CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Gitu Je Dia Gula-Gulakan Orang Luar” – Datuk Vida Dicaj RM1,128 Lepas Naik Beca Di London Raih Perhatian

30-11-2024 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 58483| Komen: 58

 


Baru-baru ini, tular satu hantaran di akaun TikTok Datuk Seri Vida (DSV) apabila usahawan kosmetik terkenal itu berkongsi pengalamannya menaiki beca di ibu kota London, United Kingdom (UK).

Dipercayai penunggang beca tersebut menawarkan servis rondaan sekitar bandar tersebut selama hampir 15 minit. Teruja dengan beca warna-warni yang turut berada di luar negara, Datuk Vida pun mengambil peluang untuk menaikinya.

Menerusi video tersebut kelihatan usahawan tersebut menikmati suasana menaiki beca dengan iringan lagu-lagu yang dimainkan. Namun selepas seketika meronda, Datuk Vida berasa pelik mengapa tiada pelancong lain yang menaiki beca berkenaan.

“Saya dah pelik kenapa ramai orang tak naik. Lepas tu semua orang pandang saya naik benda ni. Tengok, tak ada orang naik pun,” katanya.

Setibanya di lokasi hentian, Datuk Vida meluahkan rasa terkejut selepas mendapati caj dikenakan bagi rondaan berkenaan. Jelasnya, dia telah dikenakan harga £200 (kira-kira RM1,128.20)!


Harga yang ditetapkan pada asalnya adalah sejumlah £235 (kira-kira RM1,325.87) tetapi disebabkan pembawa beca fikir dan percaya bahawa Datuk Vida adalah seorang pelajar, jadi dia berilah diskaun kepadanya.


“Saya kena tipu. Dia main letak je harga, tak kan harga macam tu. Bukan pucat, terkejut dengar. Padanlah tak ada orang naik. Tak sampai 15 minit dia pusing. Tak pasal-pasal.

“Siapa yang datang London nak naik beca tu beringatlah. Sekali pusing tak sampai 10 minit RM1300 kena. Tak puas hati!” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan caj yang begitu tinggi untuk bersiar-siar menaiki beca itu.

“Harga tiket mengalahkan tiket penerbangan. Baik naik flight je jalan-jalan ke negara lain,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga memberi nasihat untuk bertanya dulu tentang harga dan servis ditawarkan sebelum menaiki beca di sana.

“Kalau £20 okaylah. Lain kali tanya la dulu berapa. Macam tulah kita berbelanja di mana-mana sebelum membayar sesuatu,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga telah berseloroh melihat situasi tersebut.

“Kalau bayar mahal macam ni, dah boleh pusing satu Melaka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kiahlemau 30-11-2024 11:20 AM
Hmm tau plak dia marah bila kena scam ye
Quote Mimo.mimo 30-11-2024 11:48 AM
Time kena sita kat China. Now kat London pulak ke? Sonok jadi kayaaaa.
Quote noor2 30-11-2024 11:51 AM
Cerita kat public x pernah rendah2..semua nk up...
Quote ezacbee 30-11-2024 11:51 AM
Dia scam orang xpe..
Quote kepompong 30-11-2024 11:51 AM
kenalah jalan2 sblm isytihar bankrupt ... nnt tak dpt keluar malaysia
Quote KBW2 30-11-2024 11:52 AM
pelajar?????
Quote kepompong 30-11-2024 11:52 AM
Campak anak kat spain, bagi alasan nak visit anak. Gitu la liku2 hidup seorang scammer
Quote aavakateimani 30-11-2024 12:01 PM
bayar jelah
Quote aavakateimani 30-11-2024 12:02 PM
cantik beca dia pink kaler
Quote Leonclay 30-11-2024 12:06 PM
[em:3:]
Quote starcity 30-11-2024 01:00 PM
Yang netizen pun rajin sungguh komen. Scammer pun kau nk bg perhatian, makin besar kepala la dorang. Pantang nmpk org kaya terus kagum
Quote royaldanish 30-11-2024 01:06 PM
scammer yang sanggup kena scam
Quote slyfynx 30-11-2024 01:34 PM
Korang igt die bodoh and x tau mende tu mahal.
Tujuan die nk flex je die ade duit.
And nk mohon simpati konon2 die insan yang bodoh dan selalu tertipu,
Xde la kes hutang sejuta nmpk jahat sgt
Quote luc 30-11-2024 01:40 PM
Hasmizah... hasmizah.. tak pernah berubah sejak aku mula kenal kau.
Quote hokeypokey 30-11-2024 01:56 PM
scammer buat marketing kena scam, tahniah!!!
Quote doodlediddle 30-11-2024 02:33 PM
Edited by doodlediddle at 30-11-2024 02:34 PM

Orang melancong pun x Hingin lah nk naik bnda tu kat london. Baik lah 200£ tu shopping kat harrods or selfridges. Sape lah Nak naik beca tu, kat Melaka pun berlambak lampu2 muzik2. Kau je Batak naik tu kat London.
Orang melancong Kat London pun paling teruk pun naik black taxi, ye lah mercu tanda kat London walau mahal, naik tube naik bus lagi best, naik bus lagi boleh tgk sceneries.
Dasar budussss. Ade je lah drama kau nk cari clout. Yg komen pun smua budus2 belaka layan si scammer ni
Quote allshares 30-11-2024 02:36 PM
Awat negara sendiri takdak beca ka?
Quote doubleA 30-11-2024 05:22 PM
luc replied at 30-11-2024 01:40 PM
Hasmizah... hasmizah.. tak pernah berubah sejak aku mula kenal kau.

Apa perangai puaka dia ni? Ce spill
Quote doubleA 30-11-2024 05:22 PM
Sekupang pun iols tak caya apa keluar dari mulut scammer ni

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045340 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top