CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi semak, tarik pertuduhan

29-11-2024 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 54760| Komen: 2

 


PETALING JAYA – Pihak pembelaan dalam kes pasangan Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pertuduhan itu.

Peguam Fahmi Abd. Moin yang mewakili pasangan itu berkata, representasi tersebut sudah difailkan pada 19 November lalu yang mana ia supaya pihak AGC menyemak semula bagi menarik balik pertuduhan yang didakwa ke atasnya kedua-dua anak guamnya.

“Pihak kami telah menghantar representasi pada 19 November yang lalu bagi tujuan memohon pihak AGC menyemak semula (pertuduhan) bagi menarik balik pertuduhan terhadap anak guam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada prosiding lalu, peguam itu pernah memaklumkan akan menghantar representasi dalam tempoh terdekat kepada AGC bagi menyemak pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.


Sehubungan itu mahkamah kemudian telah menetapkan 6 Disember ini bagi perkembangan representasi tersebut.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa dan mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Dr. Syahliza Warnoh telah menetapkan tarikh perbicaraan selama tiga minggu berturut-turut pada 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2025 bagi perbicaraan kes itu.

Semasa prosiding ketika itu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memaklumkan pihak pendakwaan akan mengemukakan 15 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan tersebut.

Pendakwaan turut memaklumkan, pihak sudah menyerahkan kepada pihak pembelaan dokumen lanjutan iaitu tiga laporan forensik melibatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat kejadian, laporan dari syarikat telekomunikasi dan laporan telefon bimbit. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote YvonneAGrave 30-11-2024 03:20 PM
The topic is about legal issues similar to the basket random approach which can lead to unpredictable results in life and needs to be reconsidered.
Quote Lolalala 2-12-2024 09:54 PM
Semiga melingjup laaaaa orang yg bunuh zayn ni. Baru baca Zayn ni macam kena drugs. Kurus, mata cengkung itam. Sian ko nak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.136099 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top