View: 39180|Reply: 18
|
Jangan biar lama-lama, tinggalkan hubungan toksik - Zahnita Wilson
[Copy link]
|
|
"Saya akan mengambil masa untuk pulih, tapi insya-Allah akan kembali dengan lebih kuat," kata pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson, 39.
Bagaimanapun, Zahnita memohon maaf kerana keadaan dirinya yang agak emosional, tapi dalam masa sama bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada orang ramai.
"Saya sangat emosional sekarang sebab agak sukar berhadapan dengan semua ini.
"Saya juga terusik melihat sokongan orang ramai. Saya sangat bersyukur, terima kasih," katanya tidak dapat menahan sebak.Semalam, pelakon filem Kuliah Cinta ini tekad memfailkan cerai dan hak penjagaan anak di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Ibu kepada empat orang anak itu juga mengharapkan wanita lain yang berhadapan perkara sama diberikan kekuatan untuk melangkah keluar daripada hubungan toksik.
"Anda kena bersedia dan perlu tinggalkan dia, jangan biar lama-lama sebab dia tidak akan berubah. Walau buat macam mana pun, anda tidak boleh berbincang dengan orang toksik ini.
"Anda harus fikirkan mengenai diri sendiri dan bersedia berjalan pada masa sukar. Jangan takut bersuara dan jangan risau kerana orang di sekeliling sisi akan menyokong," katanya.
Terdahulu, media melaporkan hantaran dimuat naik pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam dalam Instagram (IG).
"Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam," tulisnya.
Sumber :– Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kuat semangat. Jangan tarik balik kes Dan jgn kembali pada suami yg kaki pukul Tu. Semoga Allah mudahkan proses perceraian. |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk mcm dah all out nk tgglkn choco ball.. baguslah |
|
|
|
|
|
|
|
Choco ball hahahahahahahahahaha, tapi baguslah Zahnita ni, better late than never
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa byk tred pasal kes dia ni. Harap dia tak ubah fikiran selepas semua yg berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurus sgt sapa2 pun x lawa termasuk la diri sendiri. Suka tgk sharifah amani.. tembam tp comel sgt |
|
|
|
|
|
|
|
dahi dia luas terbentang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi 3-6-setahun nak tgk perubahan beliau menjadi positif berjaya cantik
Org2 yg toksik selalu ckp bodo babi buatkan org keliling wajah longlai tau |
|
|
|
|
|
|
|
dia asyk kena hantam, fmly dia sndiri tahu tak?
aduh la 20thn wtf! |
|
|
|
|
|
|
|
lama tu bertahan....is it worth it? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia. Harap dia dpt hidup normal slps ni |
|
|
|
|
|
|
|
Harap kembali cantik dan mendonia
|
|
|
|
|
|
|
|
DENGAR tu cik por terpaling tersakiti bila para isteri nk keluar dr perkahwinan toksik dan xbahagia. Xperlu tgu sampai 10 20 tahun baru nk keluar.
bila ada yg bcakap perkahwinan xbahagia terus dicanang dikutuk org tu smpai xigt tuhan.
Shallow. |
|
|
|
|
|
|
|
ko tunggu lama2 xpe pulak |
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan pengalaman dia lah.. dia pesan jangan tunggu lama-lama..ambil pengalaman dia as pengajaran..tak gitu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak.. zahnita u la yang paling bertahan lama. Orang lain 10 thn pun tak sampai. Ada yg tak sampai 5 tahun pun. Tu pun tahan sampai 5 tahun sebab anak masih kecil. |
|
|
|
|
|
|
| |
|