RIYADH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud meminta rakyat menunaikan solat sunat untuk memohon hujan selepas hujan tidak turun dan kemarau melanda negara berkenaan, lapor portal berita Daily Mirror semalam. Raja Salman menyeru umat Islam melakukan solat al-Istisqa dengan solat berkenaan dilaksanakan semalam. Solat tersebut pada kebiasaannya bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan. Gesaan itu dibuat walaupun Arab Saudi menyaksikan salji turun di padang pasir semasa ribut hujan batu yang aneh di landskap yang lazimnya gersang awal bulan ini. Hujan batu sebesar bola golf berlaku di utara Arab Saudi, Al Jawf, manakala hujan lebat berlaku di bahagian timur. Bagaimanapun, tiada hujan di bahagian-bahagian lain di negara itu yang mempunyai saiz kira-kira lapan kali ganda lebih besar daripada negara United Kingdom (UK).
“Kami memohon kepada Allah Yang Maha Perkasa supaya mengasihani Bumi dan manusia, mengabulkan permohonan hamba-hambanya dan menjadikan apa yang diturunkan-Nya (hujan) sebagai rahmat buat mereka,” kata kenyataan Mahkamah Diraja . Solat itu juga untuk meminta supaya orang Islam memohon ampun dan bertaubat. Akhbar The Mirror sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengambil langkah untuk mengurangkan kawasan padang pasir dengan menggunakan dron dalam operasi pembenihan awam. Walaupun Arab Saudi mengalami cuaca melebihi 40 darjah Celsius pada musim panas dan lebih 20 Celsius semasa musim sejuk, terdapat kejadian ribu salji melanda negara itu. Dalam tahun 2021, suhu di Arab Saudi menjunam kepada -2 Celsius. Ia adalah pertama kali dalam tempoh hampir 50 tahun suhu di negara itu jatuh di bawah paras beku. – AGENSI Sumber : Kosmo |
ardent91 replied at 29-11-2024 06:34 PM
kita kat malaysia pulak terbalik.. hujan lebat tiap hari sampai banjir kat beberapa tempat.. maybe p ...
Decaffeinated replied at 30-11-2024 05:08 PM
Ada ka kata kepanasan? Kemarau tak semestinya panas.
ardent91 replied at 29-11-2024 06:34 PM
kita kat malaysia pulak terbalik.. hujan lebat tiap hari sampai banjir kat beberapa tempat.. maybe p ...
ninja boy: Edited by ninja boy at 30-11-2024 09:04 PM Arab bikin bangunan tinggi2 lagi mempercepatkan kiamat, yg baru2 ni mukaab city
ADVERTISEMENT