Penyanyi antarabangsa terkenal, Dua Lipa, mencuri perhatian apabila secara tidak sengaja ‘photobombed’ gambar seorang peminat ketika melawat destinasi ikonik, Batu Caves, hari ini. Berdasarkan perkongsian di Instagram oleh @murunavalentia, kejadian lucu itu berlaku apabila dia sedang bergambar di tangga warna-warni kuil tersebut tanpa menyedari kehadiran penyanyi lagu New Rules itu di belakangnya. Dalam gambar yang tular, Dua Lipa kelihatan santai menikmati suasana sambil memakai pakaian kasual dengan skirt merah, ditemani pelakon British terkenal, Callum Turner. “Masih tak boleh percaya yang ini berlaku. Cuba teka siapa yang memutuskan untuk ‘photobombed’ gambar saya. Dua Lipa sendiri dan Callum Turner. Apakah kemungkinannya? Terima kasih semesta,” luah peminat tersebut dengan teruja. Hantaran tersebut segera menarik perhatian ramai pengguna media sosial, termasuk peminat lain yang memuji peluang luar biasa itu sambil meluahkan rasa cemburu terhadap pengalaman tersebut.
Dua Lipa kini berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Asia Tenggara, bersempena konsert ‘The Radical Optimism Tour’ yang berlangsung di Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Sumber: KOSMO |
imransulaiman replied at 27-11-2024 06:18 PM
Entah-entah dia dah nampak dari jauh...terus pura-pura posing kononnya Dua Lipa photobomb gambar dia ...
MadameOnion replied at 29-11-2024 10:21 AM
banyak lagu sing a long macam dua lipas ni baru ok buat konsert..bukan satu lagu..pastu satu lagi la ...
ADVERTISEMENT