CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan biar lama-lama, tinggalkan hubungan toksik - Zahnita Wilson

4-12-2024 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39374| Komen: 18


 "Saya akan mengambil masa untuk pulih, tapi insya-Allah akan kembali dengan lebih kuat," kata pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson, 39.

Bagaimanapun, Zahnita memohon maaf kerana keadaan dirinya yang agak emosional, tapi dalam masa sama bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada orang ramai.

"Saya sangat emosional sekarang sebab agak sukar berhadapan dengan semua ini.

"Saya juga terusik melihat sokongan orang ramai. Saya sangat bersyukur, terima kasih," katanya tidak dapat menahan sebak.Semalam, pelakon filem Kuliah Cinta ini tekad memfailkan cerai dan hak penjagaan anak di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Ibu kepada empat orang anak itu juga mengharapkan wanita lain yang berhadapan perkara sama diberikan kekuatan untuk melangkah keluar daripada hubungan toksik.

"Anda kena bersedia dan perlu tinggalkan dia, jangan biar lama-lama sebab dia tidak akan berubah. Walau buat macam mana pun, anda tidak boleh berbincang dengan orang toksik ini. 


"Anda harus fikirkan mengenai diri sendiri dan bersedia berjalan pada masa sukar. Jangan takut bersuara dan jangan risau kerana orang di sekeliling sisi akan menyokong," katanya.

Terdahulu, media melaporkan hantaran dimuat naik pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam dalam Instagram (IG).

"Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam," tulisnya.

Sumber :– Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 4-12-2024 06:08 PM
Semoga kuat semangat. Jangan tarik balik kes Dan jgn kembali pada suami yg kaki pukul Tu. Semoga Allah mudahkan proses perceraian.
Quote pocongkiutss 4-12-2024 06:10 PM
Nmpk mcm dah all out nk tgglkn choco ball.. baguslah
Quote ues1331 4-12-2024 06:28 PM
pocongkiutss replied at 4-12-2024 06:10 PM
Nmpk mcm dah all out nk tgglkn choco ball.. baguslah

Choco ball hahahahahahahahahaha, tapi baguslah Zahnita ni, better late than never
Quote Zeelalala 4-12-2024 06:41 PM
Berapa byk tred pasal kes dia ni. Harap dia tak ubah fikiran selepas semua yg berlaku.
Quote noor2 4-12-2024 06:47 PM
Kurus sgt sapa2 pun x lawa termasuk la diri sendiri.  Suka tgk sharifah amani.. tembam tp comel sgt
Quote hokeypokey 4-12-2024 08:22 PM
dahi dia luas terbentang..
Quote ninja boy 4-12-2024 08:24 PM
Lagi 3-6-setahun nak tgk perubahan beliau menjadi positif berjaya cantik
Org2 yg toksik selalu ckp bodo babi buatkan org keliling wajah longlai tau
Quote Hoola 4-12-2024 09:16 PM
dia asyk kena hantam, fmly dia sndiri tahu tak?
aduh la 20thn wtf!  
Quote cantthinkofany 4-12-2024 09:45 PM
lama tu bertahan....is it worth it?
Quote akies 4-12-2024 09:47 PM
Kesian dia. Harap dia dpt hidup normal slps ni
Quote sharlenetexas 4-12-2024 09:48 PM
All the best zahnita.

Quote fazila17 4-12-2024 09:53 PM
Harap kembali cantik dan mendonia

Quote Jellobin 4-12-2024 11:37 PM
DENGAR tu cik por terpaling tersakiti bila para isteri nk keluar dr perkahwinan toksik dan xbahagia. Xperlu tgu sampai 10 20 tahun baru nk keluar.

bila ada yg bcakap perkahwinan xbahagia terus dicanang dikutuk org tu smpai xigt tuhan.

Shallow.
Quote marypoppins 4-12-2024 11:53 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... _campaign=WATraffic
Quote aavakateimani 5-12-2024 06:33 AM
ko tunggu lama2 xpe pulak
Quote aavakateimani 5-12-2024 06:34 AM
tiber nak jd punasihat
Quote ituseorangaku 5-12-2024 02:03 PM

disebabkan pengalaman dia lah.. dia pesan jangan tunggu lama-lama..ambil pengalaman dia as pengajaran..tak gitu?
Quote DeLuna85 5-12-2024 02:59 PM
Tak.. zahnita u la yang paling bertahan lama. Orang lain 10 thn pun tak sampai. Ada yg tak sampai 5 tahun pun. Tu pun tahan sampai 5 tahun sebab anak masih kecil.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.351718 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top