CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nilai pasaran Faisal Halim menurun 12.5 peratus selepas serangan asid

27-11-2024 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45335| Komen: 9

 


KUALA LUMPUR: Ketika 'saham' bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi melonjak, lain pula nasib yang dialami pemain Selangor, Faisal Halim apabila nilai pasarannya mengalami penurunan selepas tragedi serangan asid, Mei lalu.

Berdasarkan nilai pasaran terkini di laman transfermarkt.com, Faisal atau lebih mesra disapa sebagai Mickey memegang tanda harga 350,000 euro (RM1.63 juta), turun 12.5 peratus berbanding RM1.87 juta pada Disember lalu.

Jumlah itu bagaimanapun boleh dianggap masih tinggi dengan Faisal berada di kedudukan keempat senarai pemain Malaysia yang memiliki nilai pasaran termahal selepas kapten Harimau Malaya, Dion Cools (RM3.74 juta), Arif Aiman (RM2.8 juta) dan Matthew Davies (RM2.1 juta).

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah menjelaskan faktor utama yang menyebabkan penurunan itu adalah kerana Faisal tidak dapat bermain seperti dahulu.


Beliau bagaimanapun menjelaskan nilai itu boleh kembali meningkat sekiranya Faisal dapat beraksi lebih banyak perlawanan dan mempamerkan prestasi terbaik selepas ini.

"Nilai pasaran memang akan menurun sebab dia (Faisal) tidak beraksi lama dan tidak dapat banyak minit permainan. Semua itu, termasuk juga prestasi semasa akan 'kacau' nilai pasarannya.

"Kalau nak naik balik dia kena kembali kepada prestasi terbaik. Maknanya, dia kena berusaha keras untuk bermain dan dia juga perlu kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Jadi kita harapkan dia boleh kembali seperti dahulu kerana semua tahu Faisal pemain yang bagus dan memiliki semangat yang tinggi," katanya kepada BH Sukan.

Faisal yang sebelum ini menjadi senjata penting buat Harimau Malaya dan Selangor berdepan detik malang apabila menjadi mangsa simbah asid pada Mei lalu.

Insiden menggemparkan negara itu menyaksikan Faisal mengalami luka melecur tahap empat di beberapa bahagian badan dan terpaksa menjalani proses pemulihan yang panjang.

Dia tampil buat kali pertama musim ini pada 10 Ogos lalu apabila masuk sebagai pemain gantian pada penghujung perlawanan ketika Selangor menentang Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super.

Berdasarkan semakan di laman Liga Bolasepak Malaysia, Faisal hanya beraksi 77 minit 28 saat dalam lima aksi Liga Super musim ini dan 45 minit dalam saingan Piala Malaysia dengan dia letakkan dalam kesebelasan utama menentang Sri Pahang, kelmarin.

Sumber – Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 27-11-2024 04:44 PM
and how is this affecting dia punya current salary, ada ka?
Quote B40tastePosh 27-11-2024 08:09 PM
Usut kes ni untul pulihkan nama bola sepak Malaysia.

Selagi tak ditangkap pelakunya, selagi tu nama Bola Sepak Malaysia dan PDRM akan tercemar.
Quote cm_vungtau 27-11-2024 10:47 PM
Bila pelaku nak kena tangkap? We want justice! #justiceformickey
Quote seri_mawr 28-11-2024 10:21 AM
kesian dia ni...
kejam betul org yang sanggup menganiaya org lain ni........
senyap sunyi sudah kesnya......
Quote stingerbumpy 28-11-2024 10:25 AM
B40tastePosh replied at 27-11-2024 08:09 PM
Usut kes ni untul pulihkan nama bola sepak Malaysia.

Selagi tak ditangkap pelakunya, selagi tu nama ...

Lembaran baru bolasepak malaya on 15/12/2024 dengarnyer?

(READ:BOB MULLET)
Quote NazRysha 28-11-2024 03:15 PM
seri_mawr replied at 28-11-2024 10:21 AM
kesian dia ni...
kejam betul org yang sanggup menganiaya org lain ni........
senyap sunyi sudah kesn ...

tak pa u
doa orang teraniaya ni Tuhan dengar
harap si pelaku tukang beri arahan
xselamat hidup atas dunia
mohon agar Tuhan tunjukkan atas dunia lagi
Quote aavakateimani 29-11-2024 08:02 AM
bila nak siasat
Quote aavakateimani 29-11-2024 08:03 AM
kerana bola
Quote seri_mawr 29-11-2024 10:47 AM
NazRysha replied at 28-11-2024 03:15 PM
tak pa u
doa orang teraniaya ni Tuhan dengar
harap si pelaku tukang beri arahan

di akhirat pasti kena....

tp klu si pelaku bertaubat...n mangsa memaafkan...di akhirat kena tak..?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.108929 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top