|
SINGAPURA – Seorang peniaga menjual laksa berkuah cacing tanah yang telah dikeringkan di sebuah pusat beli-belah di Singapura, lapor laman berita Stomp semalam. Menurut jurnal sains, cacing tanah telah lama menjadi makanan manusia kerana sifat perubatannya. Cacing yang telah dikeringkan itu dikenali sebagai dilong dalam perubatan China tradisional. Peniaga tersebut, Zac Choy, 54, memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa ibunya selalu menambah dilong dalam kuah laksa. “Ibu saya pernah menjual laksa di Melaka. “Dia menyerahkan resipi itu kepada saya dan meminta saya menambah baik. Ketika proses itu, saya mencuba produk siap dan merasakan bahawa ia tidak cukup enak, seolah-olah ia kehilangan beberapa bahan utama. “Atas cadangan ibu, saya menambah cacing tanah kering ke dalam kuah untuk menjadikannya lebih segar dan lazat.
“Saya secara beransur-ansur mempunyai pelanggan tetap dan memberitahu mereka perkara sebenar. Walaupun terkejut, mereka tidak terlalu peduli kerana menyukai rasa laksa itu,” kata Choy. – AGENSI Sumber : – KOSMO! ONLINE |


pokokmeranti replied at 29-11-2024 07:54 AM
so....ada org Melaka dah pernah santap laksa kuah cacing le ye....itu sbb jgn percaya kedai 'pork fr ...
dua_chzy replied at 29-11-2024 01:13 PM
Ni ha dilong. Ghopa macam ikan kering ja.
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.566175 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.