Ain Nurfarhana Hamdan, 35, terdapat pengumpulan darah sebanyak 200 mililiter (ml) di kedua-dua rongga dada mangsa dan sejumlah 2000 ml darah ditemui di rongga abdomen pelajar terbabit.

“Pemeriksaan dalaman ke atas mangsa mendapati kedua-dua paru-paru mangsa mengalami lebam dan terdapat kesan koyak pada paru-paru kiri. Bahagian kanan hati mangsa juga pecah selain lebam di sekitar buah pinggang kanan dan kelenjar adrenal kanan,” katanya yang juga saksi pendakwaan ke-24.

Tambah Dr. Ain Nurfarhana, pemeriksaan kasar pada organ dalaman mangsa berdasarkan sampel tisu otak, jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan limpa pula mengesahkan tiada kejanggalan lain.


Sementara itu, pemeriksaan luaran yang dilakukan ke atas mayat pelajar tingkatan lima itu turut mengesan pelbagai kecederaan termasuk lebam, melecet, koyak dan calar di beberapa bahagian badan selain patah tulang proximal ulnar kanan dan tulang proximal jari kelingking kiri.

“Ringkasan dan kesimpulan yang saya buat hasil daripada pemeriksaan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa ialah kesan kecederaan pada tubuh pelajar itu adalah berpadanan dengan corak kecederaan pelanggaran di jalan raya.

“Kecederaan pada bahagian dada dan abdomen mangsa adalah kecederaan parah dan menyebabkan kematiannya.

“Pemeriksaan bedah siasat tidak menunjukkan tanda penyakit biasa yang ditemui yang dilihat boleh menyumbang atau menyebabkan kematiannya pada masa itu,” katanya.

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annabellaruz2 5-12-2024 03:05 PM
Semoga keadilan buat arwah.
Quote akies 5-12-2024 03:10 PM
Hati pecah.. cedera sana sini..
Kejammnya ko lenyek dia mcm tu sekali

Quote delsmomm 5-12-2024 03:18 PM
baca statement pemeriksaan doc ni buat meol terasa takutnya laa haii..
Quote bpbbppbp 5-12-2024 03:30 PM
Kesiannyaa
Quote BungaKencana 5-12-2024 03:33 PM
“Ringkasan dan kesimpulan yang saya buat hasil daripada pemeriksaan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa ialah kesan kecederaan pada tubuh pelajar itu adalah berpadanan dengan corak kecederaan pelanggaran di jalan raya.

semoga lekat 302 smpai ke mahkamah rayuan & mahkamah persekutuan
Quote cmf_PariS 5-12-2024 04:04 PM
checkmate.. ke dalam la polis tu...
Quote alieyrina 5-12-2024 04:32 PM
Cepatla jatuh hukum utk keadilan kpd mangsa. Kalau aku ahli keluarga x sanggup dgr fakta dari doktor
Quote matseh 5-12-2024 05:27 PM
Kalau akta JPJ, x yah mengharap sangat. Kalau 302 baru betul.
Quote Akalditipumata 5-12-2024 09:38 PM
Mohon cpt la jatuh hukummmm...
Quote Zazama 5-12-2024 11:19 PM
Kalaulah arwah adalah anak aku.. Allahuakhbar... Semoga Allah ampunkan dosa2 arwah dan beroleh keadilan. Amin..
Quote primarikey 6-12-2024 12:06 AM
Mohon polis tu dilenyek jgk mcmane dia lenyek arwah...teruk sgt kecederaan arwah...polis ni hati dh hitam dan kering sgt ke sbb byk mkn duit haram...smp tergamak langgar manusia....kita ni nk langgar kucing pn tak sanggup...semoga sangkut 302 la ko polis lahanat
Quote nisako 6-12-2024 08:07 AM
siannye
Quote midori888 6-12-2024 08:20 AM
BungaKencana replied at 5-12-2024 03:33 PM
“Ringkasan dan kesimpulan yang saya buat hasil daripada pemeriksaan bedah siasat dilakukan ke atas  ...

Aminnn...semoga kena 302
Quote apech 6-12-2024 11:51 AM
Kenapa tak hukum mak ayah dia sekali sebab tak pandai jaga anak? Mujur mati awal, besar kalu jadi mat rempit. Budak sekolah lagi, mak ayah biar je anak pakai ekzos bising bingit. Rem2 dekat rumah takda siapa yang larang. Keluar rumah balik lewat pun takda yg tegur meskipun esok sekolah.

Mak bapak kakak nurse enabler mungkin?
Quote otai_g 6-12-2024 11:54 AM
Ni la cth polis2 x guna dlm pdrm. Ada rmi lg polis x guna dlm tu.
Quote dua_chzy 6-12-2024 12:25 PM
Sengaranya dia mati....
Quote sharfox 6-12-2024 12:26 PM
Kalau la anak aku, InsyaAllah aku ajar dia jgn dok vrooom sana vrooom sini dulu supaya x menimbulkan sakit hati org lain. Org dah sakit hati ni mcm2 boleh jadi kat kita so 1st skali aku ajar anak aku behave dan x menyusahkan org lain dulu. Jenis x reti disiplin hidup akan mendapat pengajaran dlm bentuk mcm2 termasuk la yg mcm ni. Moga juga keadilan dpt ditegakkan dlm kes ni.
Quote BlousePutih 6-12-2024 12:28 PM
Kalau takde kejadian ni, tengah sambung belajar STP ke asasi ke diploma ke dah dia sekarang
Quote lifeline 6-12-2024 12:35 PM
apech replied at 6-12-2024 11:51 AM
Kenapa tak hukum mak ayah dia sekali sebab tak pandai jaga anak? Mujur mati awal, besar kalu jadi ma ...

mak ayah tu dah dapat hukuman pon
anak dah mati
siap kena lenyek
hasil forensik tu pon dh bertmbh tmbh derita lagi hati mak ayah

nk hukum cemana lagi?

yg polis tu?
apa hak dia nk lenyek anak org?
yakin ke anak dia besar nnt tak annoyed masyarakat jugak yg sukati nk hukum nk lenyek anak org

budak tu rempit yg polis tu membunuh

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.473565 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top