CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Saja Siti Macam Biasa” - Siti Nurhaliza

30-11-2024 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 57778| Komen: 60

 


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata dia tetap merasa segan dengan gelaran biduanita negara meskipun layak menerima pengiktirafan berkenaan.

Memetik Oh Bulan, Siti berkata beliau tetap Siti yang sama dan mahu disapa dengan panggilan nama sahaja serta menganggap dirinya masih lagi seperti insan biasa.

“Segan sebenarnya dengan gelaran biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa. Saya tetap Siti Nurhaliza yang balik ke rumah kena buat susu anak, memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu rumahtangga.

“Dalam masa sama, saya juga masih menjual barang di TikTok kerana itu adalah tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Siti meluahkan rasa syukur dan tidak pernah terlintas diberikan pengiktirafan tersebut sebaliknya hanya berusaha sebaik mungkin sepanjang bergelar anak seni.

“Bagi saya anugerah akan datang dengan sendirinya apabila kita bekerja keras. Bukan tidak menghargai watikah diberikan, saya bersyukur dan ini satu penghormatan yang besar.


“Tak terlintas pun akan diberikan pengiktirafan sebesar ini kerana saya lebih utamakan kepuasan peminat, hati saya senang jika melihat peminat berpuas hati dan terhibur,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainshuhada87 30-11-2024 11:26 AM
Dia tak adalah baik sangat..pernah pergi konsert secretary week...sombong juga kalau ada eaetawan terus lain .
Quote Freezfrozen 30-11-2024 11:30 AM
Cantiknyee...
Quote noor2 30-11-2024 11:51 AM
Subhanallah..lawa sungguh CT ni..
Quote noor2 30-11-2024 11:53 AM
Dia bukan kejar gelaran pun..tapi dah org nk bagi...tp ramai yg x puas hati...
Quote aavakateimani 30-11-2024 12:03 PM
nak jgk panggil siti biduanita negara
Quote aavakateimani 30-11-2024 12:04 PM
tgk siti tokti teringat intan payung
Quote Purplehaz 30-11-2024 12:29 PM
Diri pun rase blum layak lg kann..??
Teruskan style humble tu.
Quote Hoola 30-11-2024 12:41 PM
br ni achik lyn lagu2 in ytube ttiba kluar dct in 2014 screrys week..syantek dowh..kurus skit.
yg plg bknan style tudung mcm tuu repeat pliss that style tokti
Quote imransulaiman 30-11-2024 01:07 PM
noor2: Subhanallah..lawa sungguh CT n ...

Masya Allah! Dia memang cantik kak noor. Depan mata lagi cantik.
Dulu zaman study (awal tahun 2000/1 tak silap), saya pernah terserempak dengan Siti di airport Subang. Semua orang nak ambil gambar dengan dia. Saya pula terpacak star-struck...hahahaha! Tiba-tiba terkeluar dari mulut saya - cantiknya Siti...
MUA Siti masa tu Donna (arwah dah kot) ada berhampiran saya...dia terdengar. Terus dia tengok saya dan cakap - kan? cantik sungguh!

Masa tu Syafinaz dan Rita Rudaini pun ada. Dorang nak ke Sabah untuk program Cit Cat Azwan Ali.
Quote hyie 30-11-2024 01:22 PM
normal lah ada masa baik ada masa emosi, dia pun manusia biasa juga
Quote just_fighter 30-11-2024 02:23 PM
Edited by just_fighter at 30-11-2024 02:31 PM

Siti ke, Tokti ke, Dato' Sri Siti, Biduanita Siti ke, asalkan jgn berTokti di acara2 atau majlis2 besar.. geram dgr mane pergi professionalism

[youtube]XxhUpE0Ugbo?feature=shared[/youtube]
Quote noor2 30-11-2024 03:28 PM
imransulaiman replied at 30-11-2024 01:07 PM
Masya Allah! Dia memang cantik kak noor. Depan mata lagi cantik.
Dulu zaman study (awal tahun 2000/ ...

Iya memang x dinafikan.....kalau dia kuruskan balik badan terpelanting semua artis2 lain..hehe
Quote missbigrockstar 30-11-2024 04:12 PM
You deserved it tokti. Jgn segan, embrace it.
Quote virgocircus 30-11-2024 05:54 PM
Tokti yg humble! Aset negara! Mmuuahhh
Quote sleepandream 30-11-2024 07:04 PM
paling kesian haterz la... ujung2 telan air liur terpaksa mengaku tiada lain yg lagi layak... paling best fitnah idolat dia sendiri kata tolak gelaran dato' patbelas kali
Quote imransulaiman 30-11-2024 07:49 PM
noor2 replied at 30-11-2024 03:28 PM
Iya memang x dinafikan.....kalau dia kuruskan balik badan terpelanting semua artis2 lain..hehe

Hahahaha lawak kak noor

Sekarang pun masih ramai yang boleh terpelanting oleh dia...baik artis lama mahupun yang baru
Quote zaril 30-11-2024 08:10 PM
BIDUANITA yg disayangi rakyat Malaysia
Quote noor2 30-11-2024 09:10 PM
imransulaiman replied at 30-11-2024 07:49 PM
Hahahaha lawak kak noor

Sekarang pun masih ramai yang boleh terpelanting oleh dia...baik ar ...

Betul la tu ...cuba kalau CT sanggup buat bariatric....tp jgnla..nk kurus biar naturally...bukan cara pembedahan yg membahayakan diri..
Quote imransulaiman 30-11-2024 09:20 PM
noor2 replied at 30-11-2024 09:10 PM
Betul la tu ...cuba kalau CT sanggup buat bariatric....tp jgnla..nk kurus biar naturally...bukan c ...

Ramai yang cakap seksa buat bariatric ni.. Hidup tak tenteram

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.069396 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top