CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Altimet Dedah Terima Gaji RM16 Ribu Sebagai Wakil Rakyat - "Kalau Campur Gaji Kasar, Elaun Dan Sebagainya"

29-11-2024 01:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 53960| Komen: 36

 


Baru-baru ini penyanyi rap yang kini bersatus wakil rakyat, Altimet berkongsikan pendapatan bulanannya yang diterimanya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya.

Menerusi Dol’s Podcast, Altimet berkata pendapatannya mencecah RM16,000 sebulan dan Selangor antara negeri menerima bayaran tinggi kepada wakil rakyat.


“Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000. Dan tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk ‘top 3’ gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi,” katanya.

Sementara itu, Altimet turut mendedahkan wakil rakyat juga mendapat kemudahan untuk membuat pinjaman serta perlu mempunyai pemandu peribadi bagi memudahkan tugas mereka.

“Macam kakitangan kerajaan yang lain juga, kami ada kemudahan untuk buat pinjaman bagi membeli rumah dan kereta.

“Dan sebahagian daripada elaun yang kami terima ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan itu (driver) wajib digunakan.

“Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan jangan sampai tak ada ‘driver’ kalau tak bos akan tanya nanti,” katanya.

SUMBER : Dol’s Podcast, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-11-2024 01:06 AM
Sebabtu artis nak jadi ahli politik
Quote rayna_raynes 29-11-2024 01:13 AM
16K tak banyak mana pun. Standard gaji sr exec/HOD je
Quote Piramida 29-11-2024 04:27 AM
rayna_raynes replied at 29-11-2024 01:13 AM
16K tak banyak mana pun. Standard gaji sr exec/HOD je

Pastu berlambak pulak masalah rakyat nak kena pikir... Kalau pikirlaaa.. kalau sejenis buat derk.. Huhuhu
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:38 AM
kalo peruntukkan tak cukup kene kuar duit sendiri tak?
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:41 AM
sikit sangat tu. berapa kali je tabur dedak dah habis. sebab tu wakil rakyat keluar time pilihan raya je.
Quote sayurmayur88 29-11-2024 07:43 AM
bestnye jadi ahli ADUN / PARLIMEN
Quote SalenaGomez 29-11-2024 08:47 AM
Piramida replied at 29-11-2024 04:27 AM
Pastu berlambak pulak masalah rakyat nak kena pikir... Kalau pikirlaaa.. kalau sejenis buat derk.. ...

Tapi depa dpt pencen kan?? Betul ke?
Quote Rogue98 29-11-2024 08:58 AM
Setiap kali Dun bersidang dapat 300 sehari. Attend apa2 event or meeting pun dapat allowance.lagi. Tu yg ada jer attend launching public toilet lah...pagar lah...pokok Bunga lah...longkang lah...
Quote ezacbee 29-11-2024 09:02 AM
Kawasan dia ok ke? Rajin menjengah rakyat x?
Quote lasagna 29-11-2024 09:07 AM
perlu ke reveal semua ni?
skrg rakyat dah tau berapa estimation gaji mereka.
kalau aku, koser nk reveal kalau di tya.
Quote areyam 29-11-2024 09:42 AM
income penyanyi lagi mahal...
Quote dealova04 29-11-2024 09:52 AM
gaji x byk mana. cuma projek ler byk masyukk. yg ni misi utama berebut2 org nk jd yb
Quote black_handbag 29-11-2024 10:04 AM
harap amanah dengan 16k gaji yang diberi tu. amanah dengan tanggungjawab. kalau tak setiap sen akan disoal nanti esok2
Quote L.U.S.M 29-11-2024 01:23 PM
Bila musim mengundi je ramai turun padang...bila masalah xnmpk barang hidung..ada peruntukan pun xagih sama rata..kroni dpt dulu..lepas tu print muka besar2 alam nk bgtau peruntukan dari wakil sekian2 walhal tu semua mmg asal dana duit rakyat je
Quote selipar_hijau 29-11-2024 02:10 PM
apa sumbangan/progress altimet sejak jadi yb?
Quote menjad 29-11-2024 02:12 PM
Cer jadi mcm yb helmi tuhhhh... Mana2 kat duyong tuh semua dia redah. Kagum mnengoknya
Quote kucingitam 29-11-2024 03:05 PM
baca kat fb ramai kariah DUN dia puji dia rajin turun padang, buat macam2.. bagus la YB2 yang turun padang ni. Sll YB2 ni dia update kat FB aktiviti dia, aku rajin follow drg2 ni, so taulah Yb mana yg boleh diharap
Quote kechikchomel 29-11-2024 03:41 PM
soalan jujur ni...kalau ada orang panggil dia buat job nyanyi, boleh ambil ke?
Quote innocentsangat 29-11-2024 03:50 PM
Amboi amboi amboi.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.197227 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top