View: 49897|Reply: 22
|
“Apa Benda Ni?” – Menu Campuran Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Undang Pelbagai Reaksi
[Copy link]
|
|
Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat sepeket Nachos diisikan dengan nasi lemak berwarna hijau, timun, ikan bilis, telur rebus dan goreng, sambal serta ayam goreng berempah ke bungkusan tersebut.
Pada masa kini, ada sahaja menu baharu dan viral yang sering menjadi perhatian pengguna media sosial.
Ada yang dapat menerima namun ada juga yang mempertikaikan idea kreatif sesetengah peniaga dalam memberi sentuhan baru kepada produk makanan jualannya.
Samalah seperti Nachos berintikan daging yang tular baru-baru ini menjadi bualan hangat kerana harganya yang disifatkan melampau oleh sesetengah pihak.
Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Pula Jadi Topik Bualan Hangat
Terbaharu, kecoh pula di media sosial mengenai menu terkini yang dimakan bersama hidangan tradisi dari Mexico itu.
Menerusi video yang dikongsikan semula di akaun x @localrkyt, seorang peniaga sedang menyediakan makanan berasaskan nachos.
Apa yang menjadi perhatian adalah nachos berkenaan dinikmati bersama nasi lemak ayam goreng berempah serta char Kuetiau.
Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat sepeket nachos diisikan dengan nasi lemak berwarna hijau, timun, ikan bilis, telur rebus dan goreng, sambal serta ayam goreng berempah ke bungkusan tersebut.
Tidak hanya itu, individu dalam video tersebut turut menjadikan nachos sebagai salah satu bahan dalam penyediaan hidangan char kuetiau jualannya.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat dia memasukkan bahan tersebut ke dalam kuali ketika sedang menyediakan hidangan char kuetiau itu.
Ramai Pelik Dengan Selera Segelintir Individu Masa Kini
Video yang telah mendapat lebih 252,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mempersoal hidangan terbaharu itu.
Malah, ada yang meluahkan rasa pelik dan berpendapat nachos tersebut tidak kena untuk dipadankan dengan hidangan tradisi masyarakat Malaysia.
Walau bagimanapun ada yang dapat menerima dan merasakan nachos berkenaan sesuai dimakan bersama char kuetiau namun perlulah dinikmati dengan cara yang betul.
Hanya Sekadar Nak Ikut Trend, Takut Nak Jual
Hasil semakan kami di TikTok peniaga nasi lemak dan char kuetiau itu mendapati hidangan tersebut bukanlah untuk dijual.
Sebaliknya, ia hanyalah sekadar konten dan mengikut trend makanan terkini. Malah, mereka sendiri tidak dapat menerima hidangan sedemikian kerana rasanya yang dikatakan agak masin.
Sumber : BUZZKINI |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa jahanamkan makanan2 febret iols
Sik lemak jgn nk campur2 ngn menda lain
CKT? Cukupla koram rosakkan CKT sampai jd becak berladung berlendiaq tu
Nih rosakkan nachos tu plak
Sakit laa dorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah pape la mulayu dok buat menu fusion meraban cenggini.
Kalo mende ni is the opposite, tau lak korang merentan triggered xkena bertempat.
Contoh bila cina jual nasi lemak lauk babi, kapir masak nasik goreng x ikot stail kita.
Korang masak merepek² bole lak.
Yg beli pn 2x5 gong. |
|
|
|
|
|
|
|
makin batak merepek yg dok gigih viral mende2 camni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu fushion .. Same seperti makan spaghetti dengan tangan rasa bukan italian langsung jadi nusantara version |
|
|
|
|
|
|
|
Suka betul kita2 ni mkn benda2 yg diolah pelikni ye. Seram nak mkn |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk la nak letak nachos..letak papadom sudah..sama je, kerepek |
|
|
|
|
|
|
|
no wonder ummah malaya obese... |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah apa yg sedap nachos bergemulang ngan sos... Xlalu menengok nya |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu batak cheese, segala benda letak cheese sampaikan ada tgk yg jual air balang tepi jalan pun tabur cheese atas air sekarang trend batak nachos ni pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kt chat time ada..dia pakai jajan doritos..i dh pernah mkn tp i xsuka mknn jajan cmpur dagging cincang camtu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alasan babi2 ni kata dah masuk perut bercampur jadi taik juga. Doaku semoga mereka2 ini bertukar menjadi babi2 yang gemuk dan comel
|
|
|
|
|
|
|
|
nachos or doritos ni diaorg buat mcm pengganti papadom plak.. kalau nasi lemak tu aku bleh terima lagi, tapi campur char koay teow tu mcm aneh plak.. tapi ntah la selera masing2 kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 3-12-2024 01:37 PM
sapa la pencetus merosakkan mknn ni..haihh
dh rosakkan mknn feberet kita pastu viral pulak..jd iku ...
Bukan ke awak punya makanan feveret mi kolok sabah |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 3-12-2024 03:10 PM
Bukan ke awak punya makanan feveret mi kolok sabah
mi kolok i xpnh mkn lg bang kem..i mkn shawarma atau kebab je |
|
|
|
|
|
|
|
pastu bila kena heart attack salahkan vaksin |
|
|
|
|
|
|
| |
|