CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25450|Reply: 26

Kenapa Alicia Ganti Mimi sebagai Intan?

[Copy link]
Post time 22-12-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by telracs at 22-12-2024 07:38 AM

SELEPAS  tujuh tahun bergelar pelakon, kredibiliti Alicia Amin diperakui penonton apabila berjaya membawa watak Intan dalam drama fenomena, Andai Tiada Dia dengan cukup berkesan.

Meskipun Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, 29, hanya menggantikan watak Intan yang pada asalnya diperan aktres Mimi Lana, namun lakonannya memberi impak bukan sahaja kepada penonton bahkan dirinya sendiri.

“Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tawaran watak Intan untuk menggantikan Mimi Lana. Walaupun agak ragu-ragu pada mulanya, tetapi selepas diyakinkan oleh Mimi sendiri yang saya mampu buat, barulah saya rasa berani.

“Memang kerja gila sebab mahu gantikan Mimi Lana! Siapa saya jika hendak dibandingkan dengan Mimi. Mujur saya pernah bekerja dalam dua buah drama dengan Mimi iaitu Perempuan Itu dan Persepsi.

“Jadi, keserasian antara kami sudah ada cuma untuk saya menjadi Intan seperti mana Mimi lakonkan memang tidak boleh. Setiap pelakon memiliki cara lakonan yang tersendiri. Saya yakin, Mimi dan saya telah menjadikan Intan ‘sejahat’ mungkin mengikut versi kami sendiri,” tutur Alicia.

Ditebak tentang perbandingan yang dibuat oleh penonton, Alicia menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sebagai penonton drama, Alicia sendiri memahami kekecewaan penonton andai pelakon kegemaran mereka ditukar semasa siaran drama masih lagi berjalan.

Dalam drama Andai Tiada Dia, Mimi Lana hanya sempat membawakan watak Intan sehingga episod 28 sahaja, manakala Alicia menyambung bermula episod 29 sehingga ke 36.
“Saya sudah bersedia dengan reaksi penonton, ada yang menyokong dan ramai yang mahupun Mimi semula. Saya secara peribadi sebagai penonton juga mahukan Mimi kerana dia membawa watak Intan dengan cukup baik.

“Jadi, saya tidak kisah apabila ada penonton yang melahirkan rasa tidak puas hati dan ada yang marah-marah. Itu normal kerana saya sendiri akan berasa marah jika pelakon kesukaan diganti dengan orang lain,” kongsi Alicia.

Biarpun ramai yang ‘berbunyi’ sepanjang drama tersebut bersiaran, pemilihan Alicia untuk memegang watak antagonis sebenarnya direstui Mimi sendiri.

Restu

Selain wajah yang agak mirip, pandangan mata serta karakter mereka juga seakan-akan sama.

“Mimi pernah kongsi yang ramai orang pernah tersilap menyangka dia Alicia Amin dan saya sendiri ada yang sangka Mimi Lana. Kejadian begitu banyak kali berlaku sehingga ke hari ini.

“Mungkin itu antara sebab saya diberikan watak Intan kerana bukan mudah untuk menyambung lakonan satu karakter yang telah memberi impak kepada penonton,”  kongsi Alicia lagi.

Tidak menyembunyikan kenyataan, Alicia mengakui dia cukup tertekan kerana bimbang  akan merosakkan karakter Intan yang cukup sempurna ditangan Mimi.

“Saya sendiri tertanya-tanya boleh atau tidak? Tetapi Mimi sendiri ada hubungi saya semasa di set penggambaran dan memberi nasihat, ditambah pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Zahiril Adzim dan Ummi Nazeera tidak henti-henti jadi ‘guru’ sepanjang bekerja.

“Melihat semua pelakon hebat di set penggambaran, saya rasa begitu kerdil tetapi saya belajar banyak dengan mereka.

“Rasa diterima oleh rakan pelakon dan juga penonton membuatkan saya cukup bahagia dan yakin lakonan adalah bidang seni yang ingin saya lakukan dalam masa panjang,” kata Alicia.

Kerjaya

Berbicara tentang karier lakonannya, Alicia mengakui watak Intan memberi impak yang cukup besar. Selain, semakin dikenali ramai terutama peminat drama, banyak produksi sudah mula yakin dengan bakatnya.

Mengimbas perjalanan seninya yang bermula sebagai seorang model  daripada program Asia’s Next Top Model musim kelima pada 2017, Alicia sama sekali tidak menyangka dia akan bertahan selama dan sejauh ini.

“Saya tidak tahu bagaimana perjalanan karier lakonan pada masa depan diharap impak Intan ini akan memberi rezeki yang lebih luas untuk saya.

“Cuma saya memang tidak meletakkan sebarang harapan yang besar dalam karier lakonan sebab saya bermula sebagai model.

“Saya masih ingat waktu mula-mula berlakon, keras seperti kayu (ketawa).

“Apa yang saya ada hari ini adalah atas usaha keras yang tidak pernah berhenti untuk belajar. Alicia Amin yang dahulu berbeza dengan saya yang sekarang,” tuturnya.

Sebagai pelakon, Alicia juga terbuka untuk menerima sebarang tawaran lakonan andai watak kecil.

Bahkan graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti RMIT, Melbourne, Australia itu tidak menolak andai ditawarkan berlakon dalam filem indie yang berbajet kecil.

“Saya tidak memilih hanya filem atau drama berbajet besar sahaja, sebaliknya filem pendek atau indie juga saya terima sekiranya karya benar-benar menarik,” katanya.

Bukan itu sahaja, demi memberi yang terbaik dalam lakonan, Alicia sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk mengikuti kelas lakonan sekiranya perlu untuk sesebuah watak.

“Dalam mana-mana pekerjaan, kita harus menambah kemahiran untuk menjadi yang terbaik. Sekiranya saya perlu mempelajari kemahiran tertentu bagi tuntutan watak saya sanggup mengeluarkan duit sendiri sekiranya tidak disediakan pihak produksi.

“Kadangkala kita tidak perlu labur duit, tetapi masa, tenaga dan bagaimana hubungan sesama orang sekeliling akan membentuk seorang pelakon yang bagus,” ujarnya menutup bicara.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku rasa maybe bersambung lagi citer nanti.sbb intan tu liat x mampos2pastu tetiber ada fatah lak muka serupa.kalo sambung bagi balik bagi kt mimi balik.sbb muka mimi mintak penampo
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai turtleneck lengan panjang ke?


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimi lagi pandai berlakon,,,,AA ni agak kaku skett,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 05:08 PM | Show all posts
aku x layan drama ni so x tau.. sbnrnya kenapa watak mimi digantikan si alicia
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ya bila tgk dia ni macam ada vibe positive.. aku je ke rasa begituuu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alicia now dah reti bagi ayat humble2 eh. Good for her.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Alicia, dia menerima kesakitan atas perbuatan Mimi Lana sebelum ini.
I perasan, selepas episod 28, ramai pelakon dimatikan watak. Mungkin episode sebenarnya hanya 28, bila Suri dan Falah kahwin kan? Bila disambung, ramai pelakon yang ada komitmen lain kot? Rasanyalah kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 22-12-2024 10:34 AM
Kesian Alicia, dia menerima kesakitan atas perbuatan Mimi Lana sebelum ini.
I perasan, selepas episo ...

ye katanye director sambung sebab rating naik sebab tu tiba2 watak kakak suri uda senah mak haikal tu hilang gitu je..ending terus jadi cerita tamil tibe2 muncul fatah..alicia ni okay je cuma terganggu cara dia cakap macam pelat..aku rasa kalau dari awal dia jadi intan okay je sebenarnye..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 22-12-2024 06:34 PM
Kesian Alicia, dia menerima kesakitan atas perbuatan Mimi Lana sebelum ini.
I perasan, selepas episo ...

memang pun, director nak capitalise populariti drama ni sebab tu gelabah extend. Last2 cerita pon jadi haru
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka AA ni nmpk tua

Xlawa..xde seri...xsesuai jadi pelakor
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:27 AM | Show all posts
Ade sambungan season 2 ke??
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lolipopmanish replied at 23-12-2024 02:27 AM
Ade sambungan season 2 ke??

Kata executive producer Astro, Akan Ada Raya edition. Season 2 tak pasti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku agak terganggu bila tukar orang. Lain kot character masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan tajuk dah terjawab ke? I is still confuse..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2024 07:32 AM | Show all posts
Rogue98 replied at 22-12-2024 11:30 PM
Soalan tajuk dah terjawab ke? I is still confuse..

Rasanya pos 8#, pos9# dan pos10# related dengan soalan....

Rasanya laaaa...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 07:53 AM | Show all posts
lawalah alicia ni...dulu2 rasa biasa2 je muka dia..sekarang tgk balik kat ig eh lawanya dia...mungkin dulu iolls yg xreti nilai kecantikan..patutla jd next top model
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 09:20 AM | Show all posts
jihah_kudat replied at 22-12-2024 06:41 PM
ye katanye director sambung sebab rating naik sebab tu tiba2 watak kakak suri uda senah mak haikal ...

loh, patutla. tetiba ema ke aussie & rumah haikal plak dah tak secantik dulu. dengan kabut & ntah apa2 punya jalan citer.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau lah kenapa I rasa muka Alicia ni macam pelakon siam. Mungkin sebab tanned skin kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sara_thrash replied at 23-12-2024 01:20 AM
loh, patutla. tetiba ema ke aussie & rumah haikal plak dah tak secantik dulu. dengan kabut & ntah  ...

ye macam tiba sangat ema ke aussie kan..paling tak tahan watak uda senah tibe2 gone..luqman kejap ada kejap takde dari org suka terus kena kecam..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.217865 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list