CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

“Apa Benda Ni?” – Menu Campuran Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Undang Pelbagai Reaksi

3-12-2024 02:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 50172| Komen: 22

 


Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat sepeket Nachos diisikan dengan nasi lemak berwarna hijau, timun, ikan bilis, telur rebus dan goreng, sambal serta ayam goreng berempah ke bungkusan tersebut.

Pada masa kini, ada sahaja menu baharu dan viral yang sering menjadi perhatian pengguna media sosial.

Ada yang dapat menerima namun ada juga yang mempertikaikan idea kreatif sesetengah peniaga dalam memberi sentuhan baru kepada produk makanan jualannya.

Samalah seperti Nachos berintikan daging yang tular baru-baru ini menjadi bualan hangat kerana harganya yang disifatkan melampau oleh sesetengah pihak.

Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Pula Jadi Topik Bualan Hangat

Terbaharu, kecoh pula di media sosial mengenai menu terkini yang dimakan bersama hidangan tradisi dari Mexico itu.

Menerusi video yang dikongsikan semula di akaun x @localrkyt, seorang peniaga sedang menyediakan makanan berasaskan nachos.


Apa yang menjadi perhatian adalah nachos berkenaan dinikmati bersama nasi lemak ayam goreng berempah serta char Kuetiau.

Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat sepeket nachos diisikan dengan nasi lemak berwarna hijau, timun, ikan bilis, telur rebus dan goreng, sambal serta ayam goreng berempah ke bungkusan tersebut.

Tidak hanya itu, individu dalam video tersebut turut menjadikan nachos sebagai salah satu bahan dalam penyediaan hidangan char kuetiau jualannya.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat dia memasukkan bahan tersebut ke dalam kuali ketika sedang menyediakan hidangan char kuetiau itu.


Ramai Pelik Dengan Selera Segelintir Individu Masa Kini

Video yang telah mendapat lebih 252,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mempersoal hidangan terbaharu itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa pelik dan berpendapat nachos tersebut tidak kena untuk dipadankan dengan hidangan tradisi masyarakat Malaysia.

Walau bagimanapun ada yang dapat menerima dan merasakan nachos berkenaan sesuai dimakan bersama char kuetiau namun perlulah dinikmati dengan cara yang betul.

Hanya Sekadar Nak Ikut Trend, Takut Nak Jual

Hasil semakan kami di TikTok peniaga nasi lemak dan char kuetiau itu mendapati hidangan tersebut bukanlah untuk dijual.


Sebaliknya, ia hanyalah sekadar konten dan mengikut trend makanan terkini. Malah, mereka sendiri tidak dapat menerima hidangan sedemikian kerana rasanya yang dikatakan agak masin.

 
 
Sumber : BUZZKINI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 3-12-2024 12:00 AM
Dah kenapa jahanamkan makanan2 febret iols

Sik lemak jgn nk campur2 ngn menda lain
CKT? Cukupla koram rosakkan CKT sampai jd becak berladung berlendiaq tu

Nih rosakkan nachos tu plak

Sakit laa dorang ni
Quote Thunderclouds 3-12-2024 06:20 AM
Ntah pape la mulayu dok buat menu fusion meraban cenggini.
Kalo mende ni is the opposite, tau lak korang merentan triggered xkena bertempat.
Contoh bila cina jual nasi lemak lauk babi, kapir masak nasik goreng x ikot stail kita.
Korang masak merepek² bole lak.
Yg beli pn 2x5 gong.
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:07 AM
sedap nampak ni
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:07 AM
sambal dia mcm sedap
Quote liyamariska 3-12-2024 08:49 AM
makin batak merepek yg dok gigih viral mende2 camni...

Quote Dwdrum 3-12-2024 08:54 AM
Terlalu fushion .. Same seperti makan spaghetti dengan tangan rasa bukan italian langsung jadi nusantara version
Quote darkness 3-12-2024 10:11 AM
Suka betul kita2 ni mkn benda2 yg diolah pelikni ye. Seram nak mkn
Quote kucingitam 3-12-2024 10:30 AM
sibuk la nak letak nachos..letak papadom sudah..sama je, kerepek
Quote harkktuih 3-12-2024 11:13 AM
no wonder ummah malaya obese...
Quote nisako 3-12-2024 12:04 PM
wth ?
Quote menjad 3-12-2024 01:34 PM
Ntah apa yg sedap nachos bergemulang ngan sos... Xlalu menengok nya
Quote edayildiz 3-12-2024 01:37 PM
sapa la pencetus merosakkan mknn ni..haihh
dh rosakkan mknn feberet kita pastu viral pulak..jd ikut ikutan dak dak tt la pasni
penyumbang diabetic & obesiti antara top top meletup kt asia
Quote kuzaime 3-12-2024 01:38 PM
Dulu batak cheese, segala benda letak cheese sampaikan ada tgk yg jual air balang tepi jalan pun tabur cheese atas air sekarang trend batak nachos ni pulak
Quote edayildiz 3-12-2024 01:39 PM
kt chat time ada..dia pakai jajan doritos..i dh pernah mkn tp i xsuka mknn jajan cmpur dagging cincang camtu..
Quote Decaffeinated 3-12-2024 02:27 PM
Alasan babi2 ni kata dah masuk perut bercampur jadi taik juga. Doaku semoga mereka2 ini bertukar menjadi babi2 yang gemuk dan comel
Quote hokeypokey 3-12-2024 03:05 PM
nachos or doritos ni diaorg buat mcm pengganti papadom plak.. kalau nasi lemak tu aku bleh terima lagi, tapi campur char koay teow tu mcm aneh plak.. tapi ntah la selera masing2 kan..
Quote kemaruk 3-12-2024 03:10 PM
edayildiz replied at 3-12-2024 01:37 PM
sapa la pencetus merosakkan mknn ni..haihh
dh rosakkan mknn feberet kita pastu viral pulak..jd iku ...

Bukan ke awak punya makanan feveret mi kolok sabah
Quote edayildiz 3-12-2024 04:37 PM
kemaruk replied at 3-12-2024 03:10 PM
Bukan ke awak punya makanan feveret mi kolok sabah

mi kolok i xpnh mkn lg bang kem..i mkn shawarma atau kebab je
Quote prettyuglybabe 3-12-2024 04:41 PM
pastu bila kena heart attack salahkan vaksin

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.047146 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top