CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Menunggu Kata Maaf Dan Sedia Beri Kata Maaf” – Aisha Retno Sedia Bersemuka Dengan Yuka Kharisma

2-12-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11326| Komen: 3

 


Penyanyi, Aisha Retno memaklumkan dia bersedia untuk bersemuka empat mata dengan penganjur Konsert Malam Sutera Aisha Retno iaitu Kharisma Music International berhubung isu pembatalan acara tersebut.

Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata dia terbuka untuk meleraikan sengketa yang berlaku dan bersedia untuk bermaafan.

"Saya bersedia untuk bermaafan dengan pihak sana, kalau pihak sana telefon sudah pasti saya akan jawab. Saya mahu mudahkan kerja kedua-dua pihak.  

Saya menunggu kata maaf dari mereka dan saya juga bersedia memberi kata maaf kepada mereka kalau saya ada buat silap. Saya mahu semuanya aman."

"Semua tahu, dia (Yuka Kharisma) sudah saya anggap macam kakak sendiri, tetapi apa yang dibuat itu mungkin terdesak. Saya tidak salahkan dia seratus peratus. Hati Yuka bersih.   

Pasti apa yang berlaku ada juga salah saya, mungkin perbicangan secara tertutup paling penting sebelum diuar-uarkan kepada umum."

Menurut OhBulan!, Aisha bagaimanapun berkata kenyatan yang dikeluarkan oleh pihak Kharisma Music International tidak sepenuhnya betul.

"Isu itu tidak akan berhenti setakat itu sahaja, kerana apa yang dikatakan oleh pihak sana ada yang betul ada salah. Hanya pihak tertentu sahaja tahu yang mana betul yang mana salah."

 

"Untuk sekarang ini, saya mahu fokus dengn karier. Saya cuba untuk mengabaikan seketika apa dikatakan pihak sana yang dakwa saya kurang profesional. Malah sehingga kini tiada perjumpaan dengan saya."

SUMBER: Oh Bulan, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 2-12-2024 09:33 AM
Loooor nama dia sharifah aisha retno. Ingat mana paaa datang Retno tu
Quote I.K.A888990 2-12-2024 10:03 AM
hang pun nampak mcm bodoh sombong play victim jugak..dua2 sama je lah sebenarnya
Quote sleepandream 2-12-2024 10:21 PM
semuanya kerana AJL...
baikla bajet dan masa tu fokus keluar lagu raya baru yg meletop tetiap taun...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.124993 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top