KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tidak pasti bagaimana ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mendapat nombor telefonnya. Bekas perdana menteri itu ditanya peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagaimana Jho Low menghubunginya secara terus dan mempunyai akses kepada nombor telefon bimbit peribadinya. Bagaimanapun, beliau berkata ia mungkin disebabkan abang Jho Low, Low Taek Szen mengenali anak tirinya Riza Shahriz Abdul Aziz. "Saya tidak pasti sepenuhnya bila Jho Low mendapat nombor telefon bimbit peribadi saya, tetapi saya mengenalinya melalui anak tiri saya, Riza yang mengenali Taek Szen, sejak mereka bersama di London. "Hubungan keluarga ini berkemungkinan memudahkan akses Jho Low kepada maklumat saya. "Pada masa yang sama ramai rakyat Malaysia juga mempunyai nombor telefon bimbit peribadi saya. Saya mesti katakan ia adalah budaya politik Malaysia, bukan sahaja dengan saya tetapi juga berlaku kepada perdana menteri terdahulu dan menteri lain," katanya.
Muhammad Shafee juga menyoal Najib sama ada beliau membenarkan Jho Low menggunakan keistimewaan (berhubung nombor telefonnya) untuk menyampaikan arahan kepada pegawainya, yang dinafikan bekas Ahli Parlimen Pekan itu. Najib berkata, beliau menjangkakan pegawainya tidak menerima representasi sedemikian oleh Low tanpa membuat semakan balas. Menurut Najib, adalah penting bagi pegawai khas atau mana-mana pegawainya yang lain untuk mengesahkan arahan terus dengan beliau untuk memastikan ketepatan dan menegakkan integriti komunikasi. "Pendekatan ini diharapkan daripada semua pegawai khas saya, atau mana-mana pegawai saya yang lain bagi mengelakkan sebarang andaian atau salah tafsir, terutamanya apabila mesej disampaikan oleh pihak ketiga seperti Jho Low," katanya. Najib berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram. Sumber – Berita Harian |
zuuu replied at 4-12-2024 02:55 PM
Biar betik,rakyat malaysia tahu no phone pribadi pm,maybe yg tahu tu geng2 t15 kut,sebab aq rakyat m ...
ADVERTISEMENT