CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Selagi ada ibu bapa, jaga, berbuat baik dengan mereka’ - Sharnaaz Ahmad

2-12-2024 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10554| Komen: 2

 


Melalui fasa kehilangan bapa tersayang baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad menasihatkan setiap individu terus menabur bakti dan menjaga kedua orang tua selagi mereka masih bernyawa.

Menurut Sharnaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, kehilangan ibu bapa merupakan satu perkara yang pahit untuk ditempuh namun tetap memanjatkan rasa syukur kerana menganggap ujian tersebut sebagai bukti Tuhan masih menyayanginya.

“Jika anda masih ada ibu bapa, jaga dan sentiasalah buat yang terbaik sementara mereka masih ada.

“Perit kehilangan itu sangat dahsyat. Terima kasih Allah atas dugaan yang hebat tandanya Dia sayang kita,” katanya dalam Instagram Story hari ini.
Ujarnya, setiap ibu bapa yang masih hidup perlu dijaga dan dihargai oleh anak-anak mereka.

Lebih perit apabila perkara kerap dilakukan ibu bapa terhadap anak-anak hilang secara tiba-tiba.


“Semasa ada, soalan berulang, berleter semua tu buat kita sakit kepala tetapi kawan-kawan, bayangkan apabila semua itu tiada.

“Dapat dengar sekali lagi pun jadilah, sekali sahaja tetapi sudah tiada semua itu.
“Sunyi yang maha sunyi. Hargailah ya kawan-kawan,” katanya lagi.

Pelakon filem Jebat itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mengucapkan takziah dan menitipkan doa selepas pemergian bapanya iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.

“Terima kasih atas ucapan dan doa dari sahabat, rakan seperjuangan saudara mara.

“Harap maaf saya tak boleh nak balas semua, semoga yang mendoaakan dilimpahkan dengan rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik,” ujarnya.



Terdahulu, pada 27 November lalu, Sharnaaz berkongsi khabar duka pemergian bapa tercinta yang meninggal dunia pada pukul 1.40 pagi.

Sharnaaz bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca kematian bapanya namun, sebelum ini pernah berkongsi Allahyarham mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 2-12-2024 10:30 AM
Ustaz abd somad ada kata, anak yg terlalu sedih, menangis lebih waktu makpak ninggal, adalah anak yg byk buat jahat kat makpak waktu mrk masih hidup...aku bukan kata nanas...mungkin betul kot...ada mokcik tu meraung sampai hujung kampung dgr waktu maknya ninggal, waktu arwah maknya masih hidup, memang mokcik tu slalu buat perkara utk nyakit hati maknya...a.k.a anak derhaka.
Quote akido_kido 2-12-2024 02:58 PM
Kemas jambang sharnaz

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.116957 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top