CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42334|Reply: 17

'Ramai rakyat Malaysia ada nombor telefon saya' - Najib Razak

[Copy link]
Post time 4-12-2024 01:07 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tidak pasti bagaimana ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mendapat nombor telefonnya.


Bekas perdana menteri itu ditanya peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagaimana Jho Low menghubunginya secara terus dan mempunyai akses kepada nombor telefon bimbit peribadinya.


Bagaimanapun, beliau berkata ia mungkin disebabkan abang Jho Low, Low Taek Szen mengenali anak tirinya Riza Shahriz Abdul Aziz.


"Saya tidak pasti sepenuhnya bila Jho Low mendapat nombor telefon bimbit peribadi saya, tetapi saya mengenalinya melalui anak tiri saya, Riza yang mengenali Taek Szen, sejak mereka bersama di London.


"Hubungan keluarga ini berkemungkinan memudahkan akses Jho Low kepada maklumat saya.


"ada masa yang sama ramai rakyat Malaysia juga mempunyai nombor telefon bimbit peribadi saya. Saya mesti katakan ia adalah budaya politik Malaysia, bukan sahaja dengan saya tetapi juga berlaku kepada perdana menteri terdahulu dan menteri lain," katanya.


Muhammad Shafee juga menyoal Najib sama ada beliau membenarkan Jho Low menggunakan keistimewaan (berhubung nombor telefonnya) untuk menyampaikan arahan kepada pegawainya, yang dinafikan bekas Ahli Parlimen Pekan itu.


Najib berkata, beliau menjangkakan pegawainya tidak menerima representasi sedemikian oleh Low tanpa membuat semakan balas.


Menurut Najib, adalah penting bagi pegawai khas atau mana-mana pegawainya yang lain untuk mengesahkan arahan terus dengan beliau untuk memastikan ketepatan dan menegakkan integriti komunikasi.


"endekatan ini diharapkan daripada semua pegawai khas saya, atau mana-mana pegawai saya yang lain bagi mengelakkan sebarang andaian atau salah tafsir, terutamanya apabila mesej disampaikan oleh pihak ketiga seperti Jho Low," katanya.


Najib berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.


Sumber – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau ada nomber telefon sila hubungi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
aku xde pun numbor dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn call, wasap aje
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kesunyian, cakaplah dengan chatgpt

Bangkem paham, kuching 20 ekor tu tak reti berbual
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:48 AM | Show all posts
mana ade ? bagi no please nak minta duit sikit ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2024 11:06 AM | Show all posts
rakyat malaysia beransur ansur menerima kebenaran yakni najib bukanlah mastermind dalam penyonglapan wang 1mdb tapi najib adalah mangsa

naratif najib sejahat jahat manusia, sudah mula ditukar kepada najib lembik senang kena tipu

sudah lupa ke fitnah2 korang najib sembunyi mh370, najib pembunuh bersiri etc?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 02:34 PM | Show all posts
Prepaid ke line Dato pakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nk blh?
i pernah tgk beliau ni dulu f2f..elok la bibir najib.pink elok..
ni mmg i zoom ngn mata i sndiri..elok..
wife dia i xpernah jmpa..
sbb tu i ada soft spot kt tokjib..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betik,rakyat malaysia tahu no phone pribadi pm,maybe yg tahu tu geng2 t15 kut,sebab aq rakyat merhain ni x tahu apa pon
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 02:59 PM | Show all posts
apa no nya bak tang
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 03:17 PM | Show all posts
aku tak pernah nampak PM Najib letak nombor telefon dia kat media sosial ka, website ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 04:16 PM | Show all posts
menyusahkan jela dia ni.... dlu kata x pernah jmpa jho low... pastu kata naik kapal jumpa jho low... kuat bethol menipu...mereput jela dalam jail tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul pon

Majoriti yang benci najib adalah atas sebab yang salah

Contohnya ada yang benci najib kerana najib yang sembunyi mh370

Takpon ada juga yang benci najib kerana najib mula2 ngaku tak kenal jho low pastu kantoi bergambar dekat kapal mewah.. padahal najib tak pernah pon kata tak kenal jho low.. dorang keliru dengan meme najib tak kenal altantuya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 04:48 PM | Show all posts
aku salah negara ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 4-12-2024 02:55 PM
Biar betik,rakyat malaysia tahu no phone pribadi pm,maybe yg tahu tu geng2 t15 kut,sebab aq rakyat m ...

Kalau T15 saja yg ada no phone dia, dah berjuta juga org yg ada no tu. Tu yg dia kata ramai rakyat Malaysia ada no tu agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 05:50 PM | Show all posts
teringat dulu samy vellu bagi nombor dia masa interview tv..
ujung-ujung dia kata ramai call sampai hp pun rosak..
gitu dia punya pusing
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kau bia benar bijan
kenapa aku takde?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072266 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list